Bilas Mesin Basuh Untuk Hapuskan Kuman. Ni Cara Paling Simple!

Share

Perasan atau tidak mesin basuh yang digunakan untuk mencuci pakaian harian kita juga sebenarnya jika tidak dicuci boleh menjadi ‘sarang’ kuman dan bakteria.

Tidak mahu hal ini menjadi punca terjejasnya kesihatan keluarga, ayuh kita lakukan sebagaimana yang disarankan Public Health Malaysia ini. Jom semak.


Jika anda ada masa hujung minggu ini, boleh luangkan masa untuk membilas mesin basuh anda dengan cecair peluntur dan air panas.

Kuman yang ada di kain kotor anda sebenarnya masih bersarang di dalam mesin basuh. Persekitaran yang lembab dan gelap menyebabkan bakteria dan kulat hidup berkoloni dalam mesin basuh.

Pencemaran kuman ini akan dipindahkan ke pakaian anda yang lain. Walaupun jarang menyebabkan jangkitan penyakit, ada baiknya rutin ini dilakukan untuk kebersihan dan kesihatan seisi rumah.

Untuk penggunaan mesin basuh di rumah, pembersihan ini boleh dilakukan sekali setiap bulan. Bagi kedai dobi, diharapkan boleh dilakukan dengan lebih kerap (seminggu sekali).

* Cara pembersihan mungkin berbeza mengikut jenis model.

✔️ Masukkan setengah cawan cecair peluntur di ruang detergen

✔️ isi dengan air panas, tidak perlu air mengelegak

✔️ Mulakan kitaran membasuh

✔️ bersihkan keliling getah penutup dengan kain. (Di sini selalu ada bakteria)

✔️ Bilas sekali lagi, jika ada bau kuat.

Selain cecair peluntur, ada alternatif lain. Bergantung pada kesesuaian dan keinginan anda.

✔️ ada cecair pencuci khas

✔️ Ada yang guna campuran cuka dan sodium bicarbonate

✔️ hydrogen peroxide .
.
Owh ya, selepas mencuci, sebaiknya biarkan pintu mesin basuh terbuka.

Bau kepam adalah petanda banyan kuman

sumber : Public Health Malaysia