Biskut Kering Lagi Sedap Dimakan Bila Buat Menu Ni!

Share

Waktu minum petang bersama keluarga menjadi antara masa santai yang boleh dimanfaatkan untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.

Untuk lebih istimewa,  ada baiknya kita sebagai ibu sediakan menu istimewa seperti yang dikongsikan oleh Farah ini.


CHEESEKUT SEDAP

Bahan-bahan:
1 pek biskut Hupseng Deluxe Cracker
1/2 tin susu pekat
250g cream cheese
4 sudu besar susu segar/ fresh milk
susu segar untuk celup biskut
milo atau nestum untuk tabur

*sudu besar = sudu makan

Cara-cara:

1. Masukkan susu pekat, cream cheese dan susu segar ke dalam mixer. Mix sampai sebati. Farah malas nak guna mixer, guna blender je. Dah dari dulu guna blender buat cheesekut. Terpulang pada korang masing-masing.
2. Sediakan bekas yang sesuai.
3. Ambil sedikit campuran cream cheese tadi, buat satu lapisan nipis di dalam bekas.
4. Ambil biskut hupseng, celup sebentar di dalam susu segar dam lapiskan di atas cream cheese sehingga siap satu lapisan.
5. Tambah lagi satu lapisan nipis cream cheese diatas lapisan biskut.
6. Ulang sehingga campuran creamcheese yang tinggal cukup untuk menutupi permukaan paling atas.
7. Tuang lebihan cream cheese di lapisan paling atas.
8. Tabur topping yang korang suka.
9. Simpan dalam peti ais semalaman.
10. Potong kecil-kecil untuk makan.

Ha, senang je kan?

sumber: farah sanusi