Bila Wanita Ni Jaga Pemakanan, Ada Dua Kebaikan Diperolehinya & Sesiapa Pun Boleh Cuba!

Share

Penjagaan kesihatan dengan mengawal pengambilan makanan bukan sahaj dapat menurunkan berat badan, malah wanita ini berkongsi kisahnya di mana memperolehi manfaay yang lainnya. Jom semak perkongsian ini untuk menyuntik inspirasi.


Dah lama saya tak kena ulser. Ini sekali naik sampai empat. Bukan main sakit lagi. Sebabkan saya tak sabar nak cepat baik, saya bubuh garam. Meleleh-leleh air mata tahan pedih.

Namun posting kali ini saya bukan nak cerita pasal ulser tapi tentang sakit. Maksud saya, sakit fizikal seperti ulser, demam, cirit dll.

Untuk pengetahuan kalian, masa tahun pertama saya dalam rawatan bersama psy (major depressive disorder & anxiety disorder) saya juga disahkan menghidap GERD.

Nama panjangnya adalah Gastro Esofagus Refluks Disease. Salah satu simptom sakit ini adalah pedih ulu hati. Pedih serta rasa panas-panas gitu.

Saya tak tahu orang lain macam mana, tapi saya pernah rasa – tengah gastrik, sakit perut, sembelit, muntah dan pitam dalam satu-satu masa yang sama. Hah kau, kronik tak kronik.

Lepas beberapa tempoh saya mula jaga pemakanan dan pantang gula putih + makanan pedas, sakit GERD saya pulih dengan begitu cepat sekali. Tak sembuh sepenuhnya tapi saya dah tak perlu hadap pedih ulu hati dan gastrik lagi.

Suka saya sebutkan di sini, asbab saya jaga pemakanan saja, saya dapat dua kebaikan serentak iaitu;

1. Emosi makin stabil.
2. Makin kurang jatuh sakit.

Tahun lepas, tahun kedua saya menjalani rawatan bersama ubat psy. Ketara sangat perbezaan kesihatan saya. Dalam tempoh setahun, saya hanya demam (teruk) dua kali saja. Berbanding duluuuu, setiap bulan saya memang akan jatuh sakit.

Baru sekarang saya faham, kenapa nabi sarankan jaga perut. Bila perut terjaga, baru keseluruhan kesihatan badan juga turut terjaga, termasuklah kesihatan mental.

Ini bukan saya cakap, ini saya tengok dan dengar dari penjelasan tuan doktor Hafiz Sulaiman sendiri.

Terbaru, dalam tempoh 4 minggu ini saya sudah turun 4kg. Caranya macam mana?

Saya jenis tak paksa diri atau ‘try hard’ sangat untuk kurus.

1. Kalau dulu hadap 2 ke 3 kali minuman manis sehari, sekarang saya hanya minum sekali sehari.

2. Lawan balik minum manis dengan minum air masak paling kurang 1 liter sehari.

3. IF 12:12. Jam 8 pagi mula breakfast, berhenti makan malam sebelum jam 8 malam.

4. Brisk walk 1000 langkah selang sehari. Sambil tolak stroller.

5. Hari tak keluar brisk walk, saya tiru weight training yang senang-senang je depan tv. Anak-anak pun ikut sama.

6. Kurang makan luar, banyak masak sendiri. (Kurang ngeteh juga huhu).

Pelan-pelan. Masuk bulan kedua baru saya try potong gula terus dan brisk walk lebih banyak langkah.

Macam tu lah.

Sejenis tak rajin nak terus diet/bersenam laju-laju. Saya start sikit-sikit dari tak buat langsung.

sumber : Nazia Suhaimi