Simpanan KWSP yang dibuat pada setiap bulan sebenarnya banyak membantu kita. Selain pengeluaran KWSP untuk deposit rumah, ramai yang tidak tahu sebenarnya ada cara untuk bayar bulanan rumah dengan melakukan pengeluaran duit dalam Akaun 2 KWSP.
Pengeluaran wang KWSP untuk bayar bulanan rumah sangat membantu individu untuk mengurangkan komitmen bulanan mereka buat sementara ataupun setiap tahun. Jumlah simpanan dari Akaun 2 akan digunakan untuk membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan anda selesai.
Bagi anda yang bercadang untuk membuat pembayaran ini, ini panduan untuk anda.
1.Warganegara dan Bukan Warganegara Malaysia
– (PR atau daftar sebagai Ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
2.Membeli/ membina sebuah rumah kediaman*kwsp
-Rumah kediaman – jenis banglo/ teres/ berkembar/ apartmen/ kondominium/ apartmen studio/ apartmen servis/ townhouse/ Small Office Home Office (SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.
3.Berumur di bawah 55 tahun
4.Masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP**
5.Mempunyai baki minima RM600 dalam Akaun Sejahtera
6.Ansuran bulanan telah bermula
Jumlah Yang Boleh Dikeluarkan
Bagi pengeluaran individu dan pengeluaran bersama, jumlah yang boleh dikeluarkan adalah seperti berikut:
-Jumlah baki pinjaman perumahan, atau
-Kesemua simpanan di dalam Akaun 2, atau;
-Bayaran bulanan minimum RM100 dan maksimum tidak boleh melebihi jumlah ansuran bulanan selama enam bulan.
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan manual
1.Borang KWSP 9P (AHL) dan Senarai Semak Dokumen (Pemohon kaunter – bukan pemegang MyKad sahaja).
2.Salinan dokumen pengenalan diri dengan yang asal untuk pengesahan (Bukan Pemegang MyKad sahaja).
3.Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format KWSP ATAU Penyata baki pinjaman perumahan dari LPPSA (Tarikh Penyata Baki tidak melebihi 1 bulan/3 bulan(LPPSA) dari tarikh permohonan diterima).
4.Perjanjian Jual Beli (S&P) /Bukti Gadai/Penyerahan Pemilikan (Borang Gadai & Surat Hakmilik) – jika maklumat di dalam
5.Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap.
6.Buku bank atau salinan penyata akaun bank.
Cara mohon melalui online:
– Log masuk ke i-Akaun KWSP
– Klik Pengeluaran
– Klik Permohonan Baharu
– Pilih Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
– Pilih Jenis Institusi & Nama Institusi
– Klik Seterusnya & Terima
– Isikan maklumat yang diperlukan
– Klik Seterusnya sehingga permohonan selesai.
Sumber: KWSP