Biskut Cornflakes Senang Ya Amat Nak Buatnya, Rasa Pun Sedap & Crunchy!

Share

Bila menyentuh tentang persiapan raya tentu akan dengan sendirinya tergambar keadaan kita menyediakan juadah biskut raya bersama anak-anak. Suasananya cukup indah dan meriah.

Kalaulah begitu, biskut apalah yang sedang disediakan untuk tahun ini ye?

Jika tiada perancangan lagi, apa kata mencuba resipi biskut Confleks Crunchy ini. Mudah disediakan dan sedap rasanya.


Mood raya dah ONZ ke?Jom buat biskut ni, senang yakmat

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy

Bahan-bahan :

250g (1 ketul) buttercup/planta
1 cawan gula aicing
1 sudu kecil/ 1 penutup botol esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya (Cik Tom guna separuh kotak yang besar)
Hiasan : ceri (tak nak pun takpe)

Cara-cara:

– Satukan butter, gula aicing dan esen vanila menggunakan senduk. Kacau sebati je, takyah lama-lama.


– Dah sebati, masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit okey.

– Adunan memang lembik ye. Masukkan cornflakes yang dah diramas dan gaul sebati.


– Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/planta.

– Jarakkan sebab biskut akan mengembang sikit.

– Panaskan oven suhu 160’c masa bakar 20minit atau ikut oven masing-masing. (Api atas bawah ye)

*Harum mewangi bila dah siap masak

sumber : Nurul Syuhada Che Din via MAHN