Pendidikan seksual teramatlah penting lebih-lebih lagi di zaman moden sekarang bila mana anak-anak mudah terdedah dengan pelbagai bahan dan sumber yang tidak sepatutnya di media social.
Sebagai mak ayah, kitalah yang perlu mendedahkan anak terlebih dahulu baik dan buruknya seksualiti ini. Macam mana dan bagaimana? Penulis Keibubapaan, Wan Nur Syakira kongsikan tipnya untuk panduan mak ayah.
Ramai masih tertanya-tanya, bila masa sesuai dan bagaimana nak mulakan pendidikan seksualiti untuk anak-anak.
✅Sejak umur berapa ?
Bermula dari kecil, seawal 6 bulan pun dah boleh.
✅Bagaimana nak bermula?
Ajarkan anak nama setiap anggota, kita kan mesti ajar anak yang mana tangan, telinga, kaki. Jadi, ajarkan juga nama kemaluan yang betul.
Zakar atau penis bagi lelaki, faraj atau vagina bagi perempuan.
Kenapa anggota lain, kita ajar nama yang betul, tapi alat sulit ,kita gantikan dengan nama lain seperti burung dan sebagainya? Sebab budaya dari dulu kan.
Jadi, sebagai ibu bapa yang tahu ilmu ini, kita budayakan ilmu yang betul. Pedulikanlah mereka yang ketawakan dan perlikan kita. Antara aspek penting pendidikan seksualiti dalam Islam ialah mengajarkan nama anggota kelamin anak dengan nama yang betul.
✅Bila waktu paling sesuai nak ajarkan ?
1️⃣ ini zakar.
2️⃣ Rutin pakaikan baju anak.
Di samping bacakan doa pakai baju , selitkan dan berbual dengan anak. Ulang lagi, ini nama apa, ini nama apa. Beserta fungsinya sekali.
Tangan untuk pegang barang, mata untuk tengok, kemaluan pula untuk kencing.
3️⃣ Rutin membaca buku bersama anak-anak.
Bacakan buku berkenaan pendidikan seksualiti yang mempunyai ilustrasi yang menarik untuk anak-anak. Dah banyak buku pendidikan seksualiti di pasaran sekarang.
✅Sejauh mana nak dedahkan?
Mengikut umur anak. Usia bawah 6 tahun, tekankan tentang nama anggota badan, 5 private part yang perlu dijaga, apa nak buat jika disentuh private part ini.
7 tahun ke atas, lain pula pengisiannya.
Pendidikan Seksualiti ini pembelajaran sepanjang hayat. Orang dewasa pun kena update juga ilmu tentang seksualiti sendiri , anggota badan.
✅ Organ seksual yang paling utama sebenarnya adalah otak. Apa jua yang badan lakukan pada diri, adalah dari otak yang berfikir dan melakukan yang keputusan.
Ilmu yang betul akan membantu anak-anak kita mempunyai kemampuan berfikir dan menilai dengan baik. Menilai apa yang berlaku pada badannya.
Adakah salah atau betul ?
Adakah boleh atau tidak ?
✅ Apa faedahnya bila anak didedahkan dari awal ?
1️⃣ Kurangkan risiko anak menjadi mangsa sexual grooming, cabul, liwat dan sebagainya. Sebab apa ? Sebab anak ada kemampuan bahasa dan vocab yang cukup untuk lindungi dirinya.
2️⃣ Lebih menghargai dan tahu nilai privasi yang perlu dijaga. Terapkan dalam minda anak-anak, jaga anggota badan juga satu kebaikan yang akan diberi pahala oleh Allah.
Jadi, anak lebih peka dengan apa yang orang lain buat pada dirinya dan rasa lebih termotivasi nak jaga dirinya baik-baik. Jom mula dari sekarang ya!
Wan Nur Syakira
Kita usaha, selebihnya Allah jaga.