Biskut Mazola Resipi Legend Yang Simple Tapi Sedap, Guna 4 Bahan Ikut Sukatan Cawan. Mudah Sangat, Confirm Jadi!

Share

Biarpun bahannya sedikit dan cukup mudah nak buat, tetapi rasanya cukup sedap. Kerana itu, biskut ini antara yang wajib ada dalam setiap juadah raya di rumah.

Jom cuba buat sendiri resipi Biskut Mazola terlajak mudah ini mengikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Layla Hashim

Selamat mencuba!

Kuih raya lajen mak ajo buat mas kecik2 dulu…dah tua-tua ni baru lah ada keberanian nak buat,tahun ni tahun ke 2 buat sendiri biskut mazola ni…saya sertakan resepi..

Resepi Biskut Mazola

Bahan-bahan
– 2 cawan kacang kisar (sangai kacang tanah tanpe myk lps tu blender kering)
– 1/2 cawan gula icing (kisar & ayak)
– 2 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
– 1 cawan minyak mazola

 

 

Cara Membuat: 
– campurkan kacang kisar,gula icing & tepung gandum gaul sebati


– lepas tu tuang minyak mazola sikit2 uli & gaul


– klu dah ok boleh le kepal2 kan or bulat2 kan.


– hiasan atas lebihan kacang tadi & sapukan telur kuning
– masak dalam oven suhu 150°c & masa 20 minit ikut oven masing2


– siap tunggu sejuk baru masuk dalam botol boleh dapat 100 biji

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club