Makan

Biskut Red Velvet Crunchy, Rangup Bila Dimakan, Guna Sukatan Sudu

Share

Biskut red velvet crunchy antara menu kudapan yang sangat sesuai disajikan untuk seisi keluarga. Rupa luarannya sedikit sama dengan biskut ‘mahal’ yang selalu di jual di kiosk-kiosk di pasar raya. Kalau beli, harganya agak ‘keras’ juga. Rasa tak puas makan kalau beli.

Lebih berbaloi buat sendiri. Boleh makan berulang-ulang. Sebenarnya kita boleh sahaja buat sendiri biskut ini. Tak susah mana pun. Tentu anak-anak yang paling gembira sebab boleh makan dengan puas berbanding beli. Guna sukatan cawan sahaja.

RESIPI BISKUT RED VELVET CRUNCHY 

Ini Resipi Cara Nak Buat

BAHAN-BAHAN:

210gm tepung gandum
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh soda bikarbonat
200gm mentega asli / pure butter
130gm gula perang
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan susu pekat manis
100gm almond flakes
60gm cornflakes kisar
2 sudu teh red velvet emulco
100gm white/dark choc chip

Rangup Bila Dimakan, Guna Sukatan Sudu

CARA MEMASAK:

  1. Putar mentega, gula perang dan esen vanilla hingga sebati.

2. Masukkan susu pekat manis, telur dan red velvet emulco. Putar lagi hingga sebati.

3. Masukkan semua jenis tepung, cornflakes kisar, almond flakes, chocolate chip dan gaul hingga rata.

4. Sudukan adunan atas dulang pembakar. Tekan dengan garpu.

5. Bakar biskut pada suhu 160c selama 20 minit.

6. Bila biskut telah masak, biar hingga betul-betul sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar