
Biskut mazola merupakan antara kuih raya kegemaran ramai. Biarpun bahannya sedikit dan cukup mudah nak buat, tetapi rasanya cukup sedap. Kerana itu, biskut ini antara yang wajib ada dalam setiap juadah raya di rumah.
Jom cuba buat sendiri resipi Biskut Mazola terlajak mudah ini mengikut resipi yang dikongsikan oleh Nayla Gee.
Selamat mencuba!
Kuih raya lajen mak ajo wat ms kecik2 dl…da tua2 ni br le ade keberanian nk buat,thn ni thn ke2 buat sendiri biskut mazola ni…sy sertakan resepi..
Resepi biskut mazola
Bahan-bahan
– 2 cawan kacang kisar (sangai kacang tanah tanpe myk lps tu blender kering)
– 1/2 cawan gula icing (kisar & ayak)
– 2 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
– 1 cawan minyak mazola
Cara2
– campurkn kacang kisar,gula icing & tepung gandum gaul sebati
– lps tu tuang minyak mazola sikit2 uli & gaul
– klu da ok blh le kepal2 kn or bulat2 kn..
– hiasan atas lebihan kacang td & sapukn telur kuning
– masak dlm oven suhu 150°c & ms 20min ikut oven masing2
– siap tggu sejuk br masuk dlm botol blh dpt 100biji
Resipi Tauhu Sumbat Ayam Paling Simple. Rangup Di Luar, Sedap & Lembut Di Dalam. Memang Padu!

Tauhu jika digoreng kosong agak menjemukan. Jika mahu menikmati tauhu yang lebih enak dan sedap, apa kata cuba resipi tauhu sumbat ayam ini. Hidangan enak yang kaya dengan protein ini pasti mengenyangkan.
Resipi ini dikongsikan oleh puan Fairus Fatimah. Untuk ibu-ibu yang nak buat petang ini selamat mencuba!
- Tauhu goreng sumbat ayam padu sangat weii rugi tak cuba buat ..
Bahan-bahan
Tauhu goreng 20 biji dipotong 2
Isi ayam 500gm potong kecik
Lada sulah yang serbuk 3 sudu besar
Cili api 10 biji potong 2
Lada besar merah 3 biji potong kecik
Bawang putih ketuk je
Bawang besar potong dadu
Bawang goreng
Daun bawang potong kecik
Daun sup potong kecik
Minyak masak
Telor
Garam secukup rasa
Kiub ayam 1pcs
Cara membuat:
Keluarkan isi tauhu yang dah di belah asing tepi
Isi tauhu lenyek kan
Panas kan minyak sedikit dalam 1 senduk kecik
Tumis bawang putih dan bawang besar apai wangi dah wangi masukkan ayam dah masak ayam masukkan lada sulah garam kiub ayam cili api cili besar dan masuk kan isi tauhu goreng sampai garing tutup api masukkan daun bawang daun sup dan bawang goreng. Dah siap
Sumbat semula dalam tauhu tadi.
Goreng lah dengan telur pasti kan minyak panas ye.
#resepicikimahmenangis
Gabung 5 Pes Makanan Pelbagai Guna, Mudahkan Ibu-Ibu Bekerja Dan Jimatkan Ruang Peti Sejuk!

Wanita bekerja pastinya berdepan dengan tugasan yang agak padat bilamana terpaksa menyiapkan menu berbuka setiap hari, selepas balik daripada bekerja. Satu kelegaan kepada ibu-ibu yang memilih jalan untuk hanya membeli di bazaar Ramadan sebagai juadah berbuka.
Pun begitu, pastinya dapat jimatkan banyak kos jika memasak sendiri buat anak-anak. Lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai anak ramai. Dapat makan sepuasnya bersama-sama.
Bagi memudahkan proses memasak, ibu-ibu harus lebih bijak menyiapkan segala kelengkapan. Antara salah satu caranya ianya menyediakan pes makanan yang dibuat sendiri lebih awal.
Mungkin sekadar menyiapkan pes sambal cili biasa itu sudah menjadi perkara biasa. Namun menyediakan pes beberapa makanan antara yang patut kita lakukan. Malah kalau ikut cara yang dilakukan oleh Awien Ariff ini, ketika hendak memasak, dia menggabungkan pes-pes ini mengikut jenis masakan. Jadi selain pantas, dapatlah jimatkan ruang peti sejuk. Win!
PES-PES MASAKAN YANG SELALU KITA GUNA
Kita ni taklah rajin ke dapur tapi time malas boleh heret seminggu siang malam tapau je. Jadi, bila dah ada pes-pes macam ni, senang nak masak. Kawan-kawan, kenalan, sedara mara, adik beradik nak datang mengejut pun kita tak terkejut sangat.
Ok kita share resepi pes masakan dan sedikit resepi sebagai contoh.
1. Pes Cili Kering
– Rebus Cili kering dulu.
– Blend Cili Kering, bawang besar dan bawang putih.
– Cili kering lebih kurang 1/2 kilo, bawang besar 4 biji, bawang putih (10 biji)
Antara masakan yang boleh guna pes ini:
– Bihun Goreng, Mee Goreng, Kuew Teow Goreng, Maggie Goreng
– Nasi Goreng
– Asam Pedas
– Segala jenis masakan bersambal (sotong, udang, ayam, ikan etc)
2. Pes Ikan Bakar
– Blend serai, halia, lengkuas, kunyit hidup, bawang besar, bawang putih, cili kering
– Ok yang ini korang agak-agak je lah ya. Serai tu lebih sikit. Balancekan semua bahan.
– Dah siap masak dulu ya, baru masuk peti ais.
Antara masakan yang boleh guna pes ini:
– Ikan Bakar, rendang (Ayam, Daging, Kerang etc)
– Masak hitam dan kerutub, kuzi
– Ayam masak merah
3. Pes Masak Lemak
– Bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili padi hijau (ikut pantang mak kita tak bagi pakai cili merah tu, katanya nanti warna dia tak cantik)
– Bawang besar 3 biji, bawang putih 8 biji, halia seketul, kunyit hidup sebiji, cili hijau (Ikut nak pedas mana)
– blend semua bahan
Antara masakan yang boleh guna pes ini:
-Segala jenis masak lemak (ayam, daging etc)
4. Pes Cili Padi
– Cili, bawang merah (yang kecil), bawang putih
– Cili 20 biji
– Bawang merah 10 biji
– Bawang putih 5 biji
Antara masakan yang boleh guna pes ini:
– Nasi Goreng, bihun goreng, mee goreng
– Sambal ayam hijau
– Ikan sambal cili api
(Segala jenis tumis boleh guna pes ni ,(tumis sayur etc)
5. Pes Kari Ayam (Pes kari ikan pun sama cara)
– Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili serbuk kari
– Bawang merah 20 biji
– Bawang putih 10 biji
– Halia 3 inci (lebih kurang seketul)
– kunyit hidup 2 inci (lebih kurang seketul)
– Serbuk kari ayam (3 peket kecil)
Antara masakan yang boleh guna pes ini:
– Of course kari ayam.. hehe..
– Kari daging, Kari telur, Ikan Bakar Portugis
Selamat mencuba!
Kredit: Awien Ariff
Orang ‘Tangan Panas’ Pun Dah Boleh Tanam Kunyit. Syaratnya Follow Saja Cara!

Cuba bayangkan kalau anda ada menanam kunyit di rumah. Tentu bila-bila masa boleh dituai daunnya untuk dijadikan bahan dalam masakan yang cukup menyelerakan.
Tak ada lagi istilah ‘tangan panas’, semua boleh menanam kunyit jika ikut cara ni.
Hal ini telah dikongsi oleh Nurul ‘Izzah Zulkifli. Ini katanya :
“Tapi ada sesuatu yang tidak mematahkan semangat saya mahu menanam. Psssstt.. banyak sebab antaranya, mahu yang segar dan organik, bebas racun serangga dan menjimatkan wang! Jadi, saya kongsikan sejenis tanaman mudah untuk anda!”
KUNYIT aka turmeric atau nama saintifiknya Curcuma Longa.!
Kunyit seperti yang diketahui ada banyak khasiatnya dan digunakan secara meluas dikalangan masyarakat Asia.
Turut dikenali sebagai salah satu ‘superfood’ yang berkesan sebagai anti-inflamasi dan antioksidan, ianya juga berguna sebagai anti-depressi, pewarna makanan dan daunnya sebagai ulam atau pembuka selera dalam masakan.
Ok, berbalik kepada tajuk kita.
Apa Yang Perlu Ada?
1. Bekas menanam.
Untuk permulaan, boleh gunakan botol plastik seperti air mineral atau bekas makanan. Tebukkan lubang di bahagian bawah botol mineral menggunakan paku atau drill. Saya gunakan pasu kecil dan bekas mineral Spritzer saiz 9.5ml sahaja.
2. Rizom aka tunas kunyit.
Ketika membeli kunyit, pilih bahagian yang telah bertunas.
3. Tanah.
Boleh didapati di banyak tempat. Lebih mudah jika dapatkan di nurseri yang berdekatan dengan tempat anda.
Cara Menanam
1. Penuhkan bekas menanam dengan 2/3 atau 3/4 bahagian tanah.
2. Letakkan rizom kunyit dengan tunas menghadap ke atas. kambus nipis sahaja.
3. Siram 2x sehari.
4. Setelah beberapa ketika, daun akan mula keluar dan sedia untuk digunakan.
Tip Tanam Kunyit
1. Gunakan air paip tadahan, air cuci ikan, atau air beras (yang boleh juga digunakan untuk mencuci muka).
2. Pastikan tanah lembab tetapi awas jangan biarkan air bertakung kerana ianya akan mereputkan ubi kunyit.
3. Posisikan bekas tanaman di tempat teduh dan tidak terlalu panas.
Bagaimana mahu mendapatkan ubi kunyit?
1. Apabila daun mulai menguning dan batang kunyit mulai kering, ianya petanda ubi kunyit telah matang.
2. Mudah sahaja, hanya korekkan keseluruhan tanaman termasuk bahagian akar.
3. Ambil bahagian yang diperlukan, bahagian yang bertunas boleh terus ditanam semula.
Cara penggunaan ubi kunyit
1. Cuci bersih dan rebus ubi kunyit.
2. Kupas dan buang kulit pada ubi kunyit
3. Jemur kering kunyit menggunakan tray.
4. Kunyit yang kering boleh dikisar halus dan disimpan sebagai serbuk kunyit di dalam bekas kedap udara.
Tips gardening di rumah.
1. Gunakan bekas tanaman dari jenis plastik: ‘reuse’ dan ‘recycle’.
2. Air siraman berupa air basuhan beras, ikan dan air hujan adalah sangat bagus. Siram anak pokok 2kali sehari menggunakan spray.
3. Baja dari kulit telur, kulit pisang, serbuk kopi dan serbuk teh adalah yang paling mudah didapati dari dapur anda.
4. Benih dan baja kompos boleh dibuat sendiri juga dari sisa dapur rumah anda.
5. Selawat dan bercakap yang positif. Bacaan :
‘La haula wala quwwata illabillahil ‘aliyyil ‘azim’
Tiada daya upayaku melainkan bantuanMu ya Allah..
Dari proses menanam hinggalah ke siraman, jangan lupa amalkan tips ini ye.
Mudahkan? Jom kita menanam.
sumber : Nurul ‘Izzah Zulkifli