Boleh Jamu Sanak-Saudara! Kek Belacan & Kek Horlicks Menu Paling Mudah Dan Pantas

Share

Ziarah-menziarahi sesama ahli keluarga merupakan tradisi yang tidak pernah dilupakan terutama bila adanya sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri atau perayaan lain. Selain itu, adat ini juga sangat membantu dalam merapatkan lagi hubungan silaturahim antara ahli keluarga.

Selalunya apabila menziarah, pastinya ada juadah yang akan dihidangkan sebagai tanda penghargaan. Dua menu ini sangatlah sesuai untuk dihidangkan kepada sanak-saudara yang datang.

Bukan itu je, resipi kek belacan dan kek horlicks yang dikongsikan ini juga sangat mudah untuk dibuat.

Kek Belacan 

Bahan-Bahan:

  1. 450 gm mentega
  2. 1 gelas gula
  3. 10 biji telur gred A
  4. 1 tin kecil seri kaya
  5. 1 tin kecil susu pekat manis
  6. 2 gelas horlicks
  7. 1 1/2 tepung gandum atau tepung pau
  8. 1 sudu teh esen vanila
  9. Gula perang (brown sugar) secukupnya

Cara-Cara: 

– Mentega, gula dan telur pukul hingga rata.

– Seri kaya, susu pekat manis dan esen vanila. Pukul rata.

– Horlicks, tepung gandum/pau pukul rata.

– Brown sugar gaul sebati.

– Kukus 2 1/2 jam pengukus trio.Kalau dapur kukus biasa 4 jam.

Kek Horlicks

Bahan-Bahan:

  1. 450 gm mentega
  2. 1 gelas gula
  3. 10 biji telur gred A
  4. 1 tin kecil seri kaya
  5. 1 tin kecil susu pekat manis
  6. 2 gelas horlicks
  7. 1 1/2 tepung gandum/tepung pau
  8. Sedikit pewarna kuning

Cara-Cara:

– Mentega, gula dan telur pukul rata.

– Seri kaya, susu pekat manis pukul rata.

– Horlicks, tepung gandum/pau pukul rata.

– Masukkan pewarna kuning gaul sebati.

– Kukus 2 1/2 jam guna pengukus trio. Pengukus dapur biasa guna 4 jam.

Sumber: Aneka Resepi Masakan