Siapa sahaja yang tidak gembira atau teruja bila mendapat hadiah daripada insan tersayang sempena sambutan ulang tahun kelahiran. Apatah lagi anak-anak yang masih kecil.
Pasti setiap tahun akan ternanti-nanti, apakah hadiah yang bakal dimiliki pada sambutan hari lahir mereka daripada keluarga. Maklumlah, biasanya ibu ayah akan berikan hadiah yang istimewa.
Umpamanya seperti perkongsian daripada seorang bapa ini di facebook, Zaim Zainudin Zakaria yang menghadiahkan anaknya sebuah kolam renang. Bukan biasa-biasa hadiah yang diberikan, ia adalah hasil kegigihannya berpanas di bawah matahari berbulan lamanya.
Meski pun asalnya ia adalah projek yang tergendala ketika musim PKP yang lalu, namun baru sahaja siap sepenuhnya dan sempena sambutan hari lahir anak lelakinya, terus dijadikan hadiah istimewa buat si anak.
Difahamkan juga kolam renang di tepi rumah ini, hanya bermodalkan sebanyak RM3K dan ianya jauh lebih jimat berbanding jika dibuat oleh pakar hingga boleh mencecah RM40K.
Jadi jom kita baca perkongsian pengalaman daripadanya untuk info bersama.
Kolam Renang Sebagai Hadiah Hari Jadi Anak
Alhamdulillah. Akhirnya siap juga kolam impian di halaman rumah. 100% buat seorang diri. Modal 3k je. Pernah tanya tukang rumah, dia nak 30k, kalau specialist kolam nak 40k. Jadi ambil keputusan buat sendiri la sambil keluar peluh petang-petang.
Projek pkp 2021 ni tapi tergendala sebab pkp tamat awal dan cuaca tak mengizinkan.
Amaran. Kalau jiwa tak kental jangan cuba-cuba buat ye…Nanti siap separuh jalan..Sebab diri sendiri pun berkali-kali putus asa…Tapi kuatkan semangat jugak sebab nak tengok hasil tangan sendri.
Sempena birthday Zharif, Daddy hadiahkan kolam renang. Zharif cakap dah tak payah pergi hotel. Rania muka tak puas hati kolam abang punya.
Proses Pembuatan Kolam Renang
Tanah sekangkang kera tepi rumah. Projek bermula dengan mengalihkan paip air buang pada Ogos 2021.
Proses galian bermula.
Ads
Banyak pulak paip bawah tanah ni. Terpaksa la buat kolam berbentuk sikit, sebab lari dari paip kumbahan.
Alhamdulillah. Berbekalkan cangkul dan sikul maka siap la gali. Plan nak gali 5 kaki tapi gali-gali dah keluar mata air, jadi kedalaman 4 kaki saja. Sebulan proses menggali.
Bila order barang sampai. Fuhhh! ini jangan cerita, boleh patah pinggang dibuatnya seperti gambar kanan.
Proses buat kotak konkrit. Pakai gergaji saja, mesin tak ada.
Ini pun kita pakai gunting je. Potong besi 12mm kalau tak silap.
Proses memampatkan tanah, pijak-pijak saja.
Ads
Ini konkrit lapisan pertama sebab elakkan tanah runtuh musim-musim hujan ni.
Kita gaul sendiri saja. Jiran-jiran suruh order lori siput, tak apa la kita buat slow-slow macam siput.
Meratakan konkrit buatan sendiri.
Fuhhh menggali lagi, ruang pump pulak. Dan lagi…
Bila hujan turun kita termenung saja tengok air bertakung. Ambil kesempatan air hujan tengah penuh kolam, kita buat marking. Tak payah guna laser atau penimbang air. Marking bertujuan untuk pastikan level air n ktggian kolam cun.
Ternyata bukan kerja mudah yang dilakukan oleh ayah ini untuk menghasilkan kolam renang untuk menggembirakan hati anak-anaknya. Pelbagai proses dilakukan sendiri dengan sabar.
Ads
Akhirnya ini lah hasilnya.
Alhamdulillah setelah 5 bulan siap jugak! Bata depan tu next projek tempat BBQ. Dan inilah orangnya yang buat kolam, boleh jadi sado tak payah pergi gym.
Ternyata hebat sungguh usaha yang dilakukan oleh seorang ayah ini. Untuk anda yang ingin lihat lebih detail langkah demi langkah yang dilakukan olehnya bolehlah klik di sini.
Siapa kata orang tinggal di apartment tak boleh bercucuk tanam? Bila ada minat, walaupun ruang yang terhad dapat juga digayakan dengan pelbagai tumbuhan.
Ini dibuktikan sendiri oleh saudara Asyraf dan ikuti perkongsiannya.
Rumah bujang je. Lelaki semua satu rumah. Tapi hobi kami sama. Satu kepala. Seronok. Suka tanam pokok, berkebun, bela kucing, burung, ikan hiasan.
Bila sekali sekala mak datang dari kampung duduk di rumah kitaorang. Mak pulak yang minta benih pokok bawa balik.
Siapa cakap rumah apartment tak boleh tanam macam macam. Jangan bagi kotor sudah la. Siap management puji rumah kami bersih macam rumah anak dara. Sekadar hobi je, balik kerja penat, stress pun hilang tengok semua ni. Tuhan Maha Kaya.
Arwah abah cakap jadi lelaki tak semestinya kena pergi merempit melepak baru anak jantan, banyak cara lain untuk jadi anak jantan. Islam jangan hanya pada nama, mesti jaga kebersihan dan belajar jaga hubungan dengan alam.
Dalam perancangan nak tambah lagi koleksi pokok. Strawberry, bunga ros dan orkid.
Dan ini antara tanaman yang sedia ada dikediaman apartmennya. Melihat semua ini, tentu dapat memberi inspirasi bagi kita semua untuk menghias kediaman dengan diserikan tanaman sepertinya ini.
sumber :Asyraf Khalib via KGTTS
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tanaman pokok, baik sayur atau bunga jika tahu cara jaga pasti akan hidup subur. Selain memerlukan cahaya, air dan tanah untuk hidup subur, hakikatnya tanaman juga memerlukan baja sebagai agen penggalak kesuburan.
Jadi apa kata anda hasilkan sendiri baja organik lagi bagus kerana bebas bahan kimia, hasilnya pun segar dan sihat. Nak tahu cara buatnya mudah je ikut langkah yang dikongsikan oleh saudara Md Khalil Salleh ini.
Ok stok baja organik dh nk abih.. Jd kita proses bt lain.. Sesuai utk smua tanaman.. Modal RM pn ciput jaa nk bt baja ni.. Saya guna dh hampir 2 thn dh sejak belajar berkebun kt rumah dlm musim PKP ni.. Sayuran dn bunga2an saya blum pernah kena serangan serangga perosak sejak guna baja buatan sendiri ni lg…bagus kan💪💪👌😁
Cara membuat:
1. Sediakan 100gm MSG, sisa perut ikan 3kg, gula merah 3kg, bawang putih 5 labu atau lebih, kulit telur yang dikisar 500gm.2. Letak semua bahan ini dalam bekas dan campur air yang tiada klorin lebih kurang 10 atau 15 liter.3. Perap sebulan atau sekurang-kurangnya 2 minggu. Letak di tempat gelap tutup dengan plastik hitam.4. Selepas sebulan tapis dan boleh terus guna. Nak simpan dulu pun boleh.Ambil 10ml baja organik campur dengan 2 liter air tanpa klorin. Sembur pada daun dan pucuk pokok.Boleh juga siram pada pangkal pokok. Bagusnya baja organik ini semua untuk pokok sayur berdaun, berbuah dan juga pokok bunga hiasan.
Menanam pokok jenis berbuah kalau sudah bertahun-tahun lamanya namun masih lagi tidak lagi mengeluarkan hasilnya, memang boleh buat kita rasa kecewa dibuatnya. Jadi untuk itu, apa kata anda usahakan untuk membuat baja sendiri sebagai agen penggalak buah dengan menggunakan tiga jenis buah yang mudah didapati.
Ini sebagaimana menurut perkongsian daripada saudara Izham Alias daripada Kebun Bandar berkongsi video cara pembuatan baja buah yang boleh anda hasilkan.
Bahan-bahan:
400gm betik
300gm pisang
300 gm labu
Gula merah
Formula yang digunakan untuk menentukan sukatan gula merah adalah nisbah 1:1. Contohnya jumlah keseluruhan buah yang digunakan 1kg makan gula merah juga hendalah 1 kg.
Cara membuatnya:-
1.Potong kecil kesemua buah berserta dengan kulitnya sekali. Kemudian masukkan ke dalam bekas.
2. Kemudian masukkan gula merah dan gaul sebati.
3. Tutup bekas dengan surat khabar dan perap selama seminggu.
4. Setelah itu, siaplah baja buah dan bolehlah digunakan. Caranya tapis dan masukkan cecair tersebut ke dalam bekas. Bila hendak guna ambil cecair tersebut 1 ml di campur dengan 1 liter air.
Ekstra tips : Ketika bekas ditutup dengan surat khabar pastikan jangan tutup ketat untuk pastikan proses peraman berjalan dengan sempurna.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520