
Kuih samperit biasa mungkin sudah biasa malah menjadi tradisi. Namun kuih samperit red velvet tidak kurang hebatnya malah kini semakin mendapat tempat di hati ramai.
Raya kali ini apa kata cari kelainan dengan mencuba samperit red velvet pula untuk keluarga. Pasti berebut anak-anak makan.

Kalau nak cuba buat sendiri biskut semperit red velvet di rumah, anda boleh ikuti resepi perkongsian di bawah ini. Sedap!
Bahan-bahan semperit red velvet:
1 cawan butter
1 cawan gula
1 kuning telur
1 sudu esen vanilla
2 sudu besar emulco red velvet
1/2 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung gandum
Cara-cara penyediaan:
1. Campurkan butter, gula dan esen vanila ke dalam satu bekas.
2. Kacau sehingga sebati dan masukkan 1 biji kuning telur.
3. Setelah sebati, masukkan pula emulco red velvet, tepung jagung dan tepung kastard.
4. Kacau sebati semua adunan tersebut.
5. Bila dah sebati, masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit.
6. Kalau adunan lembik, campur tepung gandum lagi sampai tak melekat dekat tangan.
7. Guna acuan bunga pecah 10, bakar pada suhu 160, masa 20 minit ke 25 minit mengikut oven masing-masing.
Siap dan sedia untuk dihidang!
Sumber: Facebook XS Coffee By Yasmin beauty HQ