Biskut mazola merupakan antara kuih raya kegemaran ramai. Biarpun bahannya sedikit dan cukup mudah nak buat, tetapi rasanya cukup sedap. Kerana itu, biskut ini antara yang wajib ada dalam setiap juadah raya di rumah.
Jom cuba buat sendiri resipi Biskut Mazola terlajak mudah ini mengikut resipi yang dikongsikan oleh Nayla Gee
Kuih raya lajen mak ajo wat ms kecik2 dl…da tua2 ni br le ade keberanian nk buat,thn ni thn ke2 buat sendiri biskut mazola ni…sy sertakan resepi..
Resepi biskut mazola
Bahan-bahan
– 2 cawan kacang kisar (sangai kacang tanah tanpe myk lps tu blender kering)
– 1/2 cawan gula icing (kisar & ayak)
– 2 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
– 1 cawan minyak mazola
Cara2
– campurkn kacang kisar,gula icing & tepung gandum gaul sebati
– lps tu tuang minyak mazola sikit2 uli & gaul
– klu da ok blh le kepal2 kn or bulat2 kn..
– hiasan atas lebihan kacang td & sapukn telur kuning
– masak dlm oven suhu 150°c & ms 20min ikut oven masing2
– siap tggu sejuk br masuk dlm botol blh dpt 100biji