Biskut Cornflakes Legend, Biskut Paling Simple Tapi Paling Ketagih Bila Makan. Ni Resipinya!

Share

Bila sebut mengenaik biskut raya yang menjadi kegemaran sejak kecil bagi setiap seseorang  tentu banyak kalau hendak disenaraikan. Pun begitu dalam banyak-banyak biskut, biskut Cornflakes inilah yang menjadi antara yang begitu digemari.

Kerangupan kepingan cornflake memberi rasa yang istimewa pada biskut raya tersebut. Sekali makan berkali-kali hendak lagi. Tidak dengan itu,  untuk membuatnya pun mudah sangat. Tanpa perlu acuan biskut pun boleh jadi!

Jadi raya kali ini jika terasa rindu untuk merasai keenakan rasa biskut conflakes apa kata anda sediakan dengan menggunakan resipi yang dikongsikan ini. Nampak mudah dan menyelerakan. Selamat mencuba!


Setahun sekali, tak kisah la raya kat mana pun nanti, memang tak pernah miss biskut favorite dari kecik ni..time free abam gunakan untuk membakar biskut paling simple…paling ketagih bile makan

BISKUT CORNFLAKES LEJEN
Resepi :
250gm butter/majerin
50gm tepung jagung
100gm gula aising (kalau nak guna gula castor or brown kurangkan sikit gula)
200gm tepung gandum
1 mangkuk Cornflakes yang dah diramas (untuk masukkan sekali dalam adunan +- 80g untuk bagi lg crunch yang ni agak-agak je kalau kurang nak taruk lebih pun boleh
1 sudu kecil esen vanila
Cornflakes secukup rasa

Cara-cara :
– Pukul butter & gula hingga sebati & nampak berkrim.( saya pukul guna mixer sebab buat banyak adunan asal sebati je adunan tak perlu lama)
– Masukkan esen vanila dan tepung yang dah di ayak. Gaul hingga sebati (adunan memang lembik )
– Masukkan cornflakes yang dah diramas ke dalam adunan dan sebatikan.
– Sudu kan atau cubit² comelkan adunan adunan tepung ke dalam cornflakes dan golek2 kan. (Ikut kreativiti masing² jgn terlampau besar).
– Bakar smpai masak suhu 160°C selama 15 – 20 minit ikut oven masing².

Sumber : Khairul Izhar 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club