Masalah kulit seperti bintik hitam, jeragat
dan kulit kusam boleh mengganggu penampilan diri. Kulit wajah yang indah dan berseri adalah impian setiap individu. Selain menggunakan produk perawatan kulit wajah, kita juga boleh menggunakan produk tradisional seperti bedak sejuk.Bedak sejuk adalah jenis bedak yang sering digunakan untuk menyejukkan kulit dan meredakan iritasi kulit. Bedak ini dapat membantu meringankan rasa panas, gatal, atau iritasi pada kulit, terutama ketika cuaca panas atau setelah lama tededah dengan sinar matahari.
Cara penggunaannya cukup mudah, iaitu dengan mengoleskannya secara merata ke seluruh wajah. Bedak sejuk biasanya memiliki efek dingin dan menyegarkan saat dioleskan pada kulit, dan ini dapat memberikan rasa lega dan kenyamanan.
Bedak sejuk merupakan salah satu amalan tradisional yang sangat murah dan berbaloi untuk dijadikan sebagai masker muka. Daripada beli setiap bulan masker yang mahal harganya, lebih baik pakai bedak sejuk sahaja. Harganya pun murah malah tiada bahan kimia seperti produk yang selalu kita gunakan.
Banyak kelebihan bedak sejuk untuk kecantikan kulit. Ini antaranya kebaikan bedak sejuk sebagai produk perawatan kulit wajah yang tiada kesan sampingan jika digunakan:
Manakala pegaga pula bukan sekadar enak dijadikan ulam tetapi juga bagus untuk perawatan kecantikan. Menjamah ulam pegaga sebagai diet harian dikatakan petua awet muda paling mudah dan murah.
Daun pegaga mempunyai khasiat yang bagus untuk kulit terutama bagi masalah bintik-bintik hitam atau jeragat di wajah. Selain sangat bagus dijadikan sebagai ulaman, ianya juga dapat menjadikan kulit sihat dan glowing secara semulajadi.
Sejenis herba daun hijau berbentuk kipas, pegaga biasa digunakan di Jepun, India, China dan Indonesia. Di India, pegaga sering digunakan dalam perubatan ayurveda untuk merawat penyakit saraf, membantu merangsang otak kanak-kanak dan dewasa selain dijadikan ubat untuk masalah mata.
BEDAK SEJUK PEGAGA
Bahan:
*10 biji bedak sejuk
*Segenggam daun pegaga
Cara-cara:
1. Tumbuk lumat pegaga dan dicampur bedak sejuk. Ikuti petua amalan ini. Cantik secara semula jadi menggunakan bahan alami. Rajin amal akan nampak perubahan. InsyaAllah.
Sumber kredit: Nurul Diyana Kamaludin
Sumber gambar: Zakiah Ramli via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri (Pegaga) dan Tipah Bakar (Bedak sejuk)
Baca artikel berkaitan di sini: Bedak Sejuk Campuran Beras Pulut, Kunyit & Kulit Kayu Manis, Jerawat Hilang, Kulit Jadi Anjal
Asam Jawa Dan Bedak Sejuk, Tip Hilangkan Parut Jerawat. Boleh Cuba Petua Wanita Ini Kongsikan.
Asam Jawa Dan Bedak Sejuk, Tip Hilangkan Parut Jerawat. Boleh Cuba Petua Wanita Ini Kongsikan.