Boleh Bertutur Dalam 7 Bahasa, Pemuda Ini Sebar Ilmu Dengan Cover Lagu, Tak Sangka Penyanyi Asal Ajak Kolaborasi

Share

Bermula dengan suka-suka, akhirnya siapa sangka membawa tuah pada pemuda bernama Azrey Hendery ini.

Dia yang selalu memuat naik video kemahirannya bertutur dalam tujuh bahasa di laman sosial tidak menyangka telah mencuri perhatian ramai.

Kata Azrey, selain sekadar suka-suka, dia juga mahu mengajak orang ramai untuk mempelajari bahasa asing selain ingin menggunakan kemahirannya itu untuk disebarkan kepada masyarakat.

Bermula daripada pertuturan biasa, Azrey telah mencuba kaedah baharu untuk menarik minat orang ramai dalam mempelajari bahasa asing menerusi ‘cover’ lagu.

“Saya start cover lagu dengan bahasa asing sejak tahun lepas sebab ada yang request. Jadi saya cuba lagu Better Me dendangan penyanyi dari Kanada, Lexnour.

“Tak sangka, video itu dapat capai satu juta jumlah tontonan dekat TikTok. Kemudian ada ramai tag beliau dan beliau perasan. Penyanyi itu repost lagu saya dan apa yang mengejutkan, dia DM saya untuk ajak buat kolaborasi.

[TRENDING] Meremang Bulu Roma Dengar! Nyanyian Adik MZ Sekali Lagi Tarik Perhatian

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

“Saya juga sempat menemubual beliau sendiri… ia satu pengalaman yang sangat berharga.

“Tak sangka, suka-suka cover lagu buat sebagai hiburan saja. Sebab ada antara kita kalau membaca, kurang faham sebaliknya lebih suka dengar lagu untuk senang ‘tangkap’.

Jadi melalui lagu, orang lagi berminat untuk belajar bahasa asing.

“Setakat ini saya dah cover lima lagu dalam bahasa asing dan meraih jumlah tontonan 2.4 juta di TikTok. Sampai sekarang pun saya dapat banyak request untuk cover lagu tapi terpaksa ‘slow’ sedikit kerana kekangan masa memandangkan saya perlu tumpukan kepada kuliah,” ujarnya yang kini berada di tahun akhir jurusan penyiaran.

Sepanjang berkecimpung sebagai ‘language creator’ di media sosial, Azrey yang berkemahiran menguasai bahasa termasuk Jepun, Rusia, Sepanyol, Mandarin dan Inggeris berkata dia tidak sangka kemahirannya itu membawanya ke tahap yang sangat tidak disangka-sangka.

“Saya tidak pernah mengikuti kelas bahasa asing secara formal… semuanya belajar sendiri menerusi filem dan program di televisyen.

“Justeru apabila content saya mendapat perhatian, saya sangat bersyukur. Apa yang boleh saya kongsikan, kemahiran ini membuatkan saya mendapat jemputan daripada pelbagai pihak termasuk stesen radio dan universiti swasta untuk membuat perkongsian. Ada yang terpaksa ditolak kerana kekangan waktu.

“Paling terharu dan gembira, ada parents yang DM cakap anak mereka suka bahasa asing lepas tengok TikTok saya.

“Selain itu, ramai sangat DM sanggup bayar jadi guru mereka serta request buat kelas. Namun saya tak dapat penuhi dek kekangan waktu, sumber dan tenaga. InsyaAllah, mana tahu satu hari nanti kalau ada rezeki, mengapa tidak?

“Apapun saya bangga kerana secara tak langsung, content saya boleh bantu anak muda. Terharu juga sebab ramai yang appreciate. Ia juga menjadikan saya lebih bersemangat,” ujarnya yang kini mahu menguasai bahasa Korea dan Itali.

Mahasiswa berusia 21 tahun ini dalam pada itu sempat menitipkan pesanan buat anak muda, khususnya mereka yang mahu berkecimpung sebagai pencipta kandungan (content creator) di media sosial.

“Dunia media sangat luas, apa yang nak paparkan pastikan ia sesuatu yang berguna dan menghiburkan. Boleh jadi viewer kita pelbagai lapisan umur.

Azrey turut berpesan agar sesiapa yang ingin melakukan sesuatu agar jangan malu untuk memulakan, tapi malulah jika tidak memulakan.

[TIP KEWANGAN]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club