
Seunik namanya unik juga bentuknya, itulah Biskut Datin. Sekali pandang seperti karipap mini tapi ada coraknya dan apabila dikongsikan oleh Azima Rasol di group fb Masak Apa Hari Ni, rata-rata ramai teruja untuk mencuba resipi biskut ini.
Bukan sahaja sedap dan cantik bentuknya, malah biskut ini lebih mudah disimpan di dalam bekas dan tidak mudah hancur berbanding biskut seumpamanya.
Untuk anda yang ingin mencuba, ini resipinya.
Biskut Datin.
Resepi:
5 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
Butter @ marjerin ikut basah
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
Jem nenas secukupnya
Paper cup kecil
Cara buat.
Masukkan semua bahan kecuali jem nenas. Uli sampai jadi doh.
Kemudian leperkan doh dalam paper cup dan letak jem nenas. Jem nenas sebelum uli doh gentel panjang2 mcm tu.
senang nnt nak letak atas doh. Bakar suhu 180 api bawah selama 30 @ 40 minit ikut kepanasan oven masing2. Selamat mencuba!
Sumber : Azima Rasol
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Awak Cina Ke? Tapi Anak Pakai Tudung.” Jawapan Win Seorang Ayah Mengapa Izin Anaknya Peluk Islam Buat Ramai Tersentuh!

Apabila menyebut tentang saudara baru, selalu kita dengar kisah mengenai mereka dihalau dan tidak diterima oleh keluarga sendiri. Malah ada yang mengambil masa yang lama untuk kembali berbaik.
Namun, wanita bernama Jinghan Naan ini cukup istimewa kisahnya. Menerusi perkongsiannya dia seorang mualaf bernama Jinghan Naan di Facebook.
Wanita ini berkongsi cerita cukup menyentuh hati tentang ayahnya yang menyokong tindakannya menukar ke agama Islam.
Menurut Jinghan, semuanya bermula apabila bapanya meminta dia membelikan sesuatu dari Carousell.
Jinghan yang berhubung dengan penjual tersebut kemudiannya memberi alamat kepada bapanya untuk ambil barang itu.
Ketika sampai di kedai, penjual (uncle Melayu) terkejut kerana menyangka pembelinya tu seorang berbangsa Melayu.
“Huh? Awak Cina? Saya ingat awak Melayu!”
“Tak adalah, itu anak saya.”
“Tapi anak awak pakai tudung. Awak Cina Muslim ah?”
“Anak saya Cina Muslim. Dia masuk Muslim.” (Bapa masih tak faham apa itu Islam dan Muslim)
“Waa awak benarkan dia tukar agama? Tak halang dia?”
“Tak pernah halang, saya support!”
“Waaa, awak ni baguslah, kenapa awak sokong?”
“Kenapa semua orang terkejut bila saya beritahu yang saya benarkan awak tukar agama?”
Kata Jinghan, “Sebab papa rare la! Kebanyakan ibu bapa takkan benarkan.
Jinghan kemudiannya bertanyakan kembali kenapa bapanya membenarkan dirinya menukar agama.
“Kerana saya faham kehidupan.
“Kerana saya memahami pencapaian kebahagiaan.
“Apakah maksud kehidupan? Untuk mencari kebahagiaan.
“Orang yang berbeza mencari kebahagiaan dalam pelbagai perkara. Ada dalam kekayaan, ada dalam keluarga, ada dalam agama.
“Sebagai ibu bapa, apa yang paling kita inginkan? Untuk anak-anak kita bahagia.
“Setiap agama mengajar dengan baik. Sekiranya anda memberitahu saya bahawa agama ini membuat anda gembira, mengapa saya harus menghalang anda? ” ungkap ayah Jinghan lagi.
Ternyata kata-kata yang diungkapkan oleh ayahnya cukup menyentuh hati si anak. Akui Jinghan, bapanya ini seorang yang simple dan tak kisah dengan apa yang orang cakap mengenainya.
“Kadang-kadang saya rasa ayah saya begitu simple orangnya. Namun, begitu mendalam.
“Tetapi apa yang saya fikir membuat ayah saya berbeza adalah bagaimana dia benar-benar maksudkan apa yang dia katakan.
“Ayah jenis ringkas. Dia tidak kisah dengan apa yang difikirkan oleh masyarakat, apa yang akan difikirkan oleh saudara, lebih-lebih lagi sekarang saya tidak boleh makan BBQ kegemarannya dengannya. Tetapi ayah lebih pentingkan adalah kebahagiaan saya.
“Mungkin itulah alasan mengapa saya selalu merasa berat dalam kata-katanya. Kerana sebenarnya dia bermaksud apa yang dia katakan.
‘Air Mata Lepas 7 Bulan.” Ayah Menyamar “Orang Aircond” Tapi Ini Yang Berlaku Bila Anak Dapat Cam. Sebaknya!

Berjauhan dengan orang yang disayangi ‘sakitnya’ hanya Tuhan yang tahu. Seksanya menanti dalam tempoh yang lama tak siapa mampu merasainya. Benarlah ungkapan penantian itu satu penyeksaan.
Itulah yang dialami oleh Massoezailin Saleh serta anak-anaknya apabila terpaksa berjauahan selama 7 bulan dengan insan tersayang. Namun, baru-baru ini mereka berpeluang bertemu kembali dalam suasana yang cukup pilu dan sedih.
Air mata after 7 months.
Menyamar sebagai “orang aircond”. Tetapi anak2 tetap ada instinct bahawa itulah papa mereka.
Surprise yang Mass dan suami dah plan since dapat berita suami Mass dapat approval untuk balik akhirnya menjadi.
Saat yang kami tunggu. Allah makbulkan doa2 kami dan semua ahli keluarga serta sahabat semua. Alhamdulillah. Terima kasih semua
Memang bukan senang sepanjang tempoh berjauhan selama hampir 7bulan terpisah. Satu tempoh yang kami tidak pernah jangka. Terlalu banyak airmata yang jatuh. Tapi, semua ni ketentuan Allah. Seribu satu hikmah untuk kami.
Allah pinjamkan 14hari untuk kita bersama. Sabtu depan, kita terpaksa berpisah semula. Setiap kali pandang suami, seakan tak percaya yang dia ada disisi. Anak2 juga memang akan melekat dengan papa. Melepaskan kerinduan mereka. Akan bercerita moment2 penting sepanjang ketiadaan papa disisi.
Kami doakan sesiapa sahaja yang terpisah kerana virus ini, Allah akan satukan kamu semua dengan segera.
Semoga virus ni Allah angkat dan hapuskan dari bumi dengan segera.
Doakan kami kuat untuk hadapi saat perpisahan minggu depan.
credit to video editor : Saufe Saleh
Majalah Keluarga ‘Kongsi Rasa’ Bersama 15 Keluarga Asnaf

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing begitulah ungkapan yang sesuai untuk program Majalah Keluarga menurusi program #keluargacare yang berlangsung di Masjid An Naim, Jalan Kebun Klang yang berlangsung pada 22 September lalu.
Program ini dianjurkan oleh Majalah Keluarga menerusi program #keluargacare dengan kerjasama Persatuan Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor Lajnah Muslimat Dan Ajk Masjid An Naim, Mpkk Kg Jln Kebun, Mppzon11 serta Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan telahpun dirasmikan oleh Adun Sungai Kandis, Haji Mohd Zawawi Ahmad Mughni.
Seramai 15 orang keluarga asnaf menerima bantuan daripada Yang Berhormat Adun Sungai Kandis, Haji Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Majalah Keluarga. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik di sediakan pada hari ini termasuk pertandingan mewarna, pemeriksaaan kesihatan oleh KPJ Klang Specialist Hospital , pertandingan masakan jawa dan cabutan bertuah.
Menurut Editor Majalah Keluarga, Marliana Shamsudin ,program ini bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan selain mendidik masyarakat prihatin antara satu sama lain. Beliau turut melahirkan rasa gembira dengan sambutan dan sokongan dan kerjasama persatuan terlibat yang menjayakan program kemasyarakatan ini.
Dalam pada itu, dalam ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Adun Sungai Kandis, Haji Mohd Zawawi Ahmad Mughni, memberikan kata-kata nasihat yang penuh motivasi supaya setiap keluarga perlu berusaha untuk lebih berjaya dalam kehidupan.
Katanya lagi, rezeki bukan material, kesihatan , anak yang soleh, isteri yang baik, kehiduapan sejahtara dan kawan-kawan yang baik. Beliau juga berkongsi cerita mengenai kesukaran kehidupannya semasa kecil dan pentingnya didikan ibu bapa dalam membentuk keluarga yang beraspirasi.
Acara kemuncak pada hari tersebut bertambah bermakna apabila majlis dirasmikan dengan acara memotong kek pulut kuning yang kemudianya dibahagikan kepada tetamu yang hadir yang juga merupakan golongan asnaf. Apa yang pasti bantuan kemasyarakatan ini dapat membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan.