Bilik Air Berkarat & Kotor, Tutorial ‘Deep Cleaning’ Ini Buat Tandas Nampak Baru

Share

Ramai saja kalangan kita yang membeli rumah secondhand. Harganya memang lebih murah berbanding kediaman yang baru.

Namun untuk membersihnnya pasti mencabar! Malah bahagian paling mencabar selalunya bilik air atau tandas. Lantai kotor, dinding berkarat, memang jenuh nak menyental.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Bagi yang berdepan masalah begini boleh ikuti tutorial deep cleaning bilik air yang dikongsi oleh Hani Mynis ini.

DEEP CLEANING BILIK AIR

The downside of buying secondhand house, dia datang sekali dengan pakej bilik air yang kalau tengok boleh hilang selera makan seminggu haha. Tapi berita baiknya, dapat lah hani buat tutorial utk uols macam mana untuk buat deep cleaning bilik air ha! Kecuali zip cream cleanser tu, semua bahan pencuci hani beli dari Eco. Semoga bermanfaat.

1.Tuang peluntur tak perlu bancuh

Tuang Clorox atau peluntur dari botol. Tak perlu bancuh dulu dengan air. Hati-hati masa guna Clorox ni takut terpercik kat mata ke. Pakai sarung tangan, face mask, goggles kalau perlu.

Biarkan peluntur tu bertindak balas dengan kotoran sambil kita buat kerja lain. 10 hingga 30 minit.  Jika dibiarkan semalam lagi bagus.

2.Bahan untuk bersihkan kotoran

Gunakan magic span dan juga pembersih kotoran jenis ini untuk hilangkan kesan watermark dan soap scum. Sental kotoran dan tengoklah hasilnya

3.Cara bersihkan soap scum 

Sebelum tu kita kikis dulu kesan soap scum. Sental dengan magic span dan pencuci Zip. Lepas kikis sental kotoran dengan magic span dan Zip tadi. Gunakan kaedah sama untuk bersihkan soap scum yang ada kat dinding.

Teknik cuci bilik air ni bukan untuk rumah secondhand saja, kalau kat rumah sendiri ada kotoran macam ni pun boleh praktik cara yang sama.

RUJUK GAMBAR

 

Ada sesetengah kotoran yang degil susah nak hilang memang perlukan bantuan harsh chemicals seperti peluntur dan asid. Oleh itu, guna dengan cermat, baca arahan pada botol, utamakan keselamatan.

Apa yang hani buat dalam tutorial ni bukan deep cleaning yang weekly hani buat tau deep cleaning yang macam ni sesuai untuk monthly atau every 3 months. Weekly cleaning memadai guna pencuci tandas biasa sahaja (bergantung kepada tahap kekotoran)

P/s: semua hardware yang boleh ditukar kitorang tukar. Walaupun beli rumah secondhand nak juga lah fefeling beli rumah baru kan hahah. Yg ditukar: penutup mangkuk tandas (kedai hardware), kepala paip (mr diy), paip besi sekali dgn kepala dia tu (Eco), penapis besi kat sinki (Yang Yang Rm2), shower head (Eco).

Sumber : Hani Mynis

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club