“Bila Wife Doktor Husband Polis, Bertembung Tepi Jalan.” Suami Jaga ‘Roadblock’, Isteri Teruja Dapat ‘Love’. Sweetnya!

Share

Siapa yang tak cuak bila harus melalui sekatan jalan raya (SJR), bimbang ditahan atau disoal oleh anggota polis walaupun sebenarnya tak ada buat apa-apa salah pun

Namun, berbeza dengan situasi yang dilalui Dr Farzana Abdullah kerana buat pertama kalinya dia  ‘terserempak’ dengan suaminya yang juga seorang anggota polis sedang bertugas menjaga SJR.

Dek kerana teruja dapat bertemu suami kesayangannya, doktor perubatan itu sempat merakam aksi suaminya Mohd Haniff yang memberikan simbol hati dengan kedua-dua belah tangannya sebelum dikongsi di laman Facebook.

“Abang polis bagi heart la kat kita hahaha auchh haha macam ni la bila wife doctor husband polis. Bertembung tepi jalan macam ni je la haha.


“Take care my husband. Jangan marah na kita main phone sekejap je ni nak rakam. Jarang2 boleh rakam moment ni haha,” tulisnya.

Menurut laporan mStar Online, Dr Farzana berkata ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Kulim dari tempat kerja di Klinik Kesihatan Seberang Jaya.

“Suami tak tahu saya nak lalu dan saya pun tak tahu yang suami saya kerja roadblock hari tu. Sebab tugasnya berubah-ubah, sekejap ronda motor atau MPV, sekejap jaga balai. Jadi tak sangka jumpa dia,” katanya.

Rupa-rupanya itulah pertama kali Dr Farzana bertemu dengan suaminya yang bertugas sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Selain itu, Dr Farzana menjelaskan dia tidak bermain telefon bimbit ketika memandu malah tiada niat menularkan video tersebut sebaliknya hanya berkongsi sebagai kenangan.

“Ada terbaca komen-komen yang kurang OK, cakap polis tak saman pula main telefon. Saya harap salah faham itu dapat dirungkaikan,” kata ibu kepada dua cahaya mata ini.

Sumber: Farzana Abdullah , mStar Online