Mencipta keselesaan bilik air dengan tema bergaya moden mahu pun eksklusif tentunya agak sukar untuk kita realisasikan jika tanpa bajet yang banyak. Selain itu , seakan sudah dapat dibayangkan kesukaran untuk melakukan transformasi ruang bilik air sebagaimana yang diimpikan jika melakukannya secara DIY.
Namun, bagi Fatin Amierah dia membuktikan bilik air yang pada mulanya nampak biasa-biasa sahaja masih boleh dijelmakan agar kelihatan luar biasa dengan peruntukan modal yang masuk akal untuk kita juga sama-sama melakukan transformasi bilik air sendiri. Jom semak apa yang telah dilakukan untuk menjadikan bilik airnya nampak cukup wow!
“Inilah gambar sebelum dan selepas. Percaya atau tidak semuanya Fatin buat sendiri, kecuali lantai. Dulu biru, sekarang hitam putih.”
Macam mana nak buat ?
Ads
DINDING
Untuk dinding, pergi kedai cat cakap nak beli cat khas untuk tiles, brand NIPPON EPOXY . Beli dua color. Nak guna cat lantai buat corak-corak camtu pun boleh takde masalah. 1 Liter , RM70++. Fatin pakai 2 liter.
BORDER
Border? Alaaaa yg corak kotak-corak kat dinding tu.
Tu wallpaper je, kalis air beli kat GM KLANG, RM25 10 meter. Seller yaang jual online pun banyak. Cari je k, mesti ada .
RAK SHAMPOO
Beli lazada je, Search shampo rack. Mesti keluar.
Dan drill sendiri. RM40
Ads
CERMIN & KABINET SINKI
Pergi kedai barangan toilet cari yang dah siap set-set camni . Lebih jimat . Satu set RM399 . Drill sendiri .
POKOK BUNGA
Kaison , ikea, ssf semua ada yang jenis begitu. Satu tak sampai RM20 .
LANTAI
Lantai panggil orang buat . Cuba search ‘Epoxy Flake Coating’ kat fb. Mesti jumpa dealer yang boleh buat. Fatin design sendiri dan bagi kat dia. RM950 .
Ads
Akhir sekali tukar lampu bulb tu kepada warna warm light. So nampak effect mewah sikit .
Okay, itu je yang mampu. Takat nak ubah penampilan toilet macam ala-ala hotel. Anda tidak perlu berhabis sampai 5-6 ribu untuk tukar tiles. Takat mana boleh jimat, kita jimat.
Kredit : Fatin Amierah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sungguh inspirasi perkongsian ibu ini yang sanggup melupakan perbelanjaan kemahuannya untuk memberi keperluan yang terbaik kepada anak. Melupakan beg, kasut dan baju baru demi menyediakan vaksin buat anak tersayang, perkongsian puan Noor Fadhila Bakri di laman facebooknya memang pilihan yang tepat. Pastinya kesihatan anak adalah keutamaan kita.
Survey Harga Vaksin
Alhamdulillah. Selesai 1dos vaksin Pneumococcal utk Iman Zahrawi. Lama jugala dila survey harga vaksin ni dan yg paling murah dila jumpa dkt Poliklinik UKM Kesihatan Bandar Baru Bangi. Untuk umur Iman, hanya 2 dos diperlukan.
Dila pilih vaksin Pneumococcal untuk perbelanjaan bulan ini drpd membeli beg, baju, kasut, restoran hipster yg memahal tu. Keperluan kesihatan anak kami sentiasa di barisan pertama. Tapi kalau pendapatan awak melambak boleh la beli semuanya. Dila pilih ‘ukur baju di badan sendiri’
Apa itu Vaksin Pneumococcal
Suntikan Vaksin Pneumococcal merupakan sejenis imunisasi yang boleh diberikan kepada kanak-kanak sebagai langkah awal untuk mencegah daripada jangkitan kuman di paru-paru yang dikenali sebagai penyakit Pneumonia. Penyakit Pneumonia ini kerap di alami oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Ianya terjadi akibat bakteria, virus, fungus dan parasit yang menyebabkan jangkitan pada hidung dan berterusan hingga ke paru-paru.
Penyakit pneumonia boleh membuatkan seseorang yang dijangkiti sukar untuk bernafas. Ini berlaku kerana nanah dan lendir memenuhi saluran udara pada paru-paru yang akan menggangu sistem pernafasan . Jika ianya dibiarkan berterusan, oksigen mungkin tidak dapat sampai ke dalam darah dan sel tubuh yang seterusnya membahayakan nyawa anak anda.
Sekiranya anak anda mengalami simptom awal jangkitan pada paru-paru seperti demam panas, batuk dengan atau tanpa kahak, sakit dada, tiada selera makan, rasa tidak sihat dan sering merengek, pernafasan laju atau susah bernafas, muntah atau cirit-birit, segeralah bawa anak anda berjumpa dengan doktor.
Jika jangkitan kuman pada paru-paru ini disebabkan oleh bakteria, kebiasaanya doktor akan memberikan antibiotik kepada anak anda. Tetapi, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan dan teruk, anak anda akan dimasukkan ke hospital untuk diberikan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius dan membahayakan nyawa anak anda.
Sekiranya mendapati anak anda juga mengalami batuk yang berpanjangan selama tiga hari, keadaan badan yang lesu, mengalami muntah, nafas berbunyi dan dehidrasi, bawalah segera anak anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Beza Batuk Biasa dan Pneumonia
Untuk membezakan batuk biasa dan batuk Pneumonia, bunyi batuk biasa ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat Pneumonia yang bunyinya agak ‘dalam’ dan ianya kerap terjadi pada waktu malam sehingga ke pagi.
Dan sebaiknya, ibu bapa perlu mempertimbangkan pengambilan suntikan vaksin Pneumococcal di hospital atau klinik swasta bagi meningkatkan lagi imunisasi anak anda. Semoga dengan suntikan imunisasi vaksin Pneumococcal ini anak anda dapat dihindari penyakit Pneumonia dan menjalani aktiviti harian dengan ceria!
Dua Jenis Vaksin Pneumococcal
Vaksin Pnemococcal ni ada dua jenis, Synflorix (melindungi anak drpd 10 jenis bakteria) dan Prevenar (melindungi anak drpd 13 jenis bakteria).
Sila dapatkan nasihat daripada doktor untuk pilihan jenis vaksin. Untuk anak saya, kami suami isteri sudah mendapatkan nasihat daripada doktor dan ikut keadaan anak saya, jenis Synflorix sudah pun memadai.
Namun, kalau puan/tuan ada bajet lebih @ anak puan dinasihatkan untuk ambil vaksin jenis Prevenar, baiklah ikut nasihat doktor. Btw, harga Synflorix adalah lebih murah berbanding Prevenar.
Ini bukan paid review. Sy sekadar berkongsi manfaat vaksin ini dan di mana nak dptkn vaksin ni pada harga yg berpatutan. Terima kasih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kelibat pelakon Intan Ladyana meraih perhatian ramai apabila ‘baby bump’ mula kelihatan biarpun empunya diri sebelum ini tidak berkongsi sebarang maklumat berkenaan kehamilannya.
Perkongsian video tersebut dimuatnaik pelakon Dazrin Kamarudin di mana dia berkunjung ke kedai karpet bersama suaminya, Harris Alif.
“Thanks for coming guys @intanladyana @harrisalif,” tulis Dazrin menerusi kapsyennya.
Video berdurasi 15 saat ini menampakkan pasangan suami isteri ini sedang menari mengikut trend tarian diplatform Tiktok. Dalam video tersebut, perut Intan ketara menampakkan perubahan.
Dalam pada itu, rata-rata warganet teruja dan mengucapkan tahniah buat pasangan suami isteri ini.
lily.suriani.545Comelnya..bila ketwa bergerak perut.allhamdulillah..jaga diri😍
Untuk rekod, Intan Ladyana,39, dan Harris, 22, telah selamat mendirikan rumah tangga pada bulan Februari yang lalu. Kisah cinta mereka telah mendapat perhatian warga maya berikutan jarak usia antara kedua-duanya yang agak jauh iaitu 17 tahun.
Sebelum ini khabar angin mengenai kehamilan Intan Ladyana hangat diperkatakan. Tidak mengiyakan atau menidakkan tentang kehamilan isterinya, Harris dalam laporan Kosmo memaklumkan andai sudah sampai waktu yang sesuai dia sendiri akan membuka mulut.
Harris atau nama lengkapnya, Nor Harris Alif Nor Rashidi, 22, berkata, buat masa sekarang, dia tidak mahu terlalu memperincikan desas-desus berita tersebut.
“Minta maaf, kalau boleh saya tak nak komen apa-apa sangat tentang isu itu (Intan sudah hamil). Cukuplah orang mendoakan yang baik-baik sahaja buat isteri saya.
“Sedih tengok dulu dan sekarang..saya rasa pernah terbaca majalah URTV dulu tapi tak ingat tahun bila dia pakai baju ni bergambar atas tangga..masa saya sek rendah rasanya tahun 1990 kot..ni urtv keluaran raya. Kalau dipulihkan kembali rumah nostalgia ni..alangkah bagus.”
Itu antara komen warganet susulan satu perkongsian yang memaparkan keadaan terkini rumah penyanyi, Allahyarham Datuk Sudirman Hj. Arshad.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook ‘I Love Pahang, beberapa keping gambar yang dikongsikan menunjukkan keadaan terkini rumah bekas penghibur nombor satu Asia, terbiar dan dilhat amat menyedihkan.
Jika dahulu, rumah yang terletak di Kampung Tok Embun, Temerloh, Pahang itu sering dikunjungi peminat, rakan artis mahu pun wartawan, namun kini siapa sangka keadaannya hanya tinggal tangga batu sahaja.
Ketika hayat Sudirman, rumah berkonsepkan kampung itu sering dijadikan lokasi merakam kenangan.
Namun meninjau diruangan komen, warga Pahang sendiri berasa sedih melihat keadaan rumah tersebut yang terbiar begitu sahaja hingga semak samun.
” Beginilah keadaan terkini rumah Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad di Kg Tok Embun, Temerloh, Pahang.
” Rumah ini ditinggalkan sepi sehingga dipenuhi belukar selepas musnah dalam satu kebakaran pada tahun 2008.
” Belum nampak sebarang usaha dari pihak berwajib untuk memulihara kembali rumah legenda seni tanah air ini,” catat warganet yang menyatakan kekesalan kerana rumah itu tidak dikawal selia dan dipelihara oleh pihak berwajib yang seolah-seolah Sudirman tidak pernah berjasa kepada negara.
Fakta Berkenaan Allahyarham Sudirman Yang Mungkin Ada Belum Tahu
-Tarikh 22 Februari setiap tahun menjadi detik pilu apabila negara kita kehilangan sebutir permata bergelar Datuk Sudirman Haji Arshad.
-Sudirman terkenal dengan julukan The Singing Laywer punya keperibadian yang disenangi oleh semua, terutama peminat Allahyarham.
-Dilahirkan di Pahang pada 25 Mei 1954. Nama Sudirman diilhamkan oleh nama seorang pahlawan Indonesia, Soedirman.
-Nama manja/panggilannya adalah Cokman dan merupakan anak bongsu dari 6 adik beradik.
-Penyanyi pertama Malaysia memenangi anugerah Penghibur Terbaik Asia dalam pertandingan Anugerah Muzik Popular Asia pertama yang berlangsung di Dewan Royal Albert, London pada 19 Mac 1989.
-Merupakan graduan undang-undang dari Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya. Beliau diiktiraf sebagai peguam pada tahun 1984 namun memilih nyanyian sebagai kerjayanya.
-Lagu One Thousand Million Smile dirakamkan dan dipasarkan di Eropah. Rakaman lagu tersebut dijalankan di studio Abbey Road dan dipilih sebagai lagu Tema Malaysia semasa Hari PBB.
-Pernah menyanyikan lagu yang ditujukan khas buat Allahyrham Saloma berjudul ‘Mama’.
-Beliau meninggalkan lagu ‘Salam Terakhir’ dan ‘ Dari Jauh Ku Pohon Maaf’ yang meninggalkan kesan yang sangat dalam terhadap peminat.
-Beliau juga seorang usahawan, menghasilkan minuman ringan jenama ‘SUDI’ serta membuka kedai menjual rangkaian cenderamata jenamanya sendiri.
-Johan Bintang RTM ini telah meninggalkan momen hebat dengan mengadakan Konsert percuma di Jalan Chow Kit pada 14 April 1986 dengan dihadiri lebih 100 ribu pengunjung. Kejayaan konsert tersebut tercatat dalam Malaysia Book of Records.
-Sudirman pernah dilabel sebagai seorang ikon fesyen kerana menjadi penyanyi yang memberanikan diri memakai sepasang pakaian Melayu lengkap satu warna dengan songkok. Ertinya kalau pakaian Melayu itu berwarna biru, songkoknya juga berwarna biru.
-Mendirikan rumh tangga dengan Kamariah Jamaluddin ataupun Kay yang merupakan cinta pertamanya pada 14 Februari 1981.
-Sudirman pernah memberitahu rakan karibnya, pelakon dan penyanyi Noor Kumalasari, bahawa Kay adalah cinta pertama dan terakhirnya. Oleh kerana itu, apabila mereka berpisah 3 tahun selepas mendirikan rumh tangga atas alasan tiada persefahaman, menurut Noor Kumalasari ia memberi impak hebat kepada sahabat baiknya itu.
-Cerita Noor Kumalasari lagi, hanya selepas 2-3 tahun selepas perceraian, barulah Sudirman menaggalkan cincin perkahwinannya.
-Sudirman meninggI dunia pada tarikh 22 Februari 1992, pukul 4 pagi pada usia 37 tahun. Allahyarham disemadikan di Temerloh, Pahang. Kira-kira 2 ribu orang hadir memberi penghormatan terakhir kepada penyanyi kesayangan ramai itu.
Tersalah beli rumah, ini nasihat apa kena buat oleh perunding hartanah. Membeli rumah adalah salah satu keputusan kewangan paling besar dalam kehidupan.