Bilik Stor Kemas Dan Sistematik Mudah Nak Cari Barang, Wanita Ini Tunjuk Cara Susun Atur Dengan Betul.

Share

Mengemas rumah bukan sahaja di ruang tamu atau bahagian dapur, tetapi juga di bahagian stor.

Biarpun ia merupakan ruang yang ‘confirm’ tetamu tak masuk, namun tidak boleh biarkan barang-barang berselerak didalamnya.

Jika ia tidak disusun dengan kemas, nak cari barang pun susah. Bagi wanita ini, Neena Zaidi bilik stornya mengunakan pendekatan susun atur secara sistematik. Mudah untuk mencari barang dan sudah tentu sedap mata memandang.

Nak tahu caranya ikuti perkongsian ini.

Susun atur yang sistematik

“Baru selesai organized part yang paling mencabar sekali dlm rumah iaitu bilik stor.”

Sebelum

Bilik stor ni kecik je, 6 kaki x 7.5 kaki (180cm x 230cm). Nampak besar sbb sy guna wide angle.

Mula2 dulu stor ni ok sikit, tp makin lama makin serabut. Stp kali cari brg mesti xjumpa pastu lepas punggah jd bersepah.

My husband said “buat apa nak kemas stor? Kan pintu tertutup bkn org nampak apa ada kat dlm”. Sebenarnya kita organize bkn sbb nak nampak elok di mata org je. Kalau sampai nak cari brg pun xjumpa, nak ambil brg pun susah, it’s not a functional space anymore but a dumping ground.

Tips utk maximise penggunaan ruang:

1. Plan sebelum mula organize. List kan brg2 yg ada dlm stor mengikut kategori.
2. Ukur keluasan bilik.
3. Pre-plan kedudukan rak dlm bilik.
4. Cari saiz boltless rack yg bersesuaian dgn saiz bilik.
5. Cari storage bin yg bersesuaian dr segi saiz dgn kuantiti yg mencukupi utk stp kategori brg.

Selepas

Hasil drp proper pre-planning: Lebar bilik 6 kaki. Depth rak kiri 2 kaki, depth rak kanan 1 kaki. Sy ada ruang 3 kaki kat tengah2 utk berjalan dan ambil brg tanpa sebarang halangan. Wallpaper secoet kat bawah tu sy buat tutup cat yg dah luntur.

 

Bahagian ni sy gunakan rak dan storage box yg sedia ada je. Xnak membazir beli bekas baru. Depth rak ni 30cm. Dpt la ambik gambar keseluruhan dr depan sebelum masukkan rak lg satu.

Ini rak baru. Depth 60cm. Storage bin warna biru yg lama. Warna merah tu baru. Cari kat shopee warna biru xjumpa so xpelah cacat sikit warnanya.

Semasa process decluttring xbanyak pun brg yg dibuang sbb sy selalu buat spring cleaning berkala. Brg ngam2 je dgn saiz ruang. Karpet dan tangga pun ada tempat sendiri.

Apa lagi, jom kemas bilik stor hujung minggu ni.

Sumber: Neena Zaidi

 

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club