
Bercakap tentang aiskrim Malaysia, memang ada macam-macam perasa. Setiap satunya ada rasa yang tersendiri. Contohnya dengan perkongsian resipi aiskrim Malaysia bercitarasa Bluemint Dynamite oleh Che Marlyah.
Aiskrim Malaysia. Aiskrim Bluemint Dynamite.
First time buat dan nak merasanya.. orang lain dah berzaman buat..Suami cakap aiskrim alien ke..Bila dia dah rasa, dia cakap sedap..
Selit jelah resepi.. kot ada yang baru, nak belajar buatkan..
Cara saya..
Resepi susu:
1tin susu cair.*
1tin susu pekat manis.*
4tin air.*
1/2sd kecil garam.*
5sd besar tepung ubi rata ya, jangan membukit sangat.
(Di bancuh dengan air dahulu.)
Pewarna makanan (biru)
Gula-gula dynamite secukupnya.
🔹Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam periuk.. kacau bagi sebati.
🔹Kemudian didihkan atas api sederhana hingga mendidih.
🔹Sentiasa kacau supaya tidak berkerak.
🔹Dah mendidih, masukkan air tepung ubi dan pewarna biru ke dalam susu tadi.
🔹Kacau-kacau bagi sebati dan mendidih jap.
🔹Tutup api.. sejukkan dan tapis ke dalam jug.
🔹Masukkan 2biji gula dynamite yang telah di ketuk hancur, ke dalam plastik aiskrim.
🔹Tuang susu biru ke dalam plastik, simpul bagi kemas siap.
Sumber : Che Marlyah Ina Saad via MAHN
Tak Hanya Buat Sambal, 5 Resipi Kreatif Guna Sardin Tin, Super Sedap!

Sebut sahaja sardin tin pasti ramai yang cukup sukakannya. Makanan paling ringkas, pantas disediakan dan paling penting sedap rasanya. Apa lagi kalau buat pedas-pedas dan dimakan ketika panas.
Lebih hebat lagi sekarang semua orang dah mampu buat sardin tin sendiri yang dibuat daripada ikan segar. Lebih selamat dan paling penting langsung tak gunakan sebarang bahan pengawet. Malah kosnya pun lebih murah jika dibandingkan dengan harga setin sardin di pasaran. Bak kata orang boleh beli ikan sekilo!
Dah alang-alang boleh buat sardin tin sendiri, apa kata kita variasikan lagi jadi resipi yang lebih kreatif. Himpunan resipi menggunakan sardin tin ini anda boleh cuba. Memang menarik dan sedap!
#RESIPI 1
SARDIN TIN MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-Bahan:
1 tin sardin saiz besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi
1 batang serai
1 helai daun kunyit
250ml santan
3 biji ubi kentang
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 keping asam gelugur
300ml air
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak:
1.Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia dan kunyit hidup. Ketepikan.
2. Panaskan periuk, masuk sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masuk air kira-kira 300ml. Setelah mendidih, masukkan santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.
3. Masuk kentang dan setelah kentang sedikit lembut, masukkan cili padi dan ikan sardin dengan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, mati akan api dan angkat.
4. Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.
#RESIPI 2
SARDIN TIN MASAK TOMYAM
Bahan-Bahan:
1 tin sardin -saiz besar
4 batang serai saiz sederhana – ketuk
1 inci lengkuas – ketuk
8 biji cili padi – ketuk
1 kiub perencah tomyam Knor
1 biji bawang besar
3 helai daun limau purut (urat tengah tu buang)
2 helai daun ketumbar jawa
Sedikit perahan lemon
Cara Memasak:
1. Rebus air bersama serai, lengkuas dan cili padi.
2. Masukkan perencah tomyam, kuah sardin dan bawang.
3. Bila dah menggelegak, masukkan sardin, daun limau purut, ketumbar jawa. Biarkan mendidih dan dikacau sentiasa.
4. Bila kuahnya dah pekat, perahkan lemon dan perasakan dengan sedikit garam. Biarkan masak seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 3
SARDIN TIN MASAK PAPRIK
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1sm halia
5 biji cili padi -ketuk
1 batang serai
3 helai daun limau
Sedikit lobak merah, jagung mini dan sayuran lain
Garam dan air asam jawa
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan cili padi dan kesemua sayura lain.
3. Masukkan kuah sardin dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan sardin dan letakkan sedikit asam jawa. Biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan taburkan hirisan daun limau purut.
6. Apabila mendidih, angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 4
GULAI LEMAK KUNING KELADI IKAN SARDIN
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
100gm keladi -dibasuh dan direbus
2 biji bawang besar
5 biji cili padi
1 liter santan
1sm kunyit hidup
1 batang serai -ketuk
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Kisar bawang merah, cili padi dan kunyit hidup hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan kuah sardin, keladi, serai dan asam keping. Biarkan mendidih.
4. Masukkan santan bersama sardin dan biarkan mendidih.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 5
ASAM PEDAS SARDIN TIN
Bahan-Bahan:
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
2. Setelah garing masukkan kuah ikan sardin dan kacau rata selama tiga minit.
3. Kemudian masukkan ikan sardin dan tuangkan pula air asam jawa. Masukkan juga limau purut dan juga serai.
4. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Mana satu resipi paling disukai? Selamat mencuba!
Masak Kacang Tanah Confirm Tak Hangus, Ikut Cara Ni Jer, Senang Sangat!

Apabila ditanya tentang pilihan menu popular yang sering disediakan pada hujung minggu untuk keluarga, pasti ramai antara kita gemar menyediakan hidangan Nasi Lemak. Memandangkan rasa hidangan nan satu ini cukup digemari ramai, bukan sahaja bagi orang dewasa malah anak-anak juga.
Pun begitu, tidak dapat dinafikan untuk menyediakan set lengkap sajian nasi lemak ini diakui sedikit ‘renyah’. Apa tidaknya, selain kita perlu menanak nasi kita juga perlu sediakan sambal ikan bilis terlebih dahulu di samping perlu merebus atau menggoreng telur, mengghiris timun, dan menggoreng kacang tanah.
Menyentuh tentang bab menggoreng kacang tanah walaupun tidaklah sesukar mana, tetapi kita sering berdepan dengan masalah ‘terhangus’ kerana gagal mengawal api. Sudahnya kacang tanah yang sepatutnya menambah rasa sedap nasi lemak menjadi sebaliknya. Malah lebih teruk menggagalkan rasa enak hidangan yang telah disediakan. Akhirnya kacang tersebut terbuang begitu sahaja, langsung tidak dimakan. Benar bukan?
Jadi macam mana nak masak kacang tanah dan nak pastikan ia tak hangus? Kena cuba petua ini.
Begini caranya:
1. Tuang minyak ke dalam kuali.
2. Tanpa tunggu minyak panas, terus sahaja masukkan kacang tanah.
3. Biarkan hingga minyak panas dan biarkan digoreng hingga masak.
4. Hasilnya kacang takkan jadi hangus. Pasti!
#Pilih Sangai
Selain itu, anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama, cuma masukkan minyaknya sedikit sahaja dan sangailah kacang hingga masak. Pastikan kacang terus dikacau sentiasa. Hasilnya kacang tidak akan hangus malah lebih rangup dan cepat masak.
#Sejuk Dahulu
Begitu juga ketika memasak Sambal Bilis Kacang, pastikan kacang digoreng dalam kaedah yang sama tanpa memanaskan minyaknya terlebih dahulu. Asingkan kacang hingga sejuk kemudian barulah dimasukkan bersama ikan bilis.
Roti Tak Terusik Atas Meja, Sebelum Luput Tarikhnya Baik Buat Chicken Cheese Crispy. Mudah & Paling Penting Sedap!

Dah hari-hari masak, buntu mak-mak dibuatnya nak siapkan makanan untuk orang dalam rumah ni!
Yang mana tengah lapang petang-petang macam ni, atau nak buat stok frozen dalam peti tu, cer jom cuba buat Chicken Cheese Crispy ni. Mudah je cara buatnya. Zup zappp dah siap! Haaa tunggu apa lagi, pergi cari barang dan terus buat!
RESEPI CHICKEN CHEESE CRISPY
Bahan-bahannya :
Isi ayam / Ayam Kisar
3 biji bwg besar ( potong dadu )
5 ulas bwg putih ( cincang )
Garam
Ajinomoto ( optional )
Serbuk lada hitam ( optional )
Roti
Serbuk roti
4 biji telur
Cheese
Cara-caranya:
#1 Tumis bwg besar dn bwg putih guna marjerin/butter.. Tumis smpai naik bau pastu masuk kan ayam.. Letak garam, ajinomoto dan serbuk lada hitam.. Masak smpai kering air ayam tu..
#2 Bahan ni blh dapat banyak tau, 1 mangkuk nasi dapat.. Saja buat lebih sbb x abes nnt boleh simpan dalam freezer beku.. Inti ni blh buat toping pizza homemade jgk
#3 Lenyek roti.. Kemudian sapu telur atas roti tadi, letak inti dan cheese..
#4 Lipat roti dan tekan keliling ( proses ni kadang2 kulit roti tu terbukak balik, jgn risau normal la tu, korang trs je buat yg lain nnt dh lama tekan blk yg terbukak tadi ).. Kemudian celup roti berinti tu dlm telur, dan gaulkan dalam serbuk roti..
#5 Ulang semua langkah smpai siap.. Goreng api sederhana tau.. Dannnnn siap… Sedia utk di ngapp.. Aumm nyam3..😍😍
Makan dengan cheezy, sos cili atau mayonis.. Sdp sgt2 tau.. Selamat mencuba uolssss…
kredit: mieza samian
Nak jadi sebahagian dari komuniti kami? Jom sertai di keluargagaderclub