Menjadi habit dah bila tengah tengok tv atau buat kerja, ada kudapan di sebelah. Selalunya akan beli makanan yang paling mudah untuk dicapai iaitu semestinya snek yang dijual di kedai, tinggal capai sahaja dan beli! Kalau rajin sikit dan nak sihat, sediakan buah.
Dah melonjak umur ni, sebaiknya makanlah makanan yang berkhasiat, untuk kesihatan pada jangka masa panjang nanti. Takut dah tua, banyak pula penyakit yang datang. Seram! Misalnya sediakan snek sihat seperti snek granola yang dikongsi oleh Siti Fazilah Jamaludin ini.
Granola adalah jenis makanan yang umumnya terdiri dari beberapa campuran gandum, buah kering dan kekacang, justeru ia amat sesuai bagi mereka yang cuba untuk menurunkan berat badan.
Senang je cara nak buat! Tak percaya? Tengok sampai habis!
RESIPI SNEK GRANOLA
Bahan-bahan:
1/2 cawan minyak canola/minyak jagung/minyak olive oil/pure coconut oil (pastikan bukan minyak masak)
1/2 cawan madu
Garam
Serbuk kayu manis
3 cawan rolled oat
1/2 cawan kekacang pilihan (empunya resipi guna hirisan badam)
1/2 cawan sunflower seed (kuaci)
Ads
Cara-cara:
1. Dalam mangkuk, satukan minyak canola/jagung/olive oil/minyak kelapa tulen, madu serta taburkan garam dan serbuk kayu manis secukupnya. Kacau rata semuanya.
2. Kemudian tambah rolled oat, kekacang dan sunflower seed (kuaci). Kuantiti bahan ini bergantung pada anda, asalkan ia tersalut dengan bahan basah tadi.
3. Kuantiti bahan ini bergantung pada anda, asalkan ia tersalut dengan bahan basah tadi.
Ads
4. Lapik loyang dengan baking paper, ratakan granola di atas loyang.
5. Bakar pada suhu 180°C menggunakan api atas bawah selama 20 minit. Balik-balikkan supaya semuanya masak rata.
Ads
6. Nampak dah perang, boleh keluarkan.
7. Bila dah sejuk sikit, boleh tabur kismis, apricot atau cranberry bits.
8. Siap! Boleh makan begitu saja atau tabur atas yogurt untuk sarapan atau makan bersama overnight oat.
Masakan sotong merupakan hidangan yang digemari ramai. Biasanya apabila ke pasar geram tengok sotong segar dan besar. Tapi paling bila dimasak, sotong jadi kecut dan mengecil.
Namun ada petua nak jadikan saiz sotong ‘maintain’ iaitu menggunakan asam keping. Sebagaimana yang perkongsian oleh Zin Rose. Nak tahu caranya ikut panduan ini.
Elak sotong Kecut dan hanyir.
Mula-mula siang sotong, buang semua tulang sotong. Selepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong tu supaya senang nanti badan tak ke lain, kepala ke lain.
Rebus sotong selama 5 hingga 8 minit bersama 4 atau 5 keping asam keping, hasilnya bila masak sotong tak hanyir dan saiznya maintain tak mengecut. Tak la bila beli sotong besar, bila masak jadi kecil.
Cara-caranya: 1. Masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong. Letakkan 4 atau 5 asam keping.
2. Rebuskan selama 5 hingga 8 minit. Tutup api.
3. Kemudian toskan dan boleh dimasak. Hasilnya sotong tak hanyir, saiz maintain tak mengecut bila dimasak. Dan paling penting, sotong melekat elok pada badan sotong.
Setiap negeri yang terdapat di negeri Malaysia sememangnya mempunyai keistimewaan tersendiri terutama daripada sudut makanan. Kepelbagaian dan keunikan makanan tradisional juga melambangkan identiti setiap negeri tersebut.
Negeri Sarawak antara negeri yang kaya dengan budaya dan makanan yang unik tetapi sedap. Jika sebut tentang makanan Sarawak, pastinya terlintas difikiran menu mee kolok. Tetapi kali ini menu istimewa yang akan dikongsikan adalah mee belacan Sarawak.
Melalui perkongsian seorang pengguna profil Facebook Dayang Zulaina, berkongsi resipi asli masyarakat Sarawak. Menarik lagi walaupun resipi kuah yang dikongsikan ini juga tidak perlu menggunakan ikan, namun rasanya tetap pekat dan enak. Menu ini juga sangat sesuai dimakan seisi keluarga.
Mee Belacan Sarawak
Bahan-Bahan:
1 bungkus bihun (direndam dan dicelur)
Bahan Kuah:
Bawang merah 5/6 ulas (kalau nak letak lebih pun boleh. Lagi banyak lagi sedap)
Bawang putih 4 ulas
Bawang besar 1 ulas
Cili kering 10 tangkai (kalau tak nak pedas boleh kurangkan)
Kalau nak elakkan panas badan selepas makan buah durian, orang tua-tua selalu pesan supaya minum dalam pangsanya. Namun berbeza pula dengan buah yang paling manis lagi merah meranum ini, iaitu buah rambutan.
Ramai orang takut nak ambil buah rambutan berlebih-lebihan, bimbang masalah batuk. Bagi yang takut dan khuatir batuk berpanjangan, apa kata cuba cara yang dikongsikan wanita ini di facebooknya.
Menurut Muna Masrur, petua ini memang mujarab. Jadi penggemar buah rambutan jangan lupa cuba petua ini.
Hidup dah lebih 20 tahun, baru tau rambutan ada banyak jenis keturunan. Yang ku tahu rambutan merah, rambutan kuning saja.
Baru baru ni mak sedara bagi rambutan nama nasab keturunannya, rambutan gula batu. Warnanya merah pekat ala maroon, buahnya manis ya amat. Isi dan biji tak lekat bila dimakan.
Aku mula takut nak makan. Takut batuk-batuk. Maklumlah baru saja baik dari batuk dan selsema. Orang tua tu paksa juga aku cuba.
Kata dia, “alah kau jangan takut la makan rambutan ni. Petua tak nak batuk, kau kopek dulu buah ni, lepas tu kau basuh dengan garam. Garam halus. Basuh lama-lama sikit. Lepas tu boleh la makan. Tak habis makan, simpan dalam tupperware. Letak peti sejuk.
Di rumah aku cuba lah petua ni. Alahai memang sedap manis, terasa sampai ke anak tekak. Isi dia tak buat gigiku menyelit. Isinya padat. Terasa ranggup bila dikunyah.
Entah kebetulan atau petua ni memang mujarab, tak pulak kena batuk walau berisi isi rambutan masok perut. Alhamdulillah
Ok. Sekian petua nak elak batuk makan rambutan. Boleh la akak-akak cuba.
Caranya:
1. Kopek buah dan asingkan isinya.
2. Basuh buah rambutan dengan garam halus dan biarkan direndam sekejap.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...