
Hujung-hujung Ramadan ni kalau ada yang terasa ingin menambah koleksi biskut raya, ada bagusnya buat biskut conflake coklat ni. Bukan sahaja mudah disediakan dek kerana guna 3 bahan je, tetapi dijamin menjadi antara biskut yang digemari oleh kanak-kanak. Senang cakap, pantang dihidang boleh licin sebalang dengan sekelip mata saja.
Jadi jangan tunggu lagi, jom kita buat dan ketahui resipinya sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Norhayati ini. Selamat mencuba!
Cornflakes Coklat
Hanya 3 bahan saja..sgt mudah & sedap…inilah biskut raya yg selalu licin dulu…Kanak2 pasti menggemarinya.
Bahan2
500g coklat masakan
500g cornflakes
1 botol besar mentega kacang kasar lady’s choice
Cara
1. Masukkan coklat masakan & mentega kacang ke dlm kuali & kacau dgn api yg perlahan. Sentiasa kacau bagi mengelakkannya dari hangit
2. Apabila bahan sudah sebati & ada gelembung2 keluar baru masukkan cornflakes & kacau rata
3. Setelah itu masukkan ke dlm cup comel2
4. Sudah boleh simpan di dlm tupperware
Nota:
1. Tidak perlu simpan di dlm peti sejuk. Coklat akan kering dgn sendiri
2. Biasa saya guna coklat beryl’s tapi sbb nak buat 1 adunan saja saya guna coklat spt di atas. Tetap rasa sedap
3. Kalau nak tabur kekacang ke atau manik warna warni pun blh..ikut kreativiti masing2. Tapi saya suka yg ori begini
sumber : Norhayati Ahmad via MAHN
Cara Buat Bihun Tomyam Ala Siam Sedap, Likat & Pekat . Wanita Ni Kongsi Bahan Rahsia Nak Bagi Rasa Sedap Luar Biasa!

Tambahkan kepedasan berganda, tomyam jadi lebih umphh dan terangkat. Namun bagaimana nak jadikan ia sedap dan hebat sampai buat orang teringat-ingat?
Rupanya ada bahan rahsia yang boleh buat kita ketagih nak makan . Jom ikut petua dan resipi yang disediakan oleh Puan Afy AL Habibi. Selamat mencuba!
Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak?
Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha.
Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.
- Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 3 helai daun limau purut
– 4 tangkai cili padi
– 1 biji bawang besar Holland
– 4 ulas bawang putih
– 1 keratan batang daun ketumbar
– 3 hiris nipis lengkuas
– i inci halia (diketuk)
– 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya)
– 1 biji tomato
- Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali.
*Rahsia memekatkan kuah*
- Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
– 1 pek asam pedas Adabi
– 1 pek tomyam Adabi
– 1 sudu besar Thai Tom-Yum
- Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
- Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
- Biarkan ayam separuh masak.
Seterusnya masukkan 3 gelas air.
Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je. - Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa.
Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan. - Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.

Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
- Selepas kuah mendidih, masukkan sotong.
2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball. - Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
- Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
- Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Cuba tau kawan-kawan MAHN.
Kalau tak rugiiiiii. Boleh kawan dengan cikgu jika suka dengan semua resepi cikgu.
Semoga bermanfaat.
#resepicikguafy
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Walau Diuji Dengan Keuzuran Suami, Ibu Anak Empat Ni Terus Cekal Lalui PKP!

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan yang diumunkan pasa 18hb yang lalu hingga kini, tentunya setiap antara kita punya jalan cerita yang berbeza.
Dulunya bebas hendak ke mana jua, namun kini terbatas pergerakan. Dulu boleh mencari rezeki dengan gigihnya, namun hari ini terhalang usahanya.
Keadaan ini mungkin ada yang berasa tidak selesa, berasa sukarnya hidup. Namun jangan lupa mungkin apa yang kita rasa susahnya saat ini ada keluarga lain lagi sukar hidupnya pun begitu tetap positif meneruskan hidup.
Ini sebagaimana perkongsian ibu anak empat ini dan semoga anda terinspirasi membacanya.
Assalamulaikum dan Selamat Pagi.
Ini pandangan dari tingkap bilik tidur saya.
Hari ke 11 perintah kawalan pergerakan dan Abe Mie masih belum jemu mengajak saya keluar. Setiap hari ayat yang sama. Mahu ke Kok Lanas dan mahu ke rumah abangnya.
Adakalanya responnya tenang, adakalanya agak keras disusuli tantrum. Jemu di paras maksima barangkali.
Biasanya seminggu sekali saya akan bawa Abe Mie keluar sarapan dan makan malam di luar. Kemudian saya akan bawa Abe Mie ke perkuburan di mana arwah ayah mertua, ibu mertua, dua orang kakak dan seorang abangnya disemadikan.
Kami hanya duduk di dalam kereta di tepi tanah perkuburan. Abe Mie akan menadah tangan sambil tunduk khusyuk membaca doa. Apa agaknya doa Abe Mie. Adakalanya kelihatan butir-butir permata kecil terbit di hujung matanya. Betapa kasihnya beliau pada arwah ayah, arwah mek dan saudaranya.
Perintah kawalan pergerakan amat mencabar buat kami seisi keluarga dengan keadaan mental disability Abe Mie sebegini. Beberapa hari lepas saya lupa kunci pintu bilik stor dan suis lampu bilik tersebut tak boleh dibuka. Jika dibuka akan short circuit bahagian lain di dalam rumah. Tak sempat panggil juruelektrik datang baiki dah kena perintah kawalan pergerakan. Saya beli lampu kalimantang dahulu gantikan lampu dapur dan lampu hall tengah yang rosak. Kipas di hall pun pakai kipas meja dahulu.
Makan minum juga mencabar, serba tidak kena. Sejak sakit begini Abe Mie tak suka makan benda yang sama berulang. Jenuh juga nak masak setiap masa.
Sebelum perintah kawalan pergerakan biasanya saya beli sahaja serba sebungkus untuk Abe Mie makanan berlainan seperti bihun goreng, mee goreng dan nasi serta kuih di waktu pagi selepas hantar anak-anak ke sekolah. Kemudian terus masukkan ke dalam peti sejuk dan panaskan di dalam microwave sahaja apabila beliau mahu makan. Inilah kaedah yang terbaik setelah try and error selama empat tahun. Saya hanya masak satu jenis lauk untuk saya dan anak-anak.
Setiap hari saya berperang dengan masa. Bukan mudah untuk uruskan serba serbi sambil mencari rezeki dari rumah apabila segalanya di bahu kita. Perkara-perkara remeh seperti memasak dan mengemas ini mencuri banyak masa.Kalian sedang laluinya sekarang bagaimana rasanya bekerja sepenuh masa di rumah.
Saya ada pakej tambahan lain sejak empat tahun yang lalu, bekerja sepenuh masa dari rumah sambil menjaga suami uzur serta tugas uruskan empat orang anak.
Tempoh kawalan pergerakan bertambah meletihkan bagi mereka yang berada di dalam kasut yang sama seperti saya. Sekali keluar perlu harung berbagai urusan sekaligus. Ambil duit, buang sampah, beli groceries, temujanji hospital dan sebagainya. Dalam keadaan sekarang sebagai ketua keluarga mahu tidak mahu perlu uruskannya juga.
Jika kalian masih ada pasangan yang boleh berkongsi rasa, berkongsi penat lelah apatah lagi dalam situasi seperti sekarang…itu sudah cukup hebat buat saya, nikmat besar, nikmat kasih sayang pasangan.
Jika kalian tidak perlu bersekang mata dan lelah emosi setiap hari melayan kerenah pesakit, itu juga nikmat besar kalian ada, nikmat masa.
Begitu juga saya, walaupun diuji dengan kesihatan suami, saya masih Allah swt beri rezeki makan pakai dan gelak tawa anak-anak di dalam rumah ini dengan melimpah ruah.
Begitulah. Kuncinya dari kaca jendela bersih atau kelabu kita pandang aturan hidup kita. Sentiasa bersangka baik dengan Penulis Agung cerita hidup kita, Allah swt.
Zurots
Kerana syurga bukan percuma.
sumber : Azura Abdullah
Tayar Kereta Terpakai Dibuatkan Kerusi. Wanita Ni DIY Sendiri Je, Cukup Mudah & Hasilnya Nampak Wow!

Paling biasa kita lihat tayar kereta lama akan digunakan untuk membuat pasu tanaman. Namun bila kreatif, macam-macam benda boleh dihasilkan. Contohnya daripada tayar juga kita boleh hasilkan menjadi kerusi atau juga dipanggil sebagai ottoman yang nampak bergaya diletakkan di kediaman kita.
Apatah lagi dengan ruang kediaman yang terhad, pilihan ottoman merupakan sangat ideal untuk ruang tamu atau ruang menonton tv. Menariknya juga, ottoman atau kerusi ini boleh digunakan pelbagai fungsi selain untuk duduk, juga sebagai meja kopi atau tempat merehatkan kaki.
Jadi untuk itu, apa kata anda lakukan DIY untuk menghasilkan ottoman dengan menggunakan tayar lama sepertimana yang dikongsikan oleh Puan Julina Mazura Nordin.
Alatan yang diperlukan :
1 tayar lama
4 kaki kerusi -boleh beli di sini
25 tali jut (3 meter setiap satu) -boleh beli di sini
Papan playwood- boleh beli di sini
Glue Gun – boleh beli di sini
Langkah 1 : Potong papan playwood mengikut ukuran lubang tayar untuk menutup bahagian tersebut untuk dijadikan sebagai bahagian atas dan bawah kerusi. Kemudian lekat dengan gam. Setelah itu, skrew salah satu bahagian dengan 4 kaki kerusi. Lakukan dengan cermat agar setabil.
Langkah 2 : Kemudian ambil tali jut dan bentukkan secara melingkar bermula dari bahagian tengah papan playwood. Gamkan kemas.
Langkah 3 : Teruskan langkah tadi hingga menutupi keseluruhan tayar. Lakukan hingga selesai dan pastikan digam kemas.
Seterusnya, siaplah kerusi yang dihasilkan daripada tayar terpakai dan bolehlah digunakan dengan selesa.
Sumber : Julina Mazura Nordin
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club