Bila Tanam Susah Nak Hidup, Bila Hidup Pendek ‘Umurnya’, Pekebun Ini Tunjuk Penjagaan Pokok Kesum Supaya Panjang Jangka Hayatnya!

Share

Petua untuk menanam pokok kesum sentiasa mendapat perhatian ramai. Maklumlah pokok ini adalah antara tanaman yang sukar subur dan jangka hayatnya sekejap sahaja. Paling biasa berlaku, tanam pokok tapi tak jadi subur. 

Namun bagi pekebun yang menanam tanaman ini sebagai sumber pendapatan pastinya ada petua tersendiri untuk memastikan tanaman sentiasa subur merimbun dan jangka hayatnya pun panjang. 

Tentu ada rahsianya! Sebagaimana perkongsian seorang pekebun yang sudah enam tahun melakukan penjagaan pokok kesum dengan cara mencantas pada waktu tertentu agar pokok tumbuh subur. 

Rupanya ini rahsianya, cantas pokok kesum waktu mula nak berbunga.

Di sini saya nak kongsikan cara saya menjaga pokok kesom supaya ia sentiasa subur dan panjang jangka hayatnya. Selalunya bila nak tanam pokok ni susah betul nak hidup, bila dah hidup pendek pulak umurnya.

Ini pengalaman saya hampir 6 tahun menjaga pokok kesom ni dari mula tanam sampailah ke hari ini.

Asalnya tanam dalam 3 rumpun kecil sahaja, sekarang dah merebak menjadi rumpun yang besar.

Ini cara penjagaan pokok kesum agar sentiasa subur.

1.Bila pokok kesom dah hampir mengeluarkan bunganya, menandakan pokok sudah matang dan dah tua. Jika di biarkan berterusan lama kelamaan ia akan mati.

2. Sebaiknya bila dah mula nak berbunga, kerat atau cantas. Tinggalkan sejengkal atau dua jengkal dari aras tanah.

Selepas di kerat/cantas….

3. Lepas tu tambah sedikit tanah pada rumpun pokok dan beri baja organik dahulu.

Waktu siram kena pagi dan petang, 2 kali!

4. Kena sentiasa siram pagi dan petang. Pada masa ini penyiraman sangat penting agar tanah sentiasa lembab. Jika tanah selalu kering, pokok akan terus mati pulak. Ingat ya pesanan ni 

Jangan lupa letak baja!

5. Bila dah nampak pokok mula mengeluarkan pucuk baru, berilah baja kopi ataupun baja NPK Hijau 15:15:15. In syaa Allah pokok kesom akan menjadi pokok baru semula.

Lebih kurang 10 hari selepas di kerat/cantas. Pokok dah mula berpucuk baru semula…. Masa ini dh boleh beri baja kopi atau baja NPK Hijau 15:15:15.

5. Tanam atas tanah sahaja. Pokok kesom baru tumbuh dan menjadi pokok baru semula setelah di kerat/cantas..

6. Tanam dalam kotak polysterin pun sama juga penjagaannya macam tanam atas tanah… Sebelum di kerat/cantas. Tebuk bahagia tepi sahaja. Dasar tak tebuk. Ia bertujuan supaya ada sedikit air bertakung bersama tanah dlm polysterin tu..

Info: Tanam dalam kotak polysterin tu ada air+ tanah. In syaaAllah boleh tahan dalam 4 hari tak siram. Jika atas tanah tengok keadaan cuaca juga.

Inilah kitaran yg kita kena buat utk pastikan pokok kesum sentiasa subur dan panjang jangka hayatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Ibrisam WossaliKe