Asam pedas ini memang menjadi kegemaran ramai. Jika mahu menikmati menu ini jadi lebih enak dan sedap, apa kata cuba resipi asam pedas Johor ini.
Resipi ini dikongsikan oleh puan Nor Khomariah Norrohman. Menurutnya, resipinya diprolehi daripada suaminya. Malah ada cara untuk mengelak pari berbau kurang enak. Untuk ibu-ibu yang tak ada idea lagi nak masak apa minggu ni boleh cuba resipi ini.
Selamat mencuba!
Asam pedas Johor. Suami org johor sy org terengganu, mmg saya tak pernah masak lauk ni sebelum nie, makang pom jarang2, bl dh kahwin menu ni sekurang2 nya seminggu sekali, tp suami Yang masak, sebab saya msk asam pedas xsesedap dia masak.. Hah nie pes dia buat siap2, saya msk guna pes dia buat je.. Asam pedas ikang pari lah hr nie.. Sebelum beli pari pastikan cium dulu pari tu ye, kalau ada bau hancing jgn beli, setakat ni alhamdulillah beli pari xpernah lg yg hancing, xpyh segan2 nk cium dulu, cium bau je kot
Ads
Updte Rasepi
Ads
Yang ni rasepi suami sy ajar, lain org lain cara Dan bahan2 kot.. Sy buat ikt rasepi nie.. RASEPI ASAM PEDAS PARI BAHAN-BAHAN: 1 kg Ikan Pari 20 tangkai @cili kering direbus * 5 ulas bawang merah* 1 Biji Bawang Besar* 3 ulas bawang putih* 2 inci kunyit hidup* 2 inci halia* Sedikit belacan* 1 sudu lada hitam ( ditumbuk) 10 tangkai daun kesum Bendi ( terpulang nk byk mana) 1 batang bunga kantan ( belah 2 ) 1 cawan air asam jawa Minyak untuk menumis Air secukuonya Cara2nya 1. Kisar bahan Yang bertanda * Panaskan minyak ( minyak kena lebih ye ) dan tumis bahan-bahan yg dikisar sehingga pecah minyak serta naik bau,,biar betul2 pecah minyak ye.. 2. Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bunga kantan, lepas tu masukkan ikn pari, tambah air secukupnya, asam pedas johor jgn cair ye biar pekat2 sikit, tp jgn pekat sngt, agak2 lah ye… 3. Kemudian tambahkan garam, gula dan sedikit bahan perasa, kecikkan api, biarkan reneh sehingga ikan pari msk, last masukkan bendi, xpayah Lama sngt nanti bendi lembek. .dh agak2 lembut bendi blh tutup api. ..Dan sedia dihidangkan.
Ads
Kredit Nor Khomariah Norrohman
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nasi goreng kampung diakui memang menjadi kegemaran ramai dan menjadi antara pilihan menu popular mak-mak menyediakan sarapan bila ada lebihan nasi. Bahkan jika kita rasa buntu nak order apa ketika makan di restoran sekali pun, akhirnya pasti kita akan membuat pilihan untuk makan Nasi Goreng Kampung.
Maklumlah mudah dalam nasi goreng kampung ada nasi dan sayur! Tak perlu fikir nak menu lain untuk lengkapkan hidangan yang dimakan.
Bercerita tentang keenakan rasa nasi goreng kampung pula selain rasanya pedas dengan gabungan bahan seperti cili padi, ikan bilis, kangkong dan belacan yang sempurna menjadikan menu ini mempunyai rasa yang membuatkan kita makan berselera. Ditambah pula jika ada secawan kopi O, makan tak pandang kiri kanan jadinya!
Jadi jom kita buat Nasi Goreng Kampung ikut perkongsian resipi daripada Umi Watie
Kemudian baki minyak tadi kita tumiskan 1 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 5 batang cili api yang telah dicincang menggunakan chopper. Lepas tu bubuh belacan sebesar separuh bola pinpong.
3. Kemudian masukkan ½ cawan isi ayam.
4.Bila semua bahan sudah sebati, masukkan telur ayam.
5.Perasakan dengan garam sesedap rasa.
6.Masukkan nasi sejuk 4 cawan. Peroikan dulu nasi kita tu. Kalau boleh guna nasi semalam yang tak habis. Baru nasi elok tak melekat.
7.Lagi satu wajibun juga bubuh kangkung, barulah terasa kampung lebih. Tak bubuh kangkung kira nasi goreng kita gagal. Gaulkan sebati, matikan api.
Tadaaa dah siap, jom ajak anak dan suami makan. Kalau rajin tapaukan sepiring buat jiran. Selamat menjamu selera.
Kuih lapis antara makanan yang sering menjadi sarapan setiap waktu pagi. Ada juga yang menyediakan untuk minum petang.
Biasanya kita akan membelinya di kedai. Namun sebenarnya untuk membuat kuih ini amat mudah. Banyak resipi mengenai kuih ini yang sering dikongsi ramai.
Menariknya resipi ini mudah dan menjadi resipi untuk wanita ini berniaga pada hujung minggu. Bergelar peniaga tentu kualiti kuih dijaga terutama aspke rasa dan kelembutan kuih itu.
Nak tahu resipi wanita ini, ikuti perkongsian ini.
Dalam banyak-banyak resepi,resepi yang ni paling sedap..kuih lapis lembut sangat tapi kejadiannya cantik
Resepi kuih lapis
2 cawan tepung beras
3 sudu tepung gandum
3 sudu tepung jagung
1 cawan santan kotak kara
3 cawan air
3/4 cawan gula (dah sedap,sapa suka manis boleh buat 1 cawan)
garam sikit
Sebatikan semua bahan kat atas n tapis n start la melapis.. 1 lapisan sy kukus 10 minit je,lapisan akhir sy buat 20 minit,pastu buka penutup kukus n kukus sekejap sampai kering air kat permukaan kuih…siappp
lapisan putih boleh tambah garam sikit bg rasa lemak2
Lapisan merah guna sirap ros je.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.