‘Blender’ Berubah Warna Buruk, Kusam! 3 Cara Ni Boleh Ubah Automatik Nampak Baru

Share

Bagi yang rajin masuk ke dapur untuk memasak, lagi-lagi yang suka guna blender untuk kisar cili, bawang, mahupun kunyit mesti akan hadapi masalah blender berubah warna pudar. Kan? Padahal baru beli je blender tu!

Puas dah sental, tak hilang-hilang kesan warnanya tu. Jadi, daripada berhabis duit beli blender yang baru untuk nampak cantik, baik ikut je cara ni untuk hilangkan kesan kotoran degil tu untuk automatik nampak baru! Jom cuba cara di bawah..

TIGA CARA HILANGKAN KESAN KUNYIT PADA BLENDER

CARA PERTAMA

-2 sudu makan cuka, 1 cawan air panas

1. Masukkan air panas dan cuka ke dalam blender anda. Biar selama 2-3 minit.

2.Kemudian anda blend campuran air panas dengan cuka tu beberapa kali sampai hilang kesan kotoran pada mata blender.

3.Akhir sekali, anda bilas dengan air panas dan keringkan.

CARA KEDUA

-3 sudu makan beras, 1 biji limau nipis, air secukupnya

1.Anda potong limau nipis tu kecil- kecil.

2.Masukkan ke dalam blender bersama air dan beras.

3.Blend campuran bahan tadi selama 15-20 saat.

4.Tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain dan bilas blender sampai bersih.

5.Hampas limau dan beras tadi tu anda boleh guna untuk bersihkan bahagian luar dan dalam blender.

CARA KETIGA

–Baking soda dan cuka

1.1/4 cawan baking soda dan 3/4 cawan cuka.

2.Masukkan dalam blender dan letakkan secawan air.

3.Gosok menggunakan span pinggan bersama cecair pencuci. Kemudian bilas seperti biasa. Lakukan sebanyak beberapa kali.

*Selamat mencuba!

Sumber: easybakelab.com via siraplimau, gambar selayangpandang