Biskut Sarang Semut Menggamit Memori, Hanya 8 Langkah Nak Membuatnya

Share

Biskut sarang semut antara biskut raya yang wajib ada satu ketika dahulu. Mungkin generasi millenial dan alfa masa kini tidak mengenalinya. Tetapi bagi golongan mak ayah sudah pasti biskut sarang semut menggamit memori menjelang sambutan hari raya.

Kalau dulu ia antara biskut utama yang mesti disediakan oleh setiap rumah. Pendek kata bila nampak mak kita sudah mula mengadun bahan membuat biskut sarang semut, tandanya hari raya semakin menghampiri.

Keseronokkan membuat biskut sarang semut bersama ahli keluarga antara memori yang pasti tidak akan dilupakan. Keenakkan biskut sarang semut memang tersendiri. Tak jemu memakannya dan memang terasa puas bila dapat buat sendiri.

Jom kita raikan Syawal yang tak berapa lama lagi akan menjelang tiba dengan mengajak anak-anak mengenali antara biskut raya nostalgia ini. Selain dapat belajar membuat biskut raya, ia juga mengeratkan bonding bersama anak-anak.

Jom cuba buat guna resipi dikongsi oleh Novelis Affieyza Isahak

Cara buat biskut sarang semut

Bahan-bahan:

Buttercup – 1 buku
Tepung kastard – 2 cawan*
Tepung jagung – 1 cawan*
Tepung gandum – 1 cawan setengah*
Gula halus – 1 cawan
Kuning telur – 1
Esen vanila – 1 sudu kecil
Sedikit pewarna kuning
Paper cup
Coklat rice / Coklat manik
Ayak bahan bertanda *
Cara membuat:
  1. Ayak tepung kastard, tepung jagung dan tepung gandum. Satukan buttercup dan gula halus. Pukul sehingga kembang.
2. Masukkan mentega dan gula halus ke dalam bekas kemudian pukul sehingga kembang.
3. Masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning dan pukul sehingga sebati.
4. Masukkan semua tepung dan gaul sehingga adunan tak melekat pada tangan. Adunan memang lembut. Jika masih melekat, tambah sedikit tepung gandum.
5. Simpan adunan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
6. Setelah adunan sudah sejuk, boleh mulakan proses memarut.
7. Masukkan parutan adunan ke dalam cawan kertas dan hias dengan coklat manik.
8. Bakar guna api atas bawah – 170c selama 30 minit atau ikut suhu oven masing-masing.

Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join  Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)