Biskut Vanilla Crunchy Bekalan Anak Ke Sekolah. Mudah Aje Penyediaannya!

Share

Tentu ibu-ibu sedang mencari menu atau makanan untuk anak bawa bekalan ke sekolah. Biasaya setiap ibu  inginkan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk anak-anak. Kepada yang ingin memberikan makanan yang terbaik kepada anak, biasanya akan membuat sendiri makanan untuk anak. Sebagaimana perkongsian resepi yang dipaparkan oleh Puan Sarina Sanek 

sungguh inspirasi buat anak-anak iaitu biskut vanilla crunchy.

Jom ikuti bahan-bahan dan cara membuatnya.

Resepi:-
250gm butter
100gm gula perang
100 gm gula castor (sy letak 70gm shj)
Gaul sebati. Guna senduk kayu je

Kuning telur sebiji
Esen vanila / butter oil
Kacau sebati dengan bahan diatas

350gm tepung gandum
1/2 sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat
-masukkan dalam adunan yg dh dicampur kuning telur dan esen vanilla

250gm choc chip (guna yang import lagi sedap)
-Gaul sebati dalam adunan.


Ikut resepi asal letak dalam peti dulu. Lepas tu cubit letak dalam dulang. Saya guna pengorek buah macam dalam gambar.
Bakar 15m suhu 160 atau pun ikut oven memasing.

Selamat mencuba! Sedap sangat ni.

Sumber: Sarina Sanek via Sedapnya Resepi