Keenakan rasa biskut bangkit cheese memang cukup mengasyikkan, rasanya begitu digemari ramai. Pun begitu, hendak dibeli terasa mahal pula ini, kalau hendak dibuat tidak tahu pula resipinya.
Usah pening-pening kepala, ikut sahaja resipi yang dikongsikan oleh Azlina Ina Fans ini.
Biskut Bangkit Chees ini adalah salah satu jualan mak yang tak kurang hebat permintaannya. Salah satu antara peberet mak sebab makan tak boleh stop 35-40 pieces mak jual RM29.90 tapi inshaAllah kalau pandai buat sendiri lagi berbaloi tak yah beli dengan mak. Boleh juga tambah-tambah buat jualan korang nanti ya. Tak apa kalau orang tak nak kongsi resepi niaga dia jangan marah sebab ada lagi orang lain yang akan kongsi sama inshaAllah. Korang kan ade mak kan kan….
Bangkit cheese melting di mulut
6 cawan tepung ubi goreng tanpa minyak sampai agak berasap sket ok dah ya.
6 cawan tepung jagung
500g pure butter dan 1 sb shortening
500g cream cheese tatura
2 cawan gula halus
3 biji kuning telor
1 sk baking powder & 1sk asen vanilla..
500g /2 block 250g cheddar
Cara-cara :
1. Tepung jagung, tepung ubi, baking powder ayak
Ads
2. Mix kan butter, gula dan shortening sehingga sebati tak perlu kembang ya, masukkan cream cheese, asen vanilla & kuning telor putar lagi bagi sampai elok sebati, kemudian masukkan tepung sikit demi sikit sambil putar sekejap
3. Kemudian uli sehingga doh tak melekat pada tangan,parutkan cheddar gaul sebati, kalau doh masih agak lekat-lekat tambah atau tabur sikit-sikit tepung tepung ubi ye, rehat kan doh dalam 15-20 minit pastikan bekas bertutup ya.
Ads
4. Kemudian tekap acuan bunga pilihan korang ..panaskan oven bakar pada suhu 170-30 minit ikot oven masing-masing. Kalau tak cukup masak tambah masa..biar brown siket bawah bangkit baru rangup.
Bunga dia ada macam-macam patern korang pilih la mana-mana bunga yang korang suka ni proses sejuk kan dia lepas bakar. Pastikan betul-betul sejuk baru packing eh tak nak dia berpeluh nanti lemau.
Ads
Sebab bunga dia lebar-lebar tak sesuai kalau susun dalam bekas petak kalau bekas bulat macam ni ngam-ngam muat dia.
Semalam merupakan hari lahir arwah ayah pelakon cantik manis , Nur Fazura. Dia yang mesra disapa Fazura kini sedang hamil enam bulan memuat naik sekeping gambar dalam perkongsiannya meenrusi instagram.
Dalam perkongsian tersebut, Fazura mengenang pemergian arwah bapanya, Sharifuddin Adnan sempena tarikh hari lahir Allahyarham semalam. Fazura turut meluahkan rasa sayu membayangkan jika bapanya sempat melihat dirinya yang kini sedang hamil.
“Hari ini (semalam) merupakan hari lahir Allahyarham Papa, sekiranya dia masih ada, umurnya akan memasuki 64 tahun. “Tahun ini rasa sayu yang luar biasa, mengenangkan apa yang Papa rasa kalau dia ada depan saya sekarang, bila anak perempuan tunggalnya bakal melahirkan anak pertama.
“Rindu tak terkata, tapi saya tetap rasa dekat dengan Papa, syukur selalu dapat berdoa untuknya,” tulis Fazura di Instagram.Malah, isteri kesayangan Fattah Amin ini turut memohon orang ramai menitipkan doa buat Arwah ayahnya.
“Pohon saya, jika semua dapat titipkan doa buat Allahyarham Papa, Sharifuffin Bin Adnan, semoga rohnya sentiasa berada di dalam keredhaan dan kemuliaan Allah SWT,” tulisnya lagi.
Batuk berpanjangan pastinya buat kita rasa tidak selesa. Walaupun habis sebotol ubat namun batuk masih lagi ada dan mengganggu pernafasan.
Bila diserang dengan masalah batuk berpanjangan, terasa cukup meletihkan. Sedikit sebanyak ia pasti menganggu proses pernafasan serta rutin dalam melakukan aktiviti seharian.
Melalui perkongsian Jes Tham dalam Facebook miliknya, beliau menunjukkan cara mudah dan berkesan yang dipercayai boleh menyembuhkan batuk yang berlarutan hanya menggunakan buah oren!
Menurut beliau, petua ini diperolehi daripada pakar perubatan dari negara China dan Taiwan dan sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Apa-apapun keberkesanannya bergantung pada kesesuaian individu. Namun tidak salah mencuba kan!
Caranya:
1. Potong buah oren bahagian atas dan bawah.(seperti dalam gambar)
2. Cucukkan bahagian atas buah oren tersebut dengan garpu atau chopsticks, agar garam dapat meresap dengan cepat ke dalam buah oren nanti.
3. Letakkan secubit garam pada bahagian atas buah oren tersebut dan sapu rata.
4. Kukus selama 2 jam dan minum jus tersebut.
Rasanya sedikit masin dan pahit. Buat dan minum sampai batuk berhenti.
Sumber Facebook: Jes Tham
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menyediakan hidangan untuk anak-anak tak susah pun, janji sedap mudah dan mengenyangkan. Lagi-lagi jika anda mahu berjalan jauh sama ada bercuti atau pulang ke kampung, pasti anak-anak kelaparan ditengah jalan, apa kata cuba resipi Cuppiza yang dikomngsikan oleh puan Eyqa Roslan ini.
Selain dijaduikan menu untuk anak-anak ketika di dalam kenderaan, Cuppizza ini juga sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi mahupun majlis-majlis parti.
Harini saya nak share 1 resepi simple dan cepat! Cuppizza, hehe taktau nak bagi nama apa. Sesuai untuk parties, breakfast or bekal roadtrip dalam kereta
Kalau roti tak habis, bila buat ni..silap2 kena beli roti baru. Hehe
Bahan bahan untuk 5 ketul cuppiza ; Roti 3 keping Telur 3 biji Hotdog 2 (kalau nak) Bawang holland Mayonaise 1 sudu besar Salt & Pepper
Cara : Potong semua bahan2 tu bentuk dadu / nipis2. Gaulkan dalam mangkuk. Masukkan dalam bekas cupcake / muffin. Lepastu sprinkle salt n pepper. Panaskan air fryer 5 minit suhu 180. Bakar selama 10minit, suhu 160.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.