
Bintang legenda, Datin Paduka Julie Sudiro menghembuskan nafas terakhir pada usia 77 tahun akibat masalah paru-paru.
Berita pemergian penyanyi jazz terkemuka ini dikongsikan anak lelakinya Rindra Soliano kepada Awani pada Sabtu.
Allahyarham Julie meninggal dunia di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Puncak Alam di Shah Alam.
Pada 9 Januari lalu, Awani melaporkan penyanyi legenda itu ditidurkan di hospital yang sama, akibat masalah paru-paru.
Allahyarham Julie bukan satu nama asing dalam persada seni tanah air dan dikenali dengan lagu popular berjudul, ‘Burong Nuri’ yang dirakamkan bersama Allahyarham Ahmad Mahmud dan penyanyi keroncong, Kartina Dahari.
Julie atau nama sebenarnya Raden Juariah Raden Sudiro dilahirkan pada 26 Februari 1945 di Segamat, Johor Bahru dan dibesarkan di Singapura.
Beliau dikurniakan dua anak lelaki iaitu Rindra dan Jose Irmanto, hasil perkahwinan bersama arwah suaminya, Tony Soliano yang merupakan pemuzik jazz handalan.
Pada 2006, beliau mendapat gelaran Datin Paduka daripada Sultan Johor yang memerintah pada ketika itu iaitu Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj.
Sumber : Astro Awani
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Berlengah Bawa Anak Ke Hospital, Dr Ni Kongsi Pengalaman Peribadinya!

Menjalani kehidupan yang sibuk untuk mencari rezeki, tidak dinafikan turut terkesan telah membataskan masa untuk ibu ayah hari ini memberi lebih tumpuan kepada anak-anak. Hinggakan bila anak kurang sihat, tidak sempat pula dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan dengan kadar segera. Bahkan boleh berlanjutan beberapa hari barulah ada masa untuk ke hospital atau pun klinik.
Hal yang sama terjadi pada keluarga Doktor Farhana Ibrahim atau lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Kak Hana di akaun fbnya. Ikuti perkongsian daripadanya ini dan semoga dapat dijadikan iktibar dan panduan untuk ibu ayah dalam melihat kepentingan membawa anak ke klinik lebih awal sebelum penyakit tersebut menjadi serius pula.
Ini perkongsiannya.
IBU-IBU WAJIB BACA. JANGAN ULANGI KESILAPAN SAYA
Dulu, masa Kak Hana still keja gomen, ada satu peristiwa yang Kak Hana masih ingat sampai saat ni.
Satu masa tu, anak-anak demam berjemaah. Iffah 37.7 je, tapi Irfan dan Irsyad konsisten sampai 39 dan lebih 40 degree. Melepek dan lembik je. Irsyad hanya nak breastfeed, makan takda selera.
Tapi disebabkan Kak Hana ni seorang yang sangat berdedikasi lagi berwibawa, Kak Hana memang akan fikirkan colleague lain. Nanti kalau aku EL, tak cukup MO, patient kena tunggu lagi lama, kesian depa, etc etc.
Memula ingatkan lepas 3 hari, demam anak-anak akan reda, tapi Kak Hana silap. Hari ke5 masih tinggi. Dapat pulak pakej selsema batuk bagai. Satu minggu tu, malam-malam pun anak-anak batuk teruk. Perlukan gas MDI salbutamol malam dan pagi. Banyak malam kami anak beranak tak tido lena.
Seingat kak Hana, 4 hari Kak Hana datang lewat ke klinik, antara 8.02am – 8.07am. Punch card memang merah. Tapi walaupun lambat dan muka macam zombie sebab seminggu tak rehat, Kak Hana still usaha jugak untuk datang kerja. Kalau boleh tak nak ambik EL dan menyusahkan orang lain walaupun anak-anak kat rumah lebih perlukan umminya. Sob sob 😭
Kak Hana memang dah plan nak bawak anak-anak ke klinik ambik darah, takutlah denggi ke apa, tapi asyik tak sempat je. Dr tak cukup la, patient terlalu ramai la, macam-macam halangan.
Jumaat last day minggu tu, Kak Hana accident. Disebabkan banyak hari tak tido lena, Kak Hana jadi macam mental block. Dah nampak tembok besar depan mata, tapi Kak Hana jadi BLUR tak tau nak tekan pedal brek macamana. Dan akhirnya Kak Hana dan pakcik Serena gedegang bercium dengan tembok besar.
Ya Allah. Rupanya mental block ni memang betul-betul wujud ek? Cemana agaknya Kak Hana boleh lupa pedal brek yang mana? Padahal setiap hari bawak keta yang sama gi keja kot!
Dah accident pun, PEGI JUGAK KEJA!!! Dengan keta kemek tu pegi jugak klinik.
BAGUS TAK KAK HANA NI!!!??? Tolonglah cakap BAGUS! Hahahaha
Untung tau sape dapat ai jadi pekerja, memang sejenis tak bagi alasan! Accident pun tak EL. Sebab tu jugaklah Kak Hana memang susah skit nak bagi MC kat orang yang sakit-sakit manjalitis ni.
Ok sambung cerita. Akhirnya, weekend baru kami dapat bawak anak-anak ke hospital.
Rupanya, masa tu Irsyad dah sangat teruk. Nafas dia laju, dada dia berombak. Berat turun banyak. Nangis pun tak keluar air mata sangat. Suara sayup-sayup je dengar masa pasang jarum.
Oksigen dalam badan dah tak cukup, SPO2 tinggal 89-91%.
Paru-paru penuh dengan creps dan ronchi. Tanda saluran pernafasan dah collapse dan sempit.
X-ray sebelah kanan dah putih (sepatutnya paru-paru yang sihat warna hitam kalau xray)
Ya Allah…
Bayangkan apa perasaan Kak Hana sebagai seorang ibu, seorang DOKTOR!
Rasa macam LOSER sangat masa tu. Kera di hutan disusukan… tapi…. tak sanggup nak sambung.
Kak Hana rujuk anak orang lain masuk hospital, anak sendiri Kak Hana tak assess betul-betul! Memang tak boleh dimaafkan langsung! Kalau apa-apa jadi kat Irsyad, Kak Hana tak boleh maafkan diri sendiri.
Ya Allah, nauzhubillah, nauzhubillah, nauzhubillah.
Alhamdulillah Allah izinkan kami dapatkan rawatan just in the nick of time!
So Kak Hana just nak cakap something, sebagai pengajaran kat diri sendiri.
1. UTAMAKAN YANG UTAMA
Memang kita nak jadi pekerja cemerlang terbilang gemilang. Memang kita nak jadi colleague yang baik, taknak susahkan orang lain kat tempat kerja. Tapi, sedarlah.
Kalau apa-apa jadi kat anak kita, takde siapa akan bertanggungjawab melainkan diri kita sendiri.Wang ringgit, pangkat dan kerjaya takkan dapat ganti anak-anak.
2. ALERT PADA TANDA AMARAN
Kalau anak-anak batuk selsema sikit-sikit, demam sikit-sikit, masih aktif, makan minum bagus, maybe boleh harap kat pengasuh bergantung pada keadaan. Tapi ibu ayah wajib pantau WARNING SIGNS pada anak-anak. Apa yang Kak Hana maksudkan dengan tanda-tanda amaran ni?
– Langsung takmau makan minum
– Demam terlalu tinggi dan tak kebah dalam masa 3 hari
– Lembik melepek dan tak aktif
– Sawan
– Kalau batuk selsema, perhatikan pernafasan anak-anak.
Kadang-kadang anak tak pandai cakap diorang ni sesak nafas. So mak ayah please be alert. Tengok video irsyad, tu antara tanda pernafasan anak-anak semakin teruk. Antaranya nafas laju dari biasa, bila bernafas ada lekuk di rusuk dan trakea.
3. YOU ARE STILL A MOM
Tak kisah ibu-ibu bekerja sebagai doktor, engineer, pensyarah, professor, atau perdana menteri sekalipun. Remember, tugas utama anda masih lagi sebagai seorang IBU.
By the way, Kak Hana izinkan video #irsyadsolihin tak pakai baju ni diSHARE kepada ibu-ibu ayah-ayah lain untuk pengetahuan dan education, supaya semua alert dan tahu detect warning signs pada anak-anak ni ok?
Luv,
Kak Hana
Dulu penjawat awam, kini fulltime mommypreneur
Sumber: Farhanah Ibrahim
Jika Tanam Kesum Asyik Rosak, Ikut Cara Lelaki Ini Tanam. Siap Bagi Step By Step Lagi, Sesuai Untuk Newbie!

Daun kesum adalah antara pokok yang mesti ada untuk memasak hidangan setiap minggu. Daunnya sering digunakan untuk memasak hidangan seperti asam pedas, laksa atau sebagai ulaman nasi kerabu.
Biasanya jangka hayat daun kesum ini tidak lama dan cepat kering jika tidak betul cara penyimpanannya. Tambahan pula, harga daun kesum ini agak mahal di pasaran.
Untuk mengurangkan bajet membeli daun kesum di pasaran apa kata kita cuba tanam sendiri daun kesum di rumah.
Menerusi perkongsian lelaki ini dilihat mudah apabila beliau menyediakan gambar langkah demi langkah menanam pokok ini menggunakan cara keratan batang. Biarpun nampak mudah tetapi ada juga yang masih tidak berjaya menanam pokok ini.
Jom kita ikuti perkongsian ini.








Sumber: Mohamad Arymin
“Saya Lapar. Nak Beli Tak Gaji Lagi.” Sanggup Belikan Walaupun Dalam Wallet Duit Ngam-Ngam Je. Rupanya Ada Hikmah Lain Buat lelaki Ni!

Di saat kita sedang bahagia dan mewah dengan segalanya, jangan dilupa akan mereka yang dalam kesusahan. Bukan semua orang bernasib baik, justeru sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Kisah ini dikongsikan oleh saudara Mohd Faisal Yusuf menerusi laman facebooknya.
Dia yang kebetulan sedang beratur untuk membeli makan di sebuah kedai, kemudiannya didatangi seorang pemuda yang tidak dikenalinya meminta untuk dibelanjakan sebungkus roti. Pemuda itu memaklumkan dia kelaparan tapi masih menunggu gaji. Kisah yang cukup menyentuh hati ini mendapat simpati netizen.
Ada satu malam saya dengan kawan singgah Family Mart. Teringin nak makan “oden”. Masa sampai tu panjang pulak beratur. Lapar benda sedap punya pasal, gigih juga kami tunggu.
Sedang berbaris, saya perasan ada seorang lelaki mundar mandir di bahagian roti.
Kejap dia pegang, tengok, kemudian letak balik salah satu bungkusan roti. Dia berlalu ke bahagian rak lain. Tak lama lepas tu dia kembali ke bahagian roti yang dipegang tadi.
Dia sentuh lagi bungkusan roti tadi sambil pandang kiri kanan. Saya tak lah perhati beria, tapi boleh perasan muka dia macam resah.
Sedang saya ralit scroll handfone, tiba-tiba sahaja saya ditegur.
“Bang, oo bang. Minta maaf bang”.
Saya dongakkan kepala. ‘Oh ni lelaki tadi’.
“Ya saya”. Mata saya pandang atas bawah. Tak pasti apa yang dia nak.
“Bang, saya nak beli satu roti ni. boleh tak kalau abang belikan saya? Saya lapar. nak beli tapi tak gaji lagi.” Minta lelaki tadi teragak-agak. Cuba nasib mungkin.
“Oh ya ka. Roti mana bang? Cuba ambil bagi saya tengok.” Saya tak berganjak dari barisan menanti giliran membeli.
Dia terus pergi ke depan dan ambil roti yang dia belek tadi. Kemudian kembali kepada saya.
“Ni rotinya bang. Harganya RM4.90.”
“Oh ya ka. Nah ambil duit ni pergi bayar di kaunter sana”. Saya tengok yang dia pilih kemudian hulur sekeping duit RM 5.
Terus dia ambil dan bayar. Muka terus berubah ceria. Dia datang kembali ke saya dan ucap terima kasih. Kemudian cepat-cepat berlalu keluar kedai.
Ada satu benda yang buat saya berfikir masa tu. Saya jadi kurang senang sebab tak ada jawapan. Punyalah banyak roti, sandwhich, kek dan bermacam lagi. Semua nampak sedap. Tapi kenapa dia pilih untuk saya bayarkan roti itu?
Dah la dalam wallet saya memang baki duit ngam-ngam untuk beli oden lepas saya kasi dia duit.
Curious sangat nak tahu, saya terus ke rak mencari roti yang lelaki tadi ambil. Saya tinggalkan kawan lagi sorang berbaris.
‘Oh roti Cheese rupanya. Sedap sangat ka?’. Saya fikir panjang. Perut lapar oden. Duit ada ngam-ngam. Tapi teringinnya nak rasa roti ni. Apa yang special sangat.
Saya pegang dan tengok isi. Nampak macam sedap. Sebungkus ada 4 slice.
Entah-entah mungkin 4 slice ni adalah roti yang dia nak berkongsi dengan isteri dan anak. Kalau ambil sandwhich nak makan ramai mana nak cukup. Kalau ambil roti lain nak kena potong-potong. Nak beli roti Gardenia, memang lagi murah, mungkin tak sesedap yang ini.
Akhirnya saya buat keputusan untuk beli. Tak apa lah oden tu, makan je lah lain kali. Tak pun pau je lah member punya. Huhu.
Settle kawan beli, kami pun balik. Dalam kereta saya terus makan roti cheese tadi. Lapaq woih. Dah rasa tu, baru tahu rasanya. Memang boleh tahan sedap pun rotinya.
Sedih pulak tiba-tiba. Kita ni macam-macam Allah dah beri. Namun kita masih rasa tak cukup dan hidup susah. Ada orang tunggu gaji untuk beli phone baru, baju baru, kasut baru, tapi ada lain pula nak beli roti pun berharap pada gaji.
Part yang paling best malam tu adalah, saya tak sangka kawan akan beli oden dengan banyak. Hampir 20 ringgit juga di beli. Dia ajak makan sama. Belanja katanya. Kongsi berdua, dapatlah merasa makan sorang RM10.
Masa ini entah kali berapa, saya tetap kagum dengan hebatnya balasan kita tak berkira bila memberi. Saya beri 5, saya dapat 1O.
Lagi banyak kita beri, lagi berganda rezeki.