
Amalan kunjung berkunjung di Hari Raya selain mengeratkan hubungan kekeluargaan, tidak dinafikan tradisi ini juga sebenarnya yang akan memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Raya yang diraikan.
Hakikatnya, kunjungan tetamu dari jauh atau dekat amat-amat dinantikan. Pun begitu menurut seorang ibu ini yang mempunyai anak kecil ada baiknya juga agar kunjungan tersebut tidak dibuat secara mengejut.
________________________________________________________________________
Jujurnya, rumah orang yang ada anak kecil ni, bukanlah rumah yang bersedia untuk menerima kunjungan tetamu. Apatah lagi secara mengejut.
Bersepah, tunggang-langgang, lantai tercemar, baju tak berlipat, dinding comot.
Kalau kita tetamu, kalau hati bukan jenis memahami dan berbaik sangka, tak payah lah datang. Jenis membawang, lagi lah.
Di sebalik rumah yang macam kapal karam tu, ada seorang perempuan yang macam bela saka. Bila-bila masa boleh meletup.
Baru kemas, sudah sepah balik. Dah tu, dia seorang je yang kemas pulak tu. Yang tukang sepahnya ramai. Semua kerja, harapkan dia. Baru buka mulut, kena cop asyik membebel.
Sakitnya hati!
Dulu masa Kak MJ masih bujang, berazam la konon nak jadi lain dari yang lain. Akan usaha juga rumah kemas ala English Style. Anak taknak comot. Superwoman. Konon.Pada yang masih bujang tu, good luck lah ye
Sumber : Izzati Liyana
Segarkan Udara Dalam Kereta Dengan Aroma Semulajadi. Buat Sendiri Lagi Menjimatkan!

Umumnya,setiap kereta mesti ada alat penyegar udara untuk pastikan kereta berbau harum.
Pun begitu, selain membeli apa yang ditawarkan di pasaran, kita juga boleh hasilkan sendiri pewangi dan penyegar udara untuk diletakkan di dalam kereta dengan menggunakan bahan yang sedia ada di rumah.
Nak tahu, apa bahan-bahan yang diperlukan jom semak cara mengikut petua yang dikongsikan oleh Ahmad Aizatnur Zakaria di instagramnya ini.
Ini yang perlu dilakukan.
1. Sediakan satu bekas plastik. Saya pakai bekas beli “tau fu fa”.
2. Ambil satu getah gelang. Saya ambil di dapur. Ada banyak.
3. Ambil sehelai kertas tisu di ruang tamu.
3. Satu sudu besar kopi Nescafe.
Sifat kopi memang menghilangkan bau yang kurang enak. Insyallah masalah bau yang kurang enak akan diserap oleh bau kopi yang segar aromanya.
Selain cara ini, ada bayak lagi yang boleh anda lakukan untuk pastika kereta berbau harum.
DAUN PANDAN
Simpulkan beberapa helai daun pandan dan selitkan dibaw bawah kerusi atau jika rajin, hiris daun pandan nipis-nipis dan masukkan ke dalam bekas yang sedikit terbuka penutupnya atau lebih mudah dimasukkan ke dalam uncang kain organza.
KULIT KAYU MANIS
Andai anda gemarkan bau-baun rempah, ada baiknya meletakkan beberapa batang kulit kayu manis, selain beraroma ia juga membantu menghalau lipas. Ini kerana lipas tidak suka dengan bauan tersebut.
LEMON
Sediakan dua hirisan lemon dan letakkan di dalam kereta anda. Buka sedikit tingkapnya supaya ada udara yang masuk untuk bertindak balas. Biarkan sahaja lemon dan hasilkan bau bukan sahaja hilang tetapi juga lebih harum.
LIMAU PURUT
Limau parut juga bertindak seperti lemon. Hiris dan letakkan di dalam kereta anda. Biarkan aromanya meresap pada seluruh kereta anda.
ESEN VANILA
Memilih menggunakan esen vanila juga menjadi pilihan terbaik. Caranya mudah, letakkan beberapa titisan esen vanila di dalam bekas kecil berisi air dan pastikan penutupnya mempunyai lubang kecil agar baunya boleh meresap di segenap ruang kereta.
PELEMBUT FABRIK
Gemarkan bau pelembut fabrik yang harum, oleh itu bancuh pelembut fabrik denga air dan masukkan ke dalam bekas penyembur. Tap kali sebelum memulakan perjalanan, semburkan sedikit aroma tersebut dan hasilnya memang wangi dan menyegarkan.
Biasakan Anak Dengan SOP Urus Kerja Rumah. Ibu 9 Anak Ni Kongsikan Caranya!

Mengurus anak-anak 24 jam di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini mungkin ada yang terasa memeningkan kepala.
Malah tidak kurang juga berasa letih seharian membuat kerja rumah dari pagi hingga ke malam dan sedangkan anak-anak sibuk pula menyepahkannya.
Sebenarnya hal ini seakan dapat diuruskan dengan sempurna jika kita mewujudkan SOP sepertimana yang disarankan oleh ibu anak sembilan ini.
Ini perkongsiannya.
Bukan dalam perniagaan dan sekolah sahaja diperlukan SOP, keadaan di rumah pun sama. Sepertimana kita bertegas dengan pekerja kita, begitu juga kita kena garang dengan anak-anak bila di rumah, supaya ikut SOP rumah.
Garang bukan bermaksud kita mesti nak bantai atau pukul je, tidak.. Garang tu maknanya kita bertegas dengan anak-anak supaya ikut apa yang masing-masing kena buat.

Sebab, cuba bayangkan kalau la tidak ada SOP di rumah, kaulah nak kena masak, kaulah, nak basuh kain, jemur kain, nak kumpul pinggan mangkuk kotor kemudian nak basuh, kutip mainan bersepah, angkat kain di jemuran, lipat kain, kemas rumah, sapu sampah dan segala macam jenis mak nenek kerja rumah kau kena buat. Masa tu makan pun dah tak lalu sebab dah terlalu penat.
Lepas kemas, anak buat sepah lagi dan kau kemas lagi…

Anak-anak perlu dididik dengan SOP di rumah. Waktu sedang adanya perintah kawalan pergerakan, dengan keadaan anak-anak yang celik mata sahaja terus pergi ke dapur, kemudian bergaduh dan macam-macam lagi, waktu ini memang salah satu masa yang sesuai memperkenalkan SOP di rumah.
Bangun je terus lipat selimut, kemas katil.
Terus bangun mandi, tuala sidai, baju kotor masuk bakul.
Bila semua dah mandi, kumpul semua baju tadi, minta tolong salah seorang anak masukkan dalam mesin basuh, tolong masukkan sabun dan segalanya lah lagi.
Kemudian bagi anak-anak yang dah agak besar untuk sidai.
Lepas makan, masing-masing letak pinggan mangkuk di sinki. Yang sudah besar, boleh terus basuh, yang kecil, anak-anak besar bagi setelkan.
Macam-macam lagi kerja rumah yang perlu diajar pada anak-anak untuk buat. Dua-dua anak lelaki dan perempuan perlu diajar buat kerja atau ikut SOP rumah.
Mula umur 2 tahun pun dah boleh ajar dah. Memang tak semua yang dia boleh buat, cuma sekurang-kurangnya dia dapat tengok dan tahu apa yang perlu dan tak perlu buat. Letak kain di bakul, buang sampah di tong sampah, kutip mainan.

Jadi apabila umur sampai pada 7 tahun, sekurang-kurangnya sudah boleh basuh pinggan atau cawan sendiri di sinki. Anak 9 tahun dah boleh tolong sidai kain, tolong jaga adik, tolong kemaskan lantai dengan mainan bersepah.
Anak 12 tahun dah boleh siang ikan, goreng keropok di dapur, dah uruskan kain, dah boleh gosok baju sekolah sendiri, mopkan lantai dan macam-macam lagi. Sesetengah tu yang mama fatim pernah dengar, siap boleh tolong basuhkan berak adik yang berumur setahun .
Anak-anak lelaki juga diajar dengan perkara yang sama. Tak ada istilah kerja rumah ni untuk anak-anak perempuan je. Takkan lah anak-anak perempuan buat kerja rumah, anak lelaki dibiarkan bermain je.
Cuma kita kena sentiasa bagi reminder kat diaorang.
Mak-mak, kita buat begini bukan maksudnya kita tak sayang anak. Kita buat begini supaya tak adalah kita terlalu terbeban dengan kerja rumah tangga dan pada masa yang sama kita nak didik anak berdikari dan tahu buat kerja. Satu hari nanti kita pasti tua dan tak ada tenaga.
Sebab nanti bila kita dah tak berdaya, anak-anak pula sudah besar dah umur puluh-puluh tahun, jangan pulak kita masih lagi membasuh dan melipat kain mereka, masih lagi menghidangkan makanan, menyendukkan nasi ke dalam pinggan mereka.
Sebab tu lah jangan pelik bila mak-mak kita dulu kadangkala suka berleter bila kita bermalas-malasan, dia nak suruh kita jadi rajin dan berdikari. Percayalah..
Dah jadi mak baru kita faham kan?
~mama fatim
Mummy 9 anak
sumber : Juriah H Mazlan
Batuk Tanpa Henti Tiga Bulan, Ezzaty Abdullah Masuk Hospital Ada Masalah Bahagian Paru-Paru

Seorang ibu atau isteri umpama tunggak sebuah keluarga. Jika ibu jatuh sakit maka ia sedikit sebanyak pasti akan memberi impak pada urusan keluarga.
Justeru wanita yang bergelar ibu perlu mengutamakan kesihatan diri dalam kesibukan melunaskan tanggungjawab menguruskan anak-anak dan suami. Jika mengalami simptom-simptom tidak sihat, segeralah ke klinik atau hospital untuk melakukan pemeriksaan lanjut.
Pelakon Ezzaty Abdullah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kota Damansara, Selangor pada Isnin lalu bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan susulan selepas mengalami batuk sejak tiga bulan lalu.
Berkongsi perkara tersebut, suami kepada Ezzaty iaitu Azwan Kombos memaklumkan doktor telah menjalankan pemeriksaan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) pada bahagian paru-paru dan masih menunggu jawapan pakar bagi mengetahui punca sebenar masalah tersebut.
“Sebelum ini pernah lakukan pemeriksaan X-ray dan diberitahu ada masalah di bahagian paru-paru.Hari Selasa doktor telah lakukan ujian CT scan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
“Sebenarnya sudah hampir tiga bulan dia mengalami batuk tanpa henti. Tiada sebarang masalah lain seperti demam atau sebagainya namun disebabkan komitmen kerja barulah sekarang dapat berjumpa pakar.
“Memang kasihan melihat dia menahan sakit sehingga menggangu aktiviti harian,” katanya ketika memberitahu mStar.
Terdahulu, Ezzaty berkongsi foto dia berada di hospital berkenaan menerusi hantaran di Instastory miliknya.
Sementara itu, Azwan memaklumkan isterinya itu pernah mengalami masalah sama ketika masih kecil dahulu, malah lebih teruk apabila setahun mengalami batuk.
“Dia pernah beritahu mengalami masalah sama ketika kecil dahulu. Tak sangka pula pada usia sekarang ini ia terjadi lagi. Kami ingatkan hanya batuk biasa.
“Saya ada menemani dia ketika melakukan ujian CT scan. Keadaannya memang agak lemah. Pihak hospital juga mendapati terdapat lendir pada bahagian paru-paru dan telah dikeluarkan.
“Buat masa sekarang, dia diberikan rawatan antibiotik. Untuk rawatan selanjutnya bergantung kepada keputusan CT scan yang akan dikeluarkan nanti,” ujarnya.
Apa pun kita menantikan keputusan pemeriksaan CT scan kelak dan didoakan semoga Ezzaty dipermudah urusan dan dikurniakan kesembuhan.
Sumber: mStar
Sementara itu menurut Dr Nur Syuhada Zulkifli seperti dipetik di doctoroncall.com gejala batuk berpanjangan yang dialami oleh seseorang boleh disebabkan:
- Penyakit asma – asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) – asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Penyakit tibi – tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
Dr Nur Syuhada menyarankan pesakit supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di SINI