Biskut Sampan, Antara Biskut Wajib Hidang Raya Dulu-dulu. Ni Resipinya Kalau Nak Cuba Buat Sendiri!

Share

Jika anda imbau kembali zaman beraya sekitar tahun 80an dan 90an, ada satu menu biskut ini boleh dikatakan ditunggu-tunggu untuk dijamah setiap kali bertandang ke rumah sanak saudara dan jiran tetangga. Lain tidak bukan adalah biskut sampan. Kiranya biskut ini sangat istimewa dan digemari ramai, jika dihidang sebalang sekejap sahaja licin dimakan!

Bentuknya yang seakan sampan, rangup digigit  dengan rasa kelapa kering dan kemanisan ceri memberi kesempurnaan rasa biskut. Dan buat anda yang teringin atau rindu untuk menikmati biskut sampan ini, apa kata anda sediakan sendiri dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh YangAtie Ramli ini. Selamat mencuba.


Resepi Biskut Sampan
-250gram butter@1buku butter
-80 gula aising@1/4 cwn
-1 biji telur kuning
-1/2 biji telur putih
-1sk esen vanila
-500gm tepung gandum@4cwn

 

Cara
-Satukan butter dan gula.Pukul sebati.sis guna senduk jer.ada yang pakai mixer.
-Masukkan kuning telur,putih telur dan esen vanila. Gaul sebati.
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga jadi doh yang lembut.

Bahan Inti
-100gm butter@1/4 cwn butter
-130 gm kelapa kering@1 cwn kelapa kering
-6sb gula aising
-50gm badam cincang@1/4 cwn (sangai dulu)
-50 gm ceri cincang (merah dan hijau)

Cara (Inti)
-pukul butter dan gula hingga sebati.
-masukkan kelapa kering, badam. Gaul rata.
-ambik sedikit doh. Tekap dalam acuan. Jangan nipis dan jangan tebal. Masukkan inti dan hias dengan ceri.
Bakar 160° selama 20 minit

Selamat mencuba.

Sumber : YangAtie Ramli 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club