Mencungkil kisah seorang isteri dan juga ibu yang telah melalui proses pembedahan membuang cyst pada penghujung tahun lalu memberi suatu kisah yang berbeza tentang bagaimana dirinya mengetahui disahkan ada cyst oleh doktor.
Siapa sangka perancangan awalnya untuk menambah zuriat, menemukan sesuatu yang tidak dijangka. Untuk ketahui lanjut, jom kita baca perkongsian daripada Puan Safiyyah Osman ini.
Selamat pagi uolls! Pagi ni nak cerita pasal macamana aku boleh tau diri sendiri ada Cyst.
Aku kan plan nak pregnant lagi. Macam boring pula tak dak baby. Aku pun tak tau kenapa ada perasaan nak ada anak lagi, maybe trauma aku dah hilang kot, sebab start Adelia lahir, aku kalau boleh memang tak nak dah baby or anak.
Aku beranak senang giler dekat Adelia, yang buat aku trauma adalah start kena jahit sampailah habis pantang – peristiwayang jadi masa pantang n masa jahit tu buat aku jadi trauma n tak nak ada anak dah.
Tanda-tanda yang dirasa
Nak jadi cerita, aku hold pasai nak p jumpa doktor untuk buat kesuburan. Baru-baru ni, aku bleeding lepas make love. Bleeding yang banyak giler. Scary oi!
Ads
Sebelum tu, aku dah rasa tanda-tanda ni : – cramp area perut n bawah perut. – perut kembung gila sampai tak boleh tidur. – period jadi gila. Hari ke3 dh habis tapi mai hari ke 5-6 banyak balik. – lenguh pinggang macam nak mai period setiap hari. – sengugut teruk kawkaw. Padahal sebelum ni tak ada sengugut. – cepat rasa letih walaupun tak buat kerja banyak. – badan rasa bisa, rasa lenguh, rasa sakit. Seksa woo masa p IMKK & Jogja.
Banyak lagi la tanda dia. Tapi aku ingat sebab stress or faktor umur. Bongok gila. ?
So disebabkan bleeding, lepas 3hari baru aku p check. Aku sebelum ni dok buat pap smear tiap tahun since hujung tahun 2015. Memang tak ada detect Cyst ka apa. Pernah di katakan Pcos. Tapi bila p scan kali kedua, tak ada.
Kira tanda tu aku rasa dalam bulan 9-10 tahun 2018 gitu dan makin hari makin rasa kuat tanda-tanda tu.
Ads
So bila check, memang nampak la ketulan Cyst tu. Sedih gila. Aku memang lepas lahir Adelia tak ada makan apa-apa ubat perancang ka apa..Doktor kata, aku terlalu terlampau stress + pemakanan memang tak jaga sangat la.
Kemudian Cyst y doktor keluarkan tadi, dah hantar lab. Doktor nak check n confirmkan sama ada cyst tu endometriosis ke idok. Doktor suspek endometriosis sebab masa pecahkan cyst tu ada chocolate blood.
Kalau endometriosis, nak kena stopkan period 3 bulan. Omg. Scary. Tak terpikir akan dapat cyst ni weh.
Jenis endometriosis ni juga, dia akan repeat jadi berkali-kali. Ni aku 1st time jadi. Sebelum ni tak pernah jadi langsung.
Ads
Kalau bukan endometriosis, dalam 2 bulan doktor kata confirm mengandung dah.
Aku xtau la nak fikir n rasa apa. Hahaha.. Allah dah tentukan semua.
Kalau endometriosis, adalah hikmah dia tu. Kalau bukan endometriosis pun ada hikmah dia. Allah dah atur cantik dah. Aku ada juga zuriat. Orang lain, terus dapat endometriosis n tak ada zuriat. Sedih kan. Setiap yang jadi ada hikmah dia. Ada zuriat, tak ada zuriat, struggle dia tetap ada. Hikmah pun tetap ada.
Lepas ni aku kena banyakkan lagi makan sayur. Padahal aku ni memang hantu sayur.
Lepas ni aku kena bffffff dengan sayur hijau. Brokoli, sawi, avocado… makanan bersusu, cheese kena elakkan terus. Red meat pun kurangkan or terus xambl lgi bagus.
Aku gila susu juga. Tapi cheese memang aku tak makan sangat. Memang aku xsuka cheese. So senang la nanti tinggal terus.
Pengorbanan ibu bapa dalam membesar dan mendidik anak-anak hingga dewasa tidak mampu dibalas dengan wang ringgit. Justeru, sebagai anak kena selalu ingat dan menghargai setiap keringat dan penat lelah orang tua mereka.
Bagi pelakon dan pelawak terkenal, Ajak berkongsi rasa teruja apabila hasratnya untuk menghadiahkan rumah buat bapanya hampir menjadi kenyataan.
Dalam satu perkongsian, Ajak memuat naik gambar dia melawat ke tapak pembinaan rumah baharu bapanya, Razak Pakon di Kluang, Johor.
Dalam perkongsian tersebut, Ajak memberitahu rumah tersebut dibina khas demi untuk bapanya yang ingin memiliki kediaman sendiri selepas berpencen.
Biarpun rumah setingkat yang memiliki tiga bilik tidur itu masih dalam pembinaan namun, ianya sudah hampir siap.
“Alhamdulillah dah nak siap dah rumah. Dah lama dah abah saya ni nak ada rumah sendiri. Kesian dia, dulu nak besarkan kiteorang lapan orang, tak ada duit nak buat rumah.
“Dah pencen baru ada duit…Allah hai…Sekarang ni kita tunggu rumah pencen siap,” katanya terharu.
Lebih menarik lagi, menerusi video tersebut Ajak turut membuat ‘tour’ sekeliling rumah yang berlatar belakangkan pemandangan indah dari Gunung Lambak.
“Tak tergambar dengan kata-kata, happy rasanya. Kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan Abah dan emak membesarkan kami lapan beradik memang tak ada.
“Semoga Abah gembira ada rumah sendiri,” katanya kepada Gempak.
Tambah Ajak lagi, dia berharap agar kediaman tersebut dapat disiapkan sebelum akhir tahun ini.
“Insya-Allah kalau tak ada aral melintang saya harap Abah dapat duduk di rumah baru sebelum tahun hadapan.
“Apa pun saya berterima kasih kepada tukang rumah yang bertungkus lumus menyiapkan kerja mereka dengan baik dan kemas,” katanya.
Ramai yang memberi reaksi pada perkongsian tersebut. Menurut mereka, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat ibu dan bapa sendiri gembira.
Malah ramai mengharapkan semoga segalanya berjalan lancar selain mendoakan ayah Ajak diberikan kesihatan yang baik.
Puas memikirkan cara terbaik untuk menutup kesan dinding yang bertompok-tompok putih atau hasil daripada kesan gam kertas dinding yang dibuka, ada baiknya anda mencuba gaya dinding dengan teknik shiplap.
Gaya dinding Shiplap ini mengambil inspirasi daripada pembinaan kapal sekali gus menjadikan ruang kediaman nampak bergaya dan tersendiri.
Nak tahu bagaimana cara pemasangan dan bahan-bahan yang diperlukan, ayuh ikuti perkongsian daripada Nurul Aini.
Pkpb kali ni makeover dinding yang bertompok dengan kesan cat ni dengan shiplap..dinding tu jadi bertompok camtu lepas saya cabut wallpaper lama.
Kalau boleh kikis better kikis sebab nak ratakan dinding..tapi kalau dinding dah rata tak kikis pun tak apa.
Peralatan & kos:
1. MDF board – RM93
(3mm x 150mm x 4 kaki)&(3mm x 150mm x 2 kaki)
2. Gam silikon – RM7.50 X 2
3. Wood filler (tutup gap)- RM10
4. Cat Nippon Paint (capitol gold)- RM130
Step 1 : Letakkan gam pda MDF board dan tampal di dinding.
Pada bulan Ramadan ini, seperti sudah menjadi kebiasaan apabila pelayar sosial media suka berkongsi gambar makanan di laman sosial milik mereka.
Ada yang berkongsi gambar resipi, makanan yang dibeli dan juga hidangan yang akan dinikmati sewaktu berbuka nanti.
Walaupun ada yang menganggap ia sebagai perkongsian sahaja, namun harus kita ketahui hukumnya dari sudut syarak.
Menjawab persoalan ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Halim Wan Mohd Noor telah menasihati umat Islam supaya tidak memuat naik gambar-gambar makanan, minuman atau individu yang sedang menikmati juadah ke dalam media sosial sebelum waktu berbuka puasa.
Menurut beliau, tindakan berkongsi gambar makanan itu sendiri tidak membatalkan puasa namun perbuatan orang yang memuat naik gambar itu mungkin boleh menggalakkan orang lain untuk meninggalkan puasa mereka. Perkara ini sudah pasti bertentangan dengan ajaran Islam.
Oleh yang demikian, orang yang berkongsi gambar makanan dan minuman boleh jatuh hukum berdosa kerana mereka seolah-olah mendorong orang lain untuk meninggalkan puasa. Ibadah ini tidak boleh dipandang ringan memandangkan puasa merupakan salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan.
Justeru itu, beliau menasihati umat Islam untuk berhenti menggalakkan orang lain berbuat dosa dengan berkongsi gambar-gambar makanan ke dalam media sosial sebelum waktu berbuka.
Mungkin ramai di antara kita yang masih belum tahu akan hukumnya, namun diharapkan dengan penjelasan dari Mufti ini, kita semua jelas mengenai larangan ini.
Semoga Ramadan kali ini, setiap amalan kita diterima dan diberkati oleh-Nya.
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.