Biskut Cornflakes Susu, Rangup Di Luar & Cair Di Mulut. Resipi Mudah Guna Sukatan Cawan. Tak Perlu Oven & Mixer!

Share

tak ada kelengkapan buat kuih raya, tak jadi masalah. Ibu-ibu boleh cuba resipi yang simple tanpa perlu guna mixer atau oven.

Kombinasi semua bahan pun sesuai dan cair di mulut bila dimakan. Rugi tak cuba sebab senang sangat. Tak payah nak pakai oven atau mixer. Senang nak buat, dapur pun tak berkecah kan?

Biskut cornflakes susu Tak perlu bakar ini dari Putra Mawar Danisha.

cukup mudah katanya tapi hasilnya cukup sedap. Bolehlah ibu-ibu cuba buat hidangan di pagi raya nanti.

Ni resepinya kalau nak rasa biskut yang tak perlu bakar,sedap sangat

 

Bahan-bahan

4 cawan tepung gandum di goreng/disangai
1 cawan minyak sapi+1sdb lg
1 cawan gula kastor
2 cawan cornflakes di ramas
Susu tepung untuk salut

Cara membuat:

1. CAIRKAN MINYAK SAPI
Pertama sekali, panaskan minyak sapi hingga cair. Ketepikan dalam sebuah bekas.

 

2. GORENG TEPUNG SAMPAI RINGAN
Kemudian, sangai (goreng tanpa minyak) tepung gandum lebih kurang 5 minit macam tu. Bila tepung jadi ringan tu maknanya dah boleh angkat.

 

3. CAMPURKAN GULA KASTOR & CORNFLAKES
Tak payah tunggu tepung tu sejuk, boleh campur terus dengan gula kastor dan cornflakes. Gaulkan semua bahan kering hingga sebati.

 

 

4. MASUKKAN MINYAK SAPI
Seterusnya kita masukkan minyak sapi yang dah dicairkan awal-awal tadi. Gaulkan hingga sebati.

 

 

5. BULAT-BULATKAN
Sekarang dah bolehlah bentukkan jadi bulat-bulat.

 

6. SALUTKAN DENGAN SUSU TEPUNG
Akhir sekali, salutkan terus dengan susu tepung.

 

Siap!

Lepas tu boleh terus simpankan dalam balang.

Untuk sukatan di atas ni dapatlah lebih kurang 2 balang kecil. Boleh sangatlah tu kan?

 

RANGUP & CAIR DI MULUT
Macam nilah rupa kuih tu bila digigit. Memang sedap… Rangup di luar sebab ada guna cornflakes tadi.

 

Selamat mencuba!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club