
Isi Kandungan
ToggleBilik rumah kampung bertukar wajah selepas di ‘makeover’. Sebelum diubahsuai, bilik rumah kampung ini jenis kayu yang nampak sudah usang. Bagaimanapun penghuni kediaman ternyata bijak mengubahsuai bilik tersebut.
Bilik Rumah Kampung Dinding Papan
Apabila melihatkan hasilnya sangat mengkagumkan. Memang ketara nampak berubah ‘wajah’ bilik asal dengan ‘wajah’ bilik yang baru. Siapa kata rumah kampung tak sesuai diaplikasikan dengan konsep moden.
Jom kita cuci mata dengan perubahan yang dilakukan pada bilik berdindingkan papan serta usang ini.
Lepas ‘Makeover’ Terus Nampak ‘Wow’
Sumber: Munira Izzan
Neelofa Berbalas Mesej Walau Sibuk Di Hari Pernikahan. Buat Ustazah Asma Menitis Air Mata!

Umumnya beberapa jam sebelum majlis pernikahan, adalah merupakan satu detik yang boleh dikatakan agak sibuk untuk semua ahli keluarga apatah lagi buat bakal pengantin bagi memastikan perjalanan majlis dapat dilaksanakan dengan lancar.
Pun begitu melalui perkongsian daripada Ustazah Asma Harun, dia mendedahkan ada menghubungi Neelofa dan tanpa disangka tiba-tiba berasa sebak dan menitiskan air mata setelah berbalas mesej.
Ini perkongsiannya.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
Selepas subuh pagi tadi, saya ada bermesej dengan Adinda Neelofa tentang beberapa perkara. Sungguh saya tak tahu pagi ni hari pernikahan beliau. Memang ada terbaca rumors tentangnya, namun tak pasti bila, dan Adinda Neelofa sempat reply dengan baik, sedangkan sudah tentu beliau sangat sibuk untuk buat persiapan. Sunguh baik kamu dik, selalu cuba membalas mesej walau dalam kesibukan. Moga Allah merahmatimu.
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكَمُاَ فِيْ خَيْر
Ketika dapat mesej beliau mohon didoakan, tiba-tiba rasa sebak dan menitis air mata bahagia dan gembira. Akhirnya Adinda Neelofa bersatu dengan cinta hatinya. SubhanAllah, semoga pernikahan kalian diberkati dan sentiasa dilindungi Allah swt, bahagia bercinta sampai ke Syurga.
Semoga Puan Neelofa menjadi isteri Solehah dan sentiasa dijaga, disayang, dicintai oleh suamimu Ustaz Muhammad Haris yang soleh.
Tahniah buat keduanya.
Sumber : Asma’ binti Harun
Guna Kertas Manila Kad Je Pun Tapi Nampak Menarik Sangat Bila Buat Begini!

Bila namanya kreatif, memang macam-macam boleh dihasilkan agar nampak istimewa dan menarik mengikut kreativiti dan bajet sendiri.
Ini sebagaimana perkongsian idea daripada Normala Jais yang menghasilkan jam hiasan dinding dengan menggunakan kad manila hingga nampak begitu menarik.
Nak tahu cara membuatnya, jom baca perkongsian daripadanya ini.
Assalammualaikum & hello everyone!!
Yg hari tu saya kongsikan diy jam dinding menggunakan sudu plastic pakai buang.
Ok yang ini pula saya diy guna kertas manilakad saja ya, kemudian saya lukis bentukkan contoh macam dalam gambar yang saya kongsikan ni lah..
Lepas melukis bentuk dan gunting , saya spray ,saya beli kat mr.diy saja , warna merah cod botol spray 33.
Yang macam diamond2 tu sticker decoration untuk hp saya beli kat mr.diy juga.
Batang tu saya guna stick satay saja. Saya guna hot glue gun.
Minta maaf jika kurang jelas ya, kamu semua boleh rujuk youtube DIY WALL CLOCK .. saya pun dpt idea mcm ni hanya tgok youtube saja. SELAMAT MENCUBA..
sumber : Normala Jais
“Disebabkan Bantuan Diterima Terlalu Banyak, Disumbangkan Semula…” Mulianya Hati Seorang Bapa Ni Wajar Jadi Contoh!

Hidup ini tidak lekang dengan pelbagai ujian, ada yang diuji dengan kesempitan harta, ada yang diuji dengan pelbagai penyakit dan bermacam-macam lagi. Begitulah lumrah kehidupan, yang menguji diri seseorang untuk berdepan dengan masalah hidup. Adakah mampu untuk bertahan atau semata-mata menyalahkan takdir hidupnya?
Kisah yang dilaporkan di Harian Metro berkenaan seorang ayah yang mempunyai tiga anak termasuk seorang menghidap penyakit saraf kronik dan seorang lagi ‘sindrom down’, cukup tersentuh hati dan terinspirasi membacanya.
Walau kehidupannya diuji dengan kesempitan hidup dan anak-anak pula dengan penyakit kronik, pastinya saat ini bukanlah mudah untuk dilaluinya. Namun betapa mulianya jiwa seorang ayah ini, dia masih mampu berbahagi rezeki daripada bantuan yang diterima daripada pelbagai pihak telah diagihkan selebihnya untuk membantu keluarga lain yang dalam kesusahan di musim PKP ini.
Menurut sumber, seorang bapa tunggal yang memulangkan semula sebahagian daripada 12 set barangan bantuan diterimanya antara kes menarik dikesan Sekretariat Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang (MAKPEN), minggu lalu.

Setiausaha Kehormat MAKPEN, Salamon Ali Rizal Abdul Rahman berkata, bantuan prihatin berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 itu diberikan kepada lelaki itu oleh pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Beliau berkata, lelaki terbabit mempunyai tiga anak termasuk seorang menghidap penyakit saraf kronik dan seorang lagi ‘sindrom down’ dan kedua-duanya menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang.
Berbahagi Rezeki
“Disebabkan bantuan diterima terlalu banyak, lelaki terbabit mengambil keputusan menyumbangkan semula kepada MAKPEN untuk diberikan kepada golongan memerlukan.
“Selain beras, lelaki terbabit menerima pelbagai barangan keperluan asas lain seperti bihun, gula, tepung, minyak masak, biskut dan sardin,” katanya ketika ditemui semalam.
Beliau berkata, lelaki itu kehilangan sumber pendapatan selepas tidak dapat bekerja sebagai penjual air membuatkan banyak pihak tampil menghulurkan bantuan untuknya sekeluarga.
Menurutnya, tindakan dilakukan lelaki berusia 54 tahun itu seharusnya menjadi contoh pada pihak lain apabila bantuan diterima hingga berlebihan sepatutnya disumbangkan semula kepada individu lain.
“Antara faktor terlalu banyak bantuan diterima lelaki terbabit ialah penyumbang menghantar bantuan tanpa pengetahuan lelaki berkenaan dan hanya meletakkan barangan dalam pagar rumahnya tanpa memaklumkan.
“Sejak sekretariat MAKPEN beroperasi bulan lalu yang bertujuan menyelaras agihan bantuan kepada golongan memerlukan, kes bapa tunggal berkenaan kali pertama ditemui dan dianggap begitu menarik sekali,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya banyak menerima kes individu memberi maklumat peribadi salah serta mengelirukan bertujuan ingin mendapatkan bantuan keperluan asas lebih daripada sekali.
Menurutnya, sekretariat MAKPEN menyediakan bantuan dengan syarat individu terbabit benar-benar memerlukan dan boleh menghubungi di talian 013 9314004.
Sumber : MyMetro
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BEKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club