Bermula dengan suka-suka, akhirnya siapa sangka membawa tuah pada pemuda bernama Azrey Hendery ini.
Dia yang selalu memuat naik video kemahirannya bertutur dalam tujuh bahasa di laman sosial tidak menyangka telah mencuri perhatian ramai.
Kata Azrey, selain sekadar suka-suka, dia juga mahu mengajak orang ramai untuk mempelajari bahasa asing selain ingin menggunakan kemahirannya itu untuk disebarkan kepada masyarakat.
Bermula daripada pertuturan biasa, Azrey telah mencuba kaedah baharu untuk menarik minat orang ramai dalam mempelajari bahasa asing menerusi ‘cover’ lagu.
“Saya start cover lagu dengan bahasa asing sejak tahun lepas sebab ada yang request. Jadi saya cuba lagu Better Me dendangan penyanyi dari Kanada, Lexnour.
“Tak sangka, video itu dapat capai satu juta jumlah tontonan dekat TikTok. Kemudian ada ramai tag beliau dan beliau perasan. Penyanyi itu repost lagu saya dan apa yang mengejutkan, dia DM saya untuk ajak buat kolaborasi.
“Saya juga sempat menemubual beliau sendiri… ia satu pengalaman yang sangat berharga.
Ads
“Tak sangka, suka-suka cover lagu buat sebagai hiburan saja. Sebab ada antara kita kalau membaca, kurang faham sebaliknya lebih suka dengar lagu untuk senang ‘tangkap’.
Jadi melalui lagu, orang lagi berminat untuk belajar bahasa asing.
“Setakat ini saya dah cover lima lagu dalam bahasa asing dan meraih jumlah tontonan 2.4 juta di TikTok. Sampai sekarang pun saya dapat banyak request untuk cover lagu tapi terpaksa ‘slow’ sedikit kerana kekangan masa memandangkan saya perlu tumpukan kepada kuliah,” ujarnya yang kini berada di tahun akhir jurusan penyiaran.
Sepanjang berkecimpung sebagai ‘language creator’ di media sosial, Azrey yang berkemahiran menguasai bahasa termasuk Jepun, Rusia, Sepanyol, Mandarin dan Inggeris berkata dia tidak sangka kemahirannya itu membawanya ke tahap yang sangat tidak disangka-sangka.
Ads
“Saya tidak pernah mengikuti kelas bahasa asing secara formal… semuanya belajar sendiri menerusi filem dan program di televisyen.
“Justeru apabila content saya mendapat perhatian, saya sangat bersyukur. Apa yang boleh saya kongsikan, kemahiran ini membuatkan saya mendapat jemputan daripada pelbagai pihak termasuk stesen radio dan universiti swasta untuk membuat perkongsian. Ada yang terpaksa ditolak kerana kekangan waktu.
“Paling terharu dan gembira, ada parents yang DM cakap anak mereka suka bahasa asing lepas tengok TikTok saya.
“Selain itu, ramai sangat DM sanggup bayar jadi guru mereka serta request buat kelas. Namun saya tak dapat penuhi dek kekangan waktu, sumber dan tenaga. InsyaAllah, mana tahu satu hari nanti kalau ada rezeki, mengapa tidak?
“Apapun saya bangga kerana secara tak langsung, content saya boleh bantu anak muda. Terharu juga sebab ramai yang appreciate. Ia juga menjadikan saya lebih bersemangat,” ujarnya yang kini mahu menguasai bahasa Korea dan Itali.
Ads
Mahasiswa berusia 21 tahun ini dalam pada itu sempat menitipkan pesanan buat anak muda, khususnya mereka yang mahu berkecimpung sebagai pencipta kandungan (content creator) di media sosial.
“Dunia media sangat luas, apa yang nak paparkan pastikan ia sesuatu yang berguna dan menghiburkan. Boleh jadi viewer kita pelbagai lapisan umur.
Azrey turut berpesan agar sesiapa yang ingin melakukan sesuatu agar jangan malu untuk memulakan, tapi malulah jika tidak memulakan.
Pekerjaan sebagai penghantar makanan mungkin nampak remeh di mata sesetengah orang, namun sebenarnya ia mendatangkan banyak risiko kepada rider.
Bukan saja pening kepala melayan kerenah pelanggan yang bukan-bukan, malah perlu meredah hujan dan panas tanpa mengira waktu.
Sama seperti sebuah video yang tular di TikTok ini apabila seorang rider terpaksa menunggu pelanggan di depan rumah dalam keadaan hujan lebat telah menyentuh hati ramai.
Menerusi perkongsian video daripada @naddyross, kelihatan dia merakam rider itu yang sedang menunggu pelanggannya membuka pintu untuk mengambil makanan yang telah dipesan.
Namun, setelah menunggu beberapa selama lima minit, pelanggan itu masih tidak membuka pintu rumahnya. Gadis itu yang kebetulan nampak rider tersebut kesian melihat keadaannya yang sudah basah kuyup.
“Aku tak sampai hati tengok dia hon-hon sambil sorok-sorok phone dia nak call customer dalam hujan. Aku buka gate, aku keluar dengan payung aku suruh dia berteduh dulu bawah bumbung rumah aku,” katanya.
@naddyrossguys tolong la kalau order makanan time hujan tu ade common sense la sikit utk alert korang punya makanan tu dah out for delivery ke ape . semoga abang tu murah rezeki .♬ original sound – 1%
Meneliti di ruangan komen, rider tersebut berterima kasih kerana membantunya.
Malah, rata-rata turut meluahkan rasa simpati pada nasib rider tersebut. Malah, ada juga yang ebrkongsi pengalaman sendiri dan beri pendapat tentang situasi tersebut.
Rakyat Malaysia sekali lagi tarik nafas lega setelah mendengar pengumuman dari Perdana Menteri sebentar tadi tentang pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 untuk pencarum KWSP.
Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, beliau berkata berdasarkan dapatan kajian dalam situasi pandemik ini, ada keluarga yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina mula kedudukan.
Bagaimanapun, penjelasan lanjut tentang pengeluaran KWSP ini akan disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia nanti.
Pada masa yang sama, beliau berkata keputusan kali ini amat sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat Malaysia. Namun, pengeluaran khas ini merupakan jalan tengah untuk mengimbangi keperluan mendesak sekarang dan penyimpanan pada masa hadapan.
Walaupun kerajaan telah memberikan kebenaran untuk pengeluaran kali ini tetapi beliau merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan kecuali apabila berdepan dengan keadaan yang mendesak.
“Walaupun kerajaan berikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
“Saya berharap para pencarum buat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan,” katanya.
Sebelum ini kerajaan telah membenarkan pengeluaran Caruman Kumpulan Wang Pekerja (KWSP) sebanyak 3 kali melalui skim iaitu I-Lestari, I-Sinar dan I-Citra bermula sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dari tahun 2020 hingga 2021.
Sehubungan itu, tambah Ismail, perincian pengeluaran khas tersebut akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) serta KWSP sendiri nanti.
Meneliti di ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia ucap rasa syukur berikutan pelbagai urusan yang memerlukan wang masih lagi tertunda akibat ujian yang melanda negara kita baru-baru ini.
Wanita yang sedang berbadan dua pasti akan mengalami situasi di mana pakaian sudah tidak muat lagi. Terutama bagi mereka yang jenis berat meningkat dengan cepat menyebabkan seluar atau baju ketat dan tidak boleh disarungkan ke badan.
Itulah situasi yang turut dialami oleh isteri kesayangan Aiman Hakim Ridza. Dalam satu perkongsian di laman instagramnya baru-baru ini, Nur Zahirah Macwilson Zainol atau lebih mesra dengan panggilan Zahirah berkongsi masalah tersebut. Menurut Zahirah, minggu ke-18 hingga 24 merupakan fasa kehamilan yang dirasakan janggal untuk saiz fizikal badannya.
“Pada tahap ini saya tidak kelihatan seperti mengandung, tetapi menyedari badan mengalami kenaikkan beberapa kilogram dan membulat,” tulisnya dalam kapsyen selepas memuatnaik satu video berkongsi tip memakai seluar jean bagi wanita hamil di Instagram baru-baru ini.
Dia yang sudah melepasi minggu ke-26, beliau ingin menunggu beberapa minggu lagi sebelum membeli pakaian mengandung. Ini disebabkan beliau mengetahui saiz badannya akan semakin membesar. “Saya jarang memakai seluar jean, namun dalam keadaan fizikal begini rasa seronok apabila mampu menggayakannya selepas mempraktikkan tip seumpama ini.
“Lagipun ia (jean) masih muat pada bahagian paha, cuma tak boleh butang kerana perut membesar,” ujarnya lagi yang hanya menggunakan getah rambut rona hitam.
Cara-caranya:
1- Pilih aksesori rambut bersifat elastik.
2- Kemudian, masukkan pengikat rambut itu ke dalam lubang butang dan ikat.
3- Selepas itu, cangkuk getah rambut berkenaan ke butang seluar jean.
4- Siap untuk digayakan ketika keluar bersantai.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Didie Alias lawat Amyza Aznan, datang beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.