Sambutan perayaan Tahun Baru Cina kali ini pastinya jadi lebih meriah dengan biskut limau pokkan. Biskut limau pokkan mandarin persis limau yang sebenar. Pasti anak-anak tak sabar nak rasa.
Hidangan yang sedikit berbeza pasti menarik perhatian dan mengundang selera para tetamu. Kemeriahan perayaan pasti lebih dirasai dengan menyediakan pelbagai sajian yang menyelerakan.
BAHAN-BAHAN:
150gm mentega
90gm gula icing
200gm tepung gandum
1 biji kuning telur
50gm tepung kastard
50gm tepung jagung
30ml perahan limau pokkan atau orange paste. (boleh juga guna sirap sunquick)
Cengkih dibuang bunganya (secukupnya)
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega, gula dan kuning telur hingga sebati.
2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain ( kecuali bunga cengkih). Adun hingga sebati.
3. Cubit doh dan golekkan dalam penapis untuk mendapatkan corak seperti kulit limau.
4. Cucuk bunga cengkih bagi membentuk seakan tampuk limau.
5. Sapu glase atau eggwash. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga biskut masak. (suhu & masa mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing.)
BAHAN EGGWASH
1 biji kuning telur
2 sudu makan susu segar
CARA MEMBUAT:
Satukan bahan-bahan diatas dan kacau rata. Sapu pada biskut.
Kredit resipi & foto: Amanda Rania Zafreen