Nak cari resipi biskut buat kudapan anak-anak? Hanya menggunakan milo sahaja dah boleh biskut yang rangup untuk anak.
Lagilah sekarang PKP ni tentu anak asyik ulang alik ke dapur cari kudapan. Apa lagi jom buat biskut milo ni. Mesti anak-anak suka.
Resepi Biskut Milo Rangup & Mudah
Bahan-bahan
2 cawan butter/marjerin
2 cawan gula kastor
4 sudu makan krim putar
2-3 cawan Milo
2 camca teh esen vanila
2 biji putih telur
2 cawan tepung jagung
6 cawan tepung gandum
Chocolate rice (hiasan)
Cara-cara
Dalam mangkuk besar, pukul gula kastor dan butter hingga kembang.
Setelah itu masukan putih telur, esen vanila, dan krim putar. Gaul hingga sebati.
Masukan pula bahan kering seperti tepung gandum, tepung jagung dan Milo. Gaul dan uli menggunakan tangan hingga menjadi doh.
Alihkan doh daripada mangkuk. Balutkan doh dalam plastik jernih pembalut makanan kemudian rehatkan ia dalam peti sejuk selama setengah hingga satu jam.
Taburkan sedikit tepung sebelum menghamparkan doh tadi. Gunakan kayu penggelek (rolling pin) untuk meratakan doh. Pastikan doh tidak terlalu nipis.
Gunakan penerap biskut pilihan untuk menerap doh tersebut.
Gris atau alas dulang dengan kertas minyak. Susun biskut di atas dulang dan jangan lupa taburkan chocolate rice sebagai hiasan. Kalau nak letak coklat M&M atau hirisan kacang pun boleh juga!
Bakar pada suhu 185ºC selama 20 hingga 25 minit.
Mudah sangat. Siap kudapan buat anak-anak.
Sumber: Ibu Resepi
Patutlah Ramai Share Resipi Basque Burnt Cheese Cake. Sedap Dan Mudah Nak Buat.
Terdapat pelbagai jenis kek yang sering menjadi perhatian para ibu-ibu untuk dihidangkan kepada suami dan anak-anak. Salah satu kek yang trending kini adalah kek jenis keju yang dikenali sebagai Basque Burnt Cheese Cake.
Ikuti perkongsian Puan Raja Rehan Raja Zammil.
Assalamualaikum syg2 hakak.. Dah tidur ke semuaaa? Kat sini hakak nak share resepi Basque Burnt Cheese Cake yg hakak buat niaga.. Baca satu2 taw.. Pls gn derhaka kat resepi
Doakan sekali rehan murah rezeki yer kesayangan semua .
Resepi Basque Burnt Cheese Cake by Rehan’s Homemade
Bahan-bahan
* 2kg cream cheese Royal Victoria (keluarkan dari peti sejuk sejam awal)
* 14 biji telur gred A
* Tepung gandum 60gm
* gula halus 600gm
* Esen vanilla 2 penutup
* Whippingcream 1 litre (pukul kental terlebih dahulu)
Cara – cara
1. Pukul Whippingcream sehinga kental n ketepikan (masuk balik dlm peti ais)
2. Mix cream cheese dgn gula halus sehingga sebati..
3. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji beserta esen vanilla..
4. Seterusnya masukkan tepung gandum dan mix sebati..
5. Last but not least masukkan pula Whippingcream yg dah kite simpan dlm peti ais tadi.. Mix sekadar sebati kan sahaja..
6. Utk loyang 6 inch.. Adunan ni dpt dlm 8 biji kek.. Alaskan kertas parchment paper kat loyang.. Anggaran sebelum bakar utk sebiji kek dlm 550gm..
7. Bakar pada suhu 200c selama 45mnt kemudian tukar kan suhu kepada 170c selama 15mnt..
8. Sejukkan dalam peti ais selama 2 jam sebelum di hidangkan..
Nota * sebelum buat semua ni.. Sila panaskan oven terlebih dahulu.. Guna api atas bawah.
Buat Kek Batik Cantik Begini, Ada Tipsnya. Ni Dikongsikan Rahsianya!
Tak kiralah hendak masak apa sekalinpun, joma mahukan yang enak, sempurna dan cantik dipandang kenalah tahu cara, tips dan rahsia penyediaanya.
Contohnya kalau hendak menyediakan menu Kek Batik Indulgence sepertinya ini. Pasti dari penyediaan bahan, pembuatannya hingga saat memotong sekali pun ada caranya yang tersendiri.
Jadi apa kata kalau hendak sediakan menu ini, baca dulu perkongsian ini. Barulah menjadi elok kek batik yang dimasak.
Tip Nak Buat Kek Batik
1. Whipping cream pastikan putar dalam keadaan sejuk . Bukan letak dalam tempoh masa yang lama di luar peti sejuk.
2. Whipping cream hanya bertahan around 1- 2 jam pada suhu blik. Kalau letak lama dia akan cair sebab pakai whipping cream
– bahan cream cheese dan butter seeloknya dikeluarkan at least 20 minit sebelum membuat kek.
3. Ada orang putar cream cheese dan whipping cream asing-asing. Boleh je mana-mana tapi rasa yang kita putar asing-asing tu akan lagi sedap dan rasa seperti aiskrim.
4. Whipping cream putar sampai dia kental. Means bila u terbalikkan mangkuk yang ada whipping cream tu dia tak jatuh. So stop putar.
5. Apa yang akan jadi bile terlebih putar?
Whipping cream akan rosak dan jadi cair balik
6. Dalam gambar ni SAYA TIDAK MENGGUNAKAN GELATIN.
7. Rahsia potongan cantik..bgi sejuk semalaman. Potong dengan pisau panjang celup air. JANGAN POTONG DENGAN KEADAAN PISAU PENUH DENGAN COKLAT. LAP DULU celup air panas baru potong.
Untuk hat ni saya pakai Callebaut dan butter Anchor. Sangat sedap dan cair dimulut.
Selamat mencuba!
Ini pula postingnya yang terdahulu berkongsi resipi menyediakan kek tersebut dan bolehlah dicuba.
Atas permintaan ramai sangat yang nak resepi jadi saya kongsikan resepi dari ibu saya.
Dia izinkan saya share kepada semua yang nak try buat kek batik ni. Ini CARA IBU SAYA yang tak nak manis manis sgt. Milo pun kita tak letak tau..pasainya dan pakai cadbury dah as topping. Zaman sekarang ni tak helok manis-manis sangat.
Janji rasa dia balance kita makan pun rasa semua bahan-bahannya. Serious tak menyesal . Lepas makan pun takde rasa sakit gigi sebab manis..just nice. Tapi perlukan kesabaran yang tinggi sikit ja..tak banyak sikit je.
So saya share resepinya ya
Resepi Kek Batik Indulgence Cadbury inspirasi dari ibu Mr.Ali
Ada 3 lapisan
1- Kek batik
2- Cream Cheese
3- Toping Cadbury
1- Bahan-Bahan Kek Batik :
4 telur
200g buttercup/marjerin
300 g biskut merry
3 sudu serbuk coklat bancuh dengan air panas
2 sudu gula
4 sudu susu pekat
Secubit garam
Cara-caranya:
Panaskan buttercup sampai cair, then masukkan semua bahan kecuali biskut…
Telur tu masukkan sambil gaul, dan gaul sampai pekat
Dah agak-agak pekat, tutup api, baru masukkan biskut supaya rasa crunchy n x lemau
Gaulkan dan isi dalam bekas
Mampatkan. Dan isi dalam peti sejuk dalam 40 minit
2- Cheese cream
120g whipping cream
Setengah sudu essen vanilla
250g cream cheese
Masukkan bahan2 diatas kecuali whiping cream.
Pukul sampai rata dan baru masukkan whiping cream.
Tuang atas kek batik tadi.
Masukkan dalam peti sejuk. Biarkan sejuk dalam sejam
3- Toping Cadbury
120 g whiping cream
3 bar cadbury coklat ( hat ni kalau nak masukkan yang coklat masakan pun boleh. Tapi letak dalam 4 or 5 cube je coklat cadbury tu sebab tak nak bagi manis sangat.)
Beza tau cube dengan bar. Bar coklat tu satu baris coklat cadbury. Cube ni satu petak coklat cadbury tu ya..jangan tertuko
Double boil kan semua bahan-bahan di atas
Tuang atas cream cheese tadi
Tinggalkan semalaman or 12 jam then boleh makan. Selamat mencuba!
sumber : Muhammad Ali
Nak Elak Nasi Cepat Basi, Kena Cuba Petua Ni . Cukup Mudah & Pasti Berkesan!
Mungkin kah cara atau teknik memasak anda penyebab nasi mudah basi? Apakah petua masak nasi dengan betul untuk mengelakkan daripada cepat basi?
Jom cuba 7 petua masak nasi ini untuk membantu mengelakkan nasi yang dimasak daripada cepat basi.
1. BASUH HINGGA BERSIH
Sesetengah orang kata, jangan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.
Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.
Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.
2. PASTIKAN PERIUK DICUCI BERSIH
Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi anda.
Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.
3. PERAHKAN LIMAU NIPIS
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
4. HILANGKAN WAP NASI SELEPAS DIMASAK
Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’.
Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.
Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Seperkara lagi, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.
5. MASUKKAN SECUBIT GARAM
Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk.
Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.
6. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR
Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa balik kampung. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.
Untuk mengatasi masalah ini, pengguna Facebook, Puan Suaida Salehudin menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.
7. MASAK AIR DALAM PERIUK NASI
Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tips ke-6 di atas.
Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.
Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.
MUDAH BUKAN?
- Inilah beberapa petua masak nasi yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Jadi, tiada masalah lagi kalau anda terlupa menyimpannya dalam peti sejuk.
- Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada faktor lain seperti suhu persekitaran, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan.
- Sekiranya anda mempunyai tips lagi, bolehlah kongsikan kepada kami. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh ramai orang di luar sana.