Dek kerana penat nak ‘makan gaji’, ramai buat keputusan untuk berniaga sahaja. Malah, ada juga yang terpaksa untuk membuat kerja sampingan dengan berniaga untuk tambah pendapatan keluarga.
Tapi, pernah periksa kembali tak cara pembahagian hasil wang berniaga tersebut? Duit hasil jualan ni bukan sembarangan untuk diuruskan. Jika salah rentak, boleh menjerat kita balik tau!
Bagi yang sedang atau baru nak berjinak dalam perniagaan, yang masih lagi ragu-ragu dalam pembahagian wang untuk pulangan modal dan hasil jualan, jom lihat tip dari Mahura Ismail ni. Semoga perkongsian ini beri manfaat untuk anda semua.
TIPS JAGA MODAL CARA SURI RUMAH
Bagi yang menjalankan perniagaan, wajib ada tiga tabung ini, iaitu tabung A, B dan C. Bila dapat hasil jualan, modal masukkan balik di dalam tabung A. Lebihan dari duit tadi dibahagikan kepada dua dan dimasukkan ke dalam tabung B dan C.
Setiap tabung mempunyai peranan yang berbeza
Tabung A : Tabung modal, dilarang sentuh kecuali untuk restok barang sahaja. Jika terrrr guna wajib ganti!
Tabung B : Tabung untung jualan. Sama juga seperti tabung A, dilarang sentuh kecuali untuk restok barang sahaja. Jika terrrr guna wajib ganti!
Tabung C : Gaji anda! Atau dikenali sebagai duit enjoy. Boleh decide nak amik seminggu sekali @ sebulan sekali..
Tak percaya buat la. Disiplin okeh.. Anda Akan dapat hasilnya..!
Terpisah Lima Bulan Akibat COVID-19, Akhirnya Bayi & Ibu Ayah Bersatu Semula
Pilu rasanya bila terpaksa berjauhan dengan keluarga, tak boleh digambarkan kesedihan lebih-lebih lagi bila berpisah antara negara lain.
Seperti kisah ibu dan bayi lelakinya ini terpaksa berjauhan selama 5 bulan akibat COVID-19 yang berpunca dari sekatan masuk keluar negara lain di negara masing-masing. Jom ikuti kisah mereka.
“Irfan, ini adalah ibu,” ungkapan pertama seorang ibu apabila dapat memangku anak bongsunya di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Songkhla hari ini.
Dengan linangan air mata, ibu muda Nurhalisa Jehawee, 18, mendukung bayi lelaki berusia lima bulan yang terpisah susulan penularan pandemik COVID-19 sekali gus menyebabkan penutupan sempadan Malaysia-Thailand.
“Saya sangat gembira. Akhirnya, dapat mendukung anak saya buat kali pertama selepas lima bulan. Saya dan keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu dan menderma kepada kami.
“Ia membantu kami melangsaikan bil hospital dan membawa pulang Irfan ke pangkuan kami,” katanya kepada Bernama.
Hasil bantuan dan derma orang ramai, Nurhalisa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Kajang dan suaminya Muhammad Tifyoleah, 28, berjaya mengumpul wang untuk menyelesaikan bil hospital termasuk kos bersalin berjumlah hampir RM30,000.
Irfan dilahirkan ketika kandungan ibunya berusia tujuh bulan di Hospital Kajang pada 27 Feb lepas, namun terpaksa meninggalkan Irfan yang ketika itu di bawah pemantauan doktor, untuk memperbaharui visanya dan suami yang tamat tempoh pada 18 Mac lepas.
Susulan COVID-19 dan penutupan pintu sempadan Malaysia-Thailand, pasangan itu tidak dapat kembali semula ke Malaysia untuk mengambil anak bongsu mereka di Hospital Kajang.
Irfan diiringi dua jururawat dari Hospital Kajang bertolak pada pukul 8.45 malam tadi dan tiba di CIQ Sadao pada pagi ini, kemudiannya dibawa ke Hospital Pattani untuk pemeriksaan lanjut.
Bayi berkenaan akan menjalani kuarantin wajib bagi warga Thai yang pulang dari luar negara.
Sumber BERNAMA
“Berlari Dengan Atlet Terbaik Dunia, You’re World Class”. Pecah Rekod Peribadi, Azreen Nabila, Pelari Berhijab Yang Simple, Low Profile & Cool!
Azreen Nabila Yang merupakan pelari pecut negara menamatkan perlumbaan pusingan pertama 100m wanita pada Sukan Olimpik Tokyo di tempat ke-7.
Meskipun tidak berpeluang menjulang medal, namun kelibatnya mencuri tumpuan ramai.
Dalam satu perkongsian, penyanyi terkenal Yuna atau Yunali Zarai menzahirkan rasa bangga dan memuji kemampuan atlet ini untuk meletakkan namanya sebaris dengan atlet terbaik dunia. Justeru, dia tidak sabar untuk melihat atlet berumur 21 tahun itu mencipta kejayaan suatu hari kelak.
Dalam pada itu, seorang warga maya berkongsi mengenai pencapaian Azreen yang mungkin ramai tidak tahu.
Semalam aku dapat poster pasal athlete kita yang akan bersidang hari ni. Ternampak nama Azreen Nabila Alias untuk acara 100m perempuan.
Jujur aku tak berapa kenal dan follow. So aku buat research sikit.
1. Dia dari Trengganu dan ditemui masa SUKMA.
2. Masih belajar di UPM sekarang dan tengah final exam.
3. Pelari berhijab yang simple, low profile dan cool.
4. Dia ke Olympic dengan wild card. Aku yakin antara program pembangunan KOM atas bakat beliau.
5. Dia buat kejutan dengan kalahkan beberapa nama besar dalam kategori ini di Grand Prix Malaysia sebelum ini.
6. Budak lagi dan kurang pendedahan antarabangsa.
7. Dia adalah Olahragawati Sukma 2018 dan pernah bersama quartet 4×100 di SEA Games baru ni.
8. Timing terbaek dia 11.81s dan rekod 28 tahun kebangsaan adalah dari G.Shanti 11.50s yang di buat di SEA Games KL.
9. Dia di Jepun tanpa coach (M.Balamurugan) dan bersendirian. Pagi ni dalam qualifications round di Japan dia no 2 dengan timing 11.77s, PB.
Adakah Azreen mampu membuat lebih banyak kejutan?
Sekarang pon dia dah buat ramai terkejut.
Jalan terus Azreen!!!!
Sumber: FB Arman Arshad
“Cara Tuanku Layan Sangat Humble, Ni Namanya Tuah & Rezeki.” Shuib Kongsi Main Golf Dengan Tunku Azizah Raih Perhatian!
Bukan senang nak dapat peluang bersama dengan Raja Permaisuri Agong, namun tuah itu diperoleh Shuib. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan.
Dalam satu perkongsian baru-baru ini, bapa kepada empat cahaya mata ini memuat naik satu video dan beberapa gambar yang memaparkan dia telah menyertai Challenge Golf bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Rata-rata memuji peluang yang diperoleh usahawan dan juga pelawak terkenal ini.
Sementelah dapat bermain golf secara santai bersama Permaisuri kesayangan ramai, bukan calang-calang orang memiliki peluang tersebut.
Lebih menarik lagi, penampilan Tunku Azizah yang cukup santai Dan tidak begitu protokol, bahkan nampak mesra berborak dengan Shuib.
Aksi Tuanku Permaisuri dan Shuib ketika bermain golf juga nampak seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah atas peluang yang diperoleh Shuib bermain golf bersama Tuanku Permaisuri. Tak kurang ada yang menyakat Shuib bakal mendapat gelaran Dato’ tidak lama lagi.
Sumber: shuibsepahtu
ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
BACA INI JUGA : Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara