Migrain memang menyerang kita tanpa dijangka. Cuaca biasanya menjadi penyebab utama selain pemakanan yang tidak menentu.
Orang yang mengalami Migrain biasanya cukup sensitif kepada hampir segala-galanya. Antaranya sinar cahaya matahari boleh mencetuskan sakit yang teruk terutama seluruh kepala.
Jadi bagi yang mengalami migrain yang kerap dan teruk anda boleh mencuba cara alternatif yang lebih selamat dan berkesan. Boleh juga cuba buat suami yang tiba-tiba diserang migrain. Insyallah membantu.
Yang anda perlu tahu, garam dan lemon baik untuk meredakan masalah ini. Pastikan hanya garam berkualiti tinggi digunakan dan sebaiknya gunakan garam Himalaya organik jika anda mahu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Garam ini akan membantu anda mengurangkan sakit kepala yang teruk dan migrain. Selain itu, ia akan membantu anda menguatkan sistem imun serta membantu memulihkan bacaan alkali dan elektrolit dalam badan anda.
Antara bahan lain untuk petua ini ialah lemon. Lemon dianggap sebagai salah satu buah-buahan yang mempunyai alkali. Badan kita mendapat banyak manfat apabila lemon digabungkan dengan garam kerana membantu anda mengurangkan migrain.
Ads
Bahan-bahan :
1/2 biji lemon
1/2 sudu teh garam Himalaya
Ads
Cara Penyediaan:
1. Mulakan dengan memerah limau tersebut ke dalam segelas air
Ads
2. Kemudian tambah garam Himalaya.
3. Gaul dan ubat migrain anda bersedia untuk diminum.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika ada masalah angin yang terlalu banyak di dalam badan seseorang wanita itu, secara tidak langsung ia akan menjejaskan kelancaran ibu untuk melakukan tugas-tugas harian di rumah.
Apa tidaknya bila perut sentiasa meragam, ketika itulah kita akan rasa senak perut malah hingga membawa kepada rasa hendak dan semua ini membuatkan sesiapapun akan rasa tidak selesa.
Jika ingin dirawat dengan menggunakan kaedah tradisi, ramai yang mengatakan halia adalah ramuan yang terbaik. Ada orang akan makan halia begitu sahaja dan ada juga yang dicampur ramuan lain untuk dijadikan minuman herba bagi mengatasi masalah angin dalam badan.
Di sini disertakan resipi untuk anda menyediakan jeruk halia agar dapat di simpan lebih lama dan boleh dimakan pada bila-bila masa.
Bahan-bahan diperlukan:
Cara menyediakan dan memasak:
Pun begitu, jika ada yang tidak boleh terus mengambil halia secara langsung ada baiknya anda jadikan minuman ini sebagai amalan sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Norliza Mohd Salleh ini. Minuman herba ini nampak lebih enak dan pastinya menyihatkan.
“Rebusan selepas habis haid, boleh ringankan badan & buang angin. Awet muda, sihatkan rahim. Milk booster untuk bf mom dan melawaskan”-Norliza Mohd Salleh
Resepi
1 sudu besar halba
2 helai daun pandan wangi
2 serai diketuk
1 ruas halia
1 ruas ibu kunyit
Cara penyediaan : Rebus dengan 4 gelas air jadi 1 gelas. No gula ok..
Biasanya, rempah ini digunakan di dalam masakan. Jangan tak tahu, jintan manis bukan sekadar penambah rasa keenakan makanan, malah ia memiliki khasiat tersendiri.
Berikut beberapa khasiat yang ada di dalam rempah jintan manis yang anda tidak ketahui sebelum ini. Antaranya:
1. Cuci usus
Jintan manis sejenis herba berserat tinggi, bertindak seperti ‘julap’ untuk mencuci usus kecil dan usus besar secara sederhana. Herba ‘pelawas’ ini melancarkan proses perkumuhan dan mencuci dinding usus dari toksin, kotoran dan mendapan degil. Yang bagusnya, ia tidak mengakibatkan cirit-birit.. proses pembuangan lebih bersahaja dan tidak terasa senak perut! Sistem metabolisma menjadi lebih teratur dan semestinya ia membantu melangsingkan badan!
2. Mengatasi masalah kembung perut akibat terlebih angin, gas dan asid
Jintan manis dapat merawat masalah ketidakhadaman, radang perut dan usus dengan cara mengeluarkan gas, angin dan asid yang berlebihan dalam perut. Secara tak langsung ia membuatkan perut menjadi leper dan kemas!
3. Kawal tahap kolesterol
Jintan manis kaya dgn vitamin C-B-A, bermanfaat mengekalkan daya tahan badan terhadap serangan penyakit di samping dapat mengurangkan kadar kolesterol berbahaya dalam badan. Kadar seratnya yang tinggi dapat mencegah berlakunya buasir dan kanser usus.
4. Rawat bengkak sendi, sakit badan dan lenguh2 otot
Jintan manis mengandungi ‘anethole’, sangat perlu untuk merawat masalah bengkak atau radang pada sendi, tulang dan otot! ‘Anethole’ juga diyakini dapat mengurangkan risiko keberulangan (recurrennce) penyakit kanser. Kajian menunjukkan penggunaan ‘anethole’ dapat menyekat kemaraan ‘tumor necrosis factor’ dalam tubuh manusia.
5. Diuretik
Jintan manis bersifat diuretik, bermakna ia dapat mengeluarkan bendungan air di dalam badan.. justeru merawat sembab muka, perut kembung, buncit dan senak perut!
6. Menambah kuantiti dan kualiti susu ibu
Jintan manis merangsang pengeluaran susu ibu (lactation) dan memberi kesan yang sama pada tubuh sepertimana tugas estorgen. Ia juga boleh merawat masalah kesakitan pra-haid & menopos, masalah rendah-libido dan ketegangan saraf. Dengan meminum secawan teh jntan manis waktu malam, ia dapat menenangkan saraf dan membuatkan anda lebih mudah tidur malam.
7. Merawat gejala pra-haid, pra-menopos dan rendah libido
Jintan manis dapat mengatasi masalah kesakitan dan kekejangan saraf pra-haid, mengurangkan simptom-simptom pra-menopos dan menggalakkan daya keinginan seksual secara semulajadi (dan berkesan!)
8. Pelbagai manfaat lain
Jintan manis dapat mengekang selera makan, menyegarkan nafas, menurunkan panas badan, merawat jangkitan mata, meredakan sakit tekak, memulih batuk dan membuang kahak.
Resepi air jintan manis ini dikongsikan oleh Lin Na Pesona menerusi sebuah page Masak Apa Hari Ini. Jom tonton dan boleh cuba sendiri nanti.
1 sudu makn jintan manis
1cawan air panas( betul-betul panas ye )
Rendam 30 minit bertutup…minum suam sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur..
P/s kesan yang saya rasa dh cuba seminggu…lawas buang angin. Lawas buang air besar kecil..berpeluh..dan selera mkn macam kurang sikit.
Kredit : lin na pesona via mahn
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Psoriasis ialah sebuah keadaan di mana kulit mengalami kemerah-merahan, gatal-gatal dan mengalami pengelupasan berbentuk sisik. Psoriasis adalah sebuah keadaan yang boleh dialami oleh lelaki dan perempuan, Ia mempunyai boleh mendatangi pesakit di dalam pelbagai bentuk dan lebih banyak berlaku pada beberapa bahagian tubuh badan.
Psoriasis merupakan masalah radang yang disebabkan oleh tindakan imuniti badan terhadap sel-sel kulit. Sel-sel imun ini bertindak dengan menyebabkan sel-sel kulit menghasilkan lapisan-lapisan kulit baru dengan lebih kerap daripada biasa.
Kesannya, lapisan – lapisan kulit yang baru ini akan menyebabkan lapisan kulit yang normal menjadi lebih tebal dan berwarna kemerah-merahan. Permukaannya juga akan mengelupas sedikit demi sedikit dan kelihatan seperti plak-plak kecil berwarna perak (erythematous plaques with silver scale) disebabkan oleh proses tindakan imuniti terhadap sel – sel kulit.
Psoriasis adalah satu penyakit yang dipengaruhi oleh faktor genetik dan ia boleh menyebabkan masalah pada bahagian kulit dan sendi-sendi. Walaupun ianya tidak mengancam nyawa, namun kondisi ini akan menyebabkan gangguan dari segi fizikal dan mental pesakit. Hal ini kerana bahagian tubuh yang terlibat kebiasaannya merupakan bahagian kulit yang biasanya terdedah. Sesetengah pesakit akan mengalami keadaan di mana kulit menjadi tegang, sakit, gatal-gatal dan berdarah.
Antara lokasi-lokasi kulit yang sering terlibat dalam masalah psoriasis adalah pada bahagian ubun-ubun kepala, siku, lutut bahagian belakang dan punggung. Namun begitu, ia boleh sahaja berlaku pada mana-mana bahagian kulit.
Pada kebiasaannya ia tersebar secara simetri. Kulit akan berwarna merah, timbul plak-plak berbentuk sisik dan ia mempunyai sempadan yang jelas. Plak-plaknya berwarna keperak-perakan, sesetengahnya berkilat, mempunyai permukaan yang lembap dan mudah terkopek.
Rasa gatal-gatal juga merupakan salah satu simptom boleh berlaku dalam kalangan pesakit. Ini adalah berlainan bagi setiap pesakit. Sebahagian pesakit hanya akan mengalami rasa gatal-gatal yang tidak teruk. Namun bagi sesetengah yang lain pula, kegatalan yang dialami agak teruk sehingga membuatkan seseorang itu kerap menggaru kawasan tersebut sehingga luka.
Parut yang terbetuk akibat psoriasis dikenali sebagai ‘lichenification’ iaitu suatu keadaan yang menyebabkan kulit menjadi lebih tebal daripada biasa dan menginggalkan garisan-garisan parut. Rekahan juga boleh terbentuk dan ianya boleh menyebabkan kesakitan pada kulit pesakit.
JENIS PSROSIASIS
Psoriasis mempunyai beberapa bentuk klinikal yang sering ditemui semasa diagnosis. Antara bentuk-bentuk yang sering dijumpai adalah :
1. Chronic plaque psoriasis
Ia adalah sejenis psoriasis yang paling kerap ditemui dalam kalangan pesakit dan ia tersebar secara simetri pada kawasan-kawasan badan seperti ubun-ubun, siku, lutut dan kawasan punggung. Ini juga akan menyebabkan rasa gatal-gatal pada bahagian yang terlibat.
2. Guttate psoriasis
Ia berciri-cirikan plak-plak psoriasis yang kecil. Biasanya bermula pada bahagian perut, bahagian hujung lengan dan kaki. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa terdapat kaitan di antara guttate psoriasis dan jangkitan streptococcal pharyngitis (iaitu jangkitan pada bahagian saluran pernafasan).
3. Pustular psoriasis
Ini adalah keadaan psoriasis yang paling bahaya dan boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan segera. Jenis yang paling bahaya ini dikenali sebagai “von Zumbusch”. Terdapat gelembung-gelembung kecil yang mengandungi nanah terbentuk pada permukaan kulit. Keadaan ini boleh diikuti dengan kemerah-merahan pada kulit, demam, cirit-birit, ‘leukocytosis’ iaitu meningkatnya bilangan sel darah putih dan ‘hypocalcemia’ iaitu kukurangan mineral kalsium dalam darah.
4. Erythrodermic psoriasis
Badan dipenuhi dengan ruam berwarna kemerah-merahan dan keadaan kulit yang bersisik. Pesakit mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan dan ketidak seimbangan elektrolit di dalam tubuh disebabkan keadaan kulit yang tidak dapat melindungi tubuh badan
5. Inverse psoriasis
Keadaan psoriasis yang berlaku pada bahagian kulit yang sepatutnya jarang mendapat psoriasis. Kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti pada bahagian ketiak, kawasan kemaluan, bahagian hadapan pinggang dan kawasan dada.
6. Nail psoriasis
Psoriasis jenis ini adalah yang berlaku pada bahagian hujung jari dan kuku. Ia boleh jadi bermula daripada kuku sahaja ataupun bermula pada kuku dan bahagian kulit yang lain serentak. Psoriasis jenis ini sering kali berlaku dalam kalangan pesakit yang mengalami psoriatic arthritis. Terdapat seperti lubang-lubang kecil terbentuk pada permukaan kuku. Kuku akan menjadi rapuh dan mudah terhakis walaupun hanya terkena geseran kecil.