Boleh dikatakan sesuatu perkara menarik telah dikongsikan oleh Puan Kahirunnisa Hamzah ini mengenai pengalamannya bila menyentuh perihal bilik air. Mungkin ada yang menganggap hal berkaitan bilik air adalah perkara yang remeh, namun hakikatnya terkandung 1001 makna tersirat jika ingin dibahaskan. Dan jika ingin difahami dengan detail, ayuh kita baca perkongsian bermanfaat ini.

Bilik Air Sentiasa Basah, Bagus Ke Tidak? Renung-renungkan Perkongsian Ni!

BILIK AIR KITA SENTIASA BASAH, ELOK KE?

Subuh tadi masuk bilik air lantai basah tak?

Dekat Malaysia ini lantai basah dekat bilik air itu perkara biasa. Kalau tak basah macam tak bersuci pula. Iye, tak?

Dulu, masa saya dihantar ke program pertukaran pelajar di Italy sekejap, saya duduk sebilik dengan 2 orang sahabat sekuliah. Macam biasa, selepas mandi di tab mandi, saya pun ke sinki dan mengambil wuduk. Kemudian, jirus kaki di lantai.

Selepas solat, saya nak masuk bilik air lagi tapi kali ini saya melihat lantai penuh dengan tuala kaki.

Rupanya sahabat saya lapkan lantai yang basah yang dibuat oleh saya tadi. Ada juga dengar dia mengomel kata siapalah yang basahkan lantai.

Masa ini saya rasa bersalah. Kemudian rasa pelik. Hai, kita sama orang Malaysia, kan itu perkara biasa.

Tapi sebenarnya ini bukan perkara yang patut dibiasakan!

Selepas berhati-hati tidak basahkan lantai bilik air sepanjang di Italy, sepulangnya di Malaysia, saya masih sama. Bilik air rumah mak kita ke, bilik air asrama ke, sama saja. Sentiasa basah.

Ads

Bila dah ada anak 2, saya ada berkunjung ke rumah rakan sekerja yang baru balik ke Malaysia selepas beberapa tahun tinggal di Eropah.

Saya minta tumpang bilik air.

Sebaik melangkah masuk ke bilik air tersebut, memori saya tiba-tiba datang balik tentang kisah di Italy dulu apabila melihat bilik air rakan berkarpet sehingga ke tempat membuang air.

Masa ini saya berdiri kaku dan menginsafi diri semula.

Ya, kita terlalu bebas guna air. Sehingga kita rasa pelik bila melihat mereka yang tinggal di luar negara atau orang kita yang balik dari luar negara mengamalkan tandas kering.

Siapa betul? Kita atau mereka?

Saya kongsi lagi satu. 3 tahun lepas, semasa bercuti redah sekeluarga ke Australia, kami dapat keluarga angkat yang baru. Orang Melayu muslim kita yang menetap di sana. Kami dijemput tidur ke rumah mereka sebelum bertolak balik ke Malaysia.

Ads

Ketika masuk ke bilik air untuk ambil wuduk, nah! Sama! Tandas kering dan berkarpet.

Sama juga semasa saya ke masjid di Perth, Australia dan masjid di Beijing, China.
Tandas kering!

Bilik Air Sentiasa Basah, Bagus Ke Tidak? Renung-renungkan Perkongsian Ni!

Nak wuduk, ada kendi atau teko yang bertengkuk panjang untuk digunakan. Bukan paip air!

Kendi atau teko itu juga yang kita tadah untuk kita bawa ke bilik air bagi menyucikan diri selepas buang air.

MasyaAllah!

Ads

Baru saya sedar betapa banyaknya air yang dibazirkan oleh orang Malaysia. Mewah betul kita ‘menggunakan’ air. Sehingga lantai bilik air tidak pernah kering. Di mana-mana saja basah. Orang luar geleng kepala tengok tabiat kita.

Tahu tak kita, sebenarnya dengan budaya basah bilik air ini menampakkan bahawa masyarakat kita suka membazir. Tidak fokus. Malas dan bebas buat apa saja.

Bermula dari sikap berhati-hati menggunakan air dan mencurah air ini, ia akan membentuk peribadi diri. Hatta menyucikan anak pun mereka berhati-hati di mangkuk tandas sahaja, bukan di lantai.

Patutlah mereka ditempat yang bilik air kering mempunyai kesabaran yang tinggi dan akhlak yang baik.

Sama juga semasa saya ke Thailand. Thailand ini iklim dan cuacanya sama macam kita. Tapi, tandas awam di stesen minyak dia MasyaAllah. Sangat bersih. Seluruh tandas di Thailand sangat bersih. Mereka juga tidak basahkan lantai walhal ramai muslim di sana.

Mereka amalkan membasuh mengikut kadar dan sukatan. Ada pepatah mengatakan “Jika mahu tahu peribadi tuan rumah, lihatlah bagaimana tandasnya”.

Yang ni saya teringat sangat masa ke tandas KLIA. Ketika dalam tandas, terdengar orang sebelah kata “See, welcome to Malaysia!”

Maksudnya tandas bilik air kita yang basah!

Ya, hanya di Malaysia.

sumber : Kahirunnisa Hamzah
Senibina kehidupan di rumah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI