Kepayahan dan kesukaran yang ditanggung oleh insan bergelar wanita dalam menggalas tugas seorang isteri dan ibu, nyata bukan mudah.
Ada sisi bahagia dan tidak dinafikan penuh dengan cabaran dan terkadang menyebabkan hatinya terluka.
Ini sebagaimana apa yang cuba diterjemahkan oleh Puan Najibah apabila melihat gambar ini.
Lama saya tenung gambar ni. Macam macam boleh kita tafsirkan. Seorang wanita yang terluka, dan menjahit sendiri lukanya. Ramai yang begini kan. Sekeliling kita. Cuma kadang tu kita tak perasan.
Banyak punca. Pengabaian daripada orang terhampir, penderaan, kesakitan kesakitan yang datang, struggle mengurus hidup, peranan, komitmen dan sebagainya.
Tadi pun ada terbaca kisah surirumah yang mengadu susahnya urus anak dan rumahtangga. Serabut semua ada. Itu ini serba tak kena, tak siap kerja. Sampai tertekan.
Jangan perlekeh. Jangan ‘ek eleh’ kan situasi ibu begini. Jika tiada sokongan, ia boleh membawa kepada tekanan emosi yang berpanjangan.
Silap silap boleh jadi macam wanita dalam gambar tadi. Sakit, tertekan, terluka. Lepas tu jahit sendiri lukanya. Sebab tak ada yang peduli. Huhu.
Saya faham sangat, surirumah memang penat. Oh wanita bekerja pun. Sama je kita ni kan. Lagi lagi ada anak kecil. Saya pernah laluinya. Anak tak boleh letak, asyik nangis, buat bisnes lagi. Huru hara hidup. Lagilah kan kalau surirumah yang memang duduk dalam rumah je. Tak ada keluar berjalan bercuti ke apa. Fuh.
Ads
Saya tak mahu ulas bab psikologi ke apa sebab tak mahir pun. Cuma hasil pengalaman, pembacaan dan perkongsian rakan rakan. Saya mahu kongsi 10 tips ini. Bagaimana nak tenang urus rumahtangga. Terpakai kepada surirumah mahupun wanita yang bekerja.
1. Kuatkan jiwa
Jiwa ini ibarat bateri, dia penentu untuk kita bergerak. Kalau bateri lemah, tak boleh nak buat apa. Bagaimana nak kuat jiwa?Ini sangat penting. Kuatkan hubungan kita dengan Allah. Lazimi solat awal waktu, baca al-Quran seeloknya di permulaan hari dan zikir. Ia beri tenaga luarbiasa kepada kita. Biiznillah. Jika tak jaga perkara ini, mudah serabut. Ini basic, jika mampu bangun malam qiamullail semua tu masyaallah lagi power. Jadikan rutin, satu kemestian.
Effect nya jaga amalan begini, hati tenang dan rasa banyak masa. Subhanallah amazing.
2. Kuatkan fizikal
Bersenam sekejap di awal pagi. Janji keluarkan peluh dan regangkan badan. Dalam rumah pun boleh. Banyak cara, buka Youtube search sahaja. Kita rasa lebih sihat dan gembira.
3. Jaga kesihatan mental
Buat apa yang kita suka dan rasa best. Saya panggil terapi. Macam saya, pagi pagi sebelum mula buat kerja, saya siram pokok bunga dan sayur sayuran yang di tanam. Lepas tu latih diri setiap hari untuk baca apa apa bahan yang positif dan cakap yang baik baik je. Bacaan yang sedih, drama, gosip semua tu berbaloi untuk kita tinggalkan.
Ads
4. Bab memasak dan makan
Ibu wajib makan dulu. Bagi tenaga kepada diri. Roti ke yang mudah dan secawan kopi atau coklat panas di permulaan hari. Untuk tenaga. Sayangi diri dulu, baru boleh sayang orang lain.
Dan masakan untuk keluarga mudah dan ringkas sahaja. Asalkan berkhasiat. Jangan susahkan diri nak masak bagai bagai sangat. Kalau tak sempat sangat, boleh beli dan banyak juga servis penghantaran makanan sekarang. Bolehlah daripada kelaparan tak makan kan.
5. Pengurusan bahan dapur
Tetapkan satu hari buat kitchen setting day. Siapkan bawang, cili kisar semua masuk peti sejuk. Protein ayam ikan daging semua tu basuh siap pek kan portion sekali masak. Sayur guna ulam ulam sahaja. Cepat dan berkhasiat. Ada setting begini, boleh memasak bawah setengah jam.
6. Pengurusan rumah
Mengemas memang penat. Kena pulak anak kecil memang sepah sana sini. Jadi letakkan timing dan setting jadual. Mengemas waktu tertentu sahaja. Macam saya, pagi dan petang. Antara dua waktu tu, apa pun berlaku. Pejam mata. Ini termasuk pengurusan kain baju.
7. Pengurusan anak
Anak kita tak sama. Jangan stress anak orang lain tidur elok lama, anak kita payah tidur. Rileks rileks je. Bila kita buat perkara nombor 1-6, kita ada masa untuk fokus nombor 7 iaitu wujudkan masa untuk anak. Main dengan dia. Bila kita beri masa yang berkualiti untuk mereka, anak lebih mudah diurus. Saya selalu pegang, anak akan membesar, fasa meragam susah semua tu tak lama.
Ads
8. Bantuan
Ini sangat penting. Belajar minta bantuan pasangan. Jangan terlalu mahu buat semua. Jika mampu ambil pembantu yang datang kemas rumah secara harian, elok sangat. Atau pun beli gajet yang memudahkan kerja dapur. Contoh periuk Cuckoo, Noxxa semua tu. Campak campak, setting, tunggu masak je.
9. Mindset dan rehatlah
Pegang satu perkara ini. Kita tak perlu jadi sempurna. Bahagia jauh lebih penting. Turunkan expectation yang terlalu tinggi nak jadi tip top serba serbi. Iya, sementara anak masih kecil ini. Wujudkan masa untuk rehat. Tinggalkan sekejap kerja surirumah yang memang takkan pernah habis.
10. Nikmati dan bina pengalaman
Anak seorang berbeza dengan anak dua, tiga, empat, lima, enam dan seterusnya. Masa akan mematangkan dan memahirkan kita urus perasaan dan peranan. Lalui sahaja dengan kesedaran bahawa momen ini adalah pengalaman. Dan syukuri semuanya.
Kunci utamanya ialah pengurusan, mindset dan mohon kepada Allah yang menguatkan segala. Insyaallah, dengan cara begini kita ada masa urus rumahtangga di mana ia sumber pahala berterusan tu, ada masa rehat, ada masa didik anak, ada masa cari ilmu, ada masa buat hobi kegemaran etc .
Ibu ibu
Tenanglah ya
Dan berbahagialah.
Jika ada ayah ayah baca status ini. Sama sama ya saling menjaga pasangan dan rumahtangga. Sama sama nak tenang, sihat, bahagia dan mahukan rahmat Allah turun memayungi keluarga kita.
Lain padang lain belalang.
Lain orang lain pandangan.
Sekadar berkongsi. Moga ada manfaatnya.
Najibah Mustaffa
Surirumah dan Usahawan sepenuh masa sejak 2014.
Setiap ibu yang melalui proses kehamilan, pasti tidak menafikan setiap anak berbeza-beza. Ada yang mudah tiada sebarang alahan, tetap aktif sehingga ke hari bersalin.
Ada pula yang ‘lembik’ dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Itulah pengorbanan seorang ibu dalam melahirkan zuriat.
Begitu juga dengan Dr Say yang baru-baru ini memuat naik perkongsian mengenai kehamilan isterinya.
Menurut hos bagi rancangan Tanya Doktor ini, usia kandungan isterinya kini memasuki 5 bulan.
“Pejam celik pejam celik bini dah 5 bulan mengandung. Awai2 dulu dia dok bising “i tak nampak macam mengandung kan? Perut kecik je”. Tapi sekarang dia dok ulang “besar kan perut i? U taktau betapa beratnya bawak anak u ni”.
“Padahal sy tak cakap apa2 pun, haai wanita complicated sungguh pemikiran kalian ahaha. Anyway today was our detailed scan, Alhamdulillah otak, jantung, organ lain & tumbesaran baby nampak sihat. Expected date of delivery is on 31st August bersamaan Hari Merdeka tapi sy rasa bakal awal ni.
Menurut Dr Say lagi, kehamilan anak kedua kali ini sedikit berbeza buat isterinya Dr Azura Abbas. Jika anak sulung, isterinya agak aktif, namun kali ini tidak berselera makan selain penat melampau.
“Pregnancy bini kali ni sedikit berbeza tak macam masa mengandungkan Ace dulu. Masa Ace dulu bini boleh gi gym melompat bagai tapi pregnancy kali ni dia kerap kena gastrik, tak lalu makan kao kao, hidung tiap2 malam tersumbat & penat melampau.
“But then again not all pregnancy is the same. Apa2 pun bersyukur sesangat kandungan sihat. Sy risau sikit sebab bini tak berapa makan, kang tak dapat nutirisi mencukupi macam mana muka baby nak jadi sepadu #teamdaddy ahaha.
“Can’t wait for the arrival of our 2nd baby. Tadi berjaya nampak muka baby, nampak iras muka sy lebih kali ni kan? Alhamdulillah sejuk hati daddy ada anak ikut muka daddy.
Waktu petang adalah waktu yang sesuai untuk sesisi keluarga meluangkan masa selepas seharian melakukan kerja harian. Namun ada yang tak sempat memikirkan nak buat ‘kunyah-kunyah’ apa untuk waktu petang.
Selepas ini anda tak perlu pening kepala lagi nak masak apa untuk minum petang, sebab resepi yang nakal kita kongsi ini resepi yang simple dan cepat untuk hidangkan. iaitu Kek pisang gebu
Bahan dia pun cukup mudah untuk disedakan, bila disebut ‘kek’ saja mesti ada yang mengeluh awal-awal kerana dikhuatiri proses pembuatannya yang agak renyah dan perlu mengadun. tapi jangan risau.. kek pisang ni hanya dengan menggunakan mesin pengisar saja! ya.. hanya guna blender yang kita kisar bawang tuuu, mudah bukan?
BAHAN-BAHAN
4 biji telur (Boleh guna gred B)
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1sk esen vanila
3 biji pisang berangan- dilecek
*1 1/2 cawan tepung gandum
*1sk serbuk penaik
*1sk soda bikarbonat
(Ayak bahan yg bertanda *)
CARA-CARA
Kisar telur, gula, minyak dan esen vanilla. kisarkan dalam 3 minit.
Tuang bahan yangg dikisar ke dalam mangkuk besar dan masukkan pisang yg dh dilecek. Gaul sebati dgn menggunakan spatula.
Masukkan tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit. Gaul rata.
Sapukan loyang dgn majerin.
Tuang adunan dan bakar selama 45-60 minit, suhu 170’c.
siap! dapat makan dengan teh tarik… memang syahduuu. layan dengan keluarga tercinta fuhhh memang seronok.
Tidak mudah menjadi seorang ibu apatah lagi kala diuji dengan bermacam-macam perasaan. Penyanyi, Nurul Wahab berkongsi rasa keibuan ketika mengimbas semula detik-detik cemasnya melahirkan cahaya mata pertamanya dahulu.
Menerusi Instagramnya, Nurul berkongsi rasa cemas dan kepayahan ketika bertarung nyawa melahirkan anak perempuannya, Ayu Nazirah yang kini sudah pun berusia 25 tahun.
Memilih untuk bersalin secara normal ketika itu, akui Nurul ia satu pengalaman yang penuh indah saatnya bergelar ibu.
“Jom emosi sat. 25 tahun yang lalu hari ini, dah di hospital. Pagi-pagi tak ada sakit tapi ada “tanda”. Rush ke #roopimedicalcenter tapi okay ja. Tak dak sakit melahirkan.
“Ya. Kami pernah melahirkan satu baby perempuan 25 tahun yang lalu. Tapi tanggal 11 sept jam 1:56 tengahari. Usai solat jumaat.
“Sakit melahirkan? Ya. Minta normal. Tak mahu dibedah kerana tak cukup wang. Waktu tu tak cukup segala.
“Tahan 2 hari menunggu. Tanggal 10 sept 1998, doktor bagitahu kita letak satu tablet jam 6 pagi 11 sept. Untuk dilate kan cervix. Supaya dapat bersalin normal,” ujar Nurul berkongsi cerita.
Malah kata Nurul lagi, diketika itu, dia mula rasa sakit dan mengalami kontraksi selama tujuh jam sebelum selamat melahirkan anak pertamanya yang merupakan seorang puteri.
Tambah Nurul lagi, dia juga pengsan dek kerana terlalu kepenatan untuk melahirkan zuriatnya ketika itu.
“7 jam sakit pagi 11 september tu. Menahan, untuk melahirkan satu lagi hamba Allah. Tepat 1:56pm, lahir seorang baby girl. Merah warna kulitnya. Kuat nangisnya. Keluar saja dia, kami pengsan kepenatan.
“Sehingga teman baik yang turut sama dalam labour room sebut allahuakbar, baru lah kami sedar dari pengsan. Dia tak tahu. Kerana melahirkan dia itu satu kegembiraan dan kebahagiaan. Sakit itu langsung hilang kerana happy.
“Sekarang baru kami tahu, menjadi ibu itu tak mudah. Happy, sedih, happy, diduga, disakiti. Semua perempuan akan merasai rasa ini. Jangan sesekali menyakiti hati mereka yang berikan kita kehidupan dan pengorbanan,” tulisnya lagi berkongsi.
Tidak hanya berkongsi pengalaman ketika detik melahirkan bahkan kenyataan Nurul turut menjadi tanda tanya kepada wargamaya namun mendoakan yang terbaik buat Nurul.
Terdahulu, Nurul mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Eric Daniel Depp pada tahun 2012. Hasil perkahwinan itu mereka berdua dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.