Bila Suhu Badan Anak Demam Makin Tinggi. Ini Antara Tanda Jangkitan Influenza Yang Kena Tahu. Doktor Ini Jelaskan Cara Nak Elak Virus Ini

Share

Bahaya jika anak menghadapi serangan penyakit berjangkit. Lebih menakutkan apabila serangan itu, diikuti dengan demam dan selesema yang boleh menjejaskan kesihatan anak itu. Malah jika tidak dikawal boleh membahayakan nyawa sehingga membawa maut termasuk jangkitan virus Influenza. Sebagaimana perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad ini yang memberi panduan bagaimana mengelak serangan jangkitan ini berlaku.

 

Anak rakan saya baru saja dimasukkan ke dalam wad unit rawatan rapi akibat jangkitan virus Influenza.

Anak itu sedang berjuang untuk terus hidup dengan mesin bantuan pernafasan.

kini semakin ramai kanak-kanak yang dijangkiti dengan jangkitan virus ini. Terdapat 3 jenis virus Influenza iaitu A, B dan C . Virus influenza A adalah yang paling ganas. Virus-virus ini tersebar melalui udara, (sama ada dengan batuk, selsema) atau sentuhan tangan.

Jangkitan virus ini hanya dapat dikesan setelah beberapa hari jangkitan berlaku.

Biasanya jangkitan influenza ini bermula dengan demam selsema walaupun mereka masih aktif (masih berlari dan melompat seperti kanak-kanak sihat). Mereka makan seperti biasa.

Apabila demam semakin tinggi, ( melebihi 40 darjah Celsius) selalunya mereka mulai tidak aktif. Terbaring dan tidak ada selera untuk makan.

Kadang kala walaupun diberikan ubat demam, suhunya masih tinggi. Keadaan batuk selsema semakin teruk. Batuk kuat, hidung tersumbat, mata merah, badan berasa sakit dan lenguh, dan tekak menjadi sakit.

Jangkitan virus Influenza sebenarnya tidak merbahaya dan boleh baik sendiri (self limiting disease). Namun bagi sesetengah kanak-kanak yang tidak bernasib baik, jangkitan boleh membawa maut.

Kanak-kanak yang berisiko tinggi adalah kanak-kanak yang berusia di bawah 5 tahun (terutama yang berusia 2 tahun ke bawah). Mereka berada bersama rakan-rakan yang lain di TASKA dan TADIKA. Selalunya kanak-kanak yang dehidrasi, terlalu penat dengan aktiviti fizikal dan bersentuhan dengan kanak-kanak lain yang telah dijangkiti virus influenza.

Saya mencadangkan agar:

1. Ajar anak kita membasuh tangan dengan betul menggunakan air dan sabun. Gosok di celah-celah jari dan ambil masa sekurang-kurangnya 2-3 minit untuk membasuh tangan dengan air yg secukupnya tanpa membazir.

2. Ajar mereka menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin dengan tisu. Jika gunakan tangan, cuci tangan segera.

3. Jangan baea anak ke tempat yang sesak seperti pasaraya, keramaian dan pusat tumpuan orang. Tak perlu bawa anak ke hospital untuk melawat mereka yg sakit.

4. Pakai penutup muka jika memasuki kawasan yg disyaki dijangkiti virus influenza.

5. Minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.

6. Amalkan pemakanan yang sihat bg mendapat nutrisi penting bagi meningkatkan daya tahan, terutama vitamin C, E dan A.

Saya tidak memaksa untuk membeli mana2 suplemen. Yang penting pastikan berikan makanan yg seimbang.