Biskut raya yang dibiarkan dalam balang kuih raya biasanya akan terbiar selama seminggu atau lebih. Ada kalanya sepanjang tempoh itu, biskut akan menjadi lemau.
Sebenarnya ada cara untuk mengelakkan biskut ini daripada lemau dan dibuang begitu sahaja. Kena lakukan 7 cara ini untuk elakkannya daripada lemau. Wajib buat ya.
1) Biarkan Sejuk Dahulu
Sebaik biskut raya yang baru siap dikeluarkan dari oven, janganlah terus disimpan di dalam balang kuih sebaliknya biarkan sejuk dahulu pada suhu biasa. Apabila suhu makin sejuk barulah disimpan biskut ini ke dalam bekasnya.
2) Jemur Tepung Dan Gula
Itu kisahnya apabila biskut sudah siap disediakan. Jika masih belum wajib contohi cara orang lama. Kalau nak jadikan kuih raya jadi ringan dan tahan lebih lama, pastikan jemur tepung dan gula dulu. Malah rasa biskut pun lain, lebih enak dan rangup. Masalah lemau pasti tak akan berlaku.
3) Keringkan Bekas
Sebelum meletakkan biskut ke dalam bekas, pastikan bekas betul-betul kering. Lap dengan tuala bersih dan biarkan ia kering dengan sendirinya. Anginkan beberapa saat dan kemudian barulah diletakkan biskut ke dalam balang.
4) Bekas Simpan Kedap Udara
Bekas simpanan juga mainkan peranan utama. Pastikan pilih bekas yang kedap udara dan balang berpenutup untuk biskut kekal lama dan rangup
5) Letak Bungkusan Garam
Bungkus satu hingga dua sudu teh garam dan masukkan ke dalam balang. Garam boleh bantu kurangkan kelembapan udara dalam balang. Wajib buat ni.
6) Alas Kertas Kalis Minyak
Jangan fikir cara ini hanya untuk susunan kuih jadi lebih cantik sahaja. Sebenarnya cara ini akan kekalkan biskut jadi rangup kerana kertas tersebut sudah menyerap lebihan minyak pada biskut.
7) Tabur Gula Pasir
Akhir sekali pastikan gula ditaburkan sedikit ke dalam balang kuih raya. Sangat berkesan. Tips ini untuk elak biskut jadi lemau dan tahan lama malah elak dari berbau.
Wajib cuba!