Sejak akhir-akhir ini, isu curang menjadi trending di media sosial. Pelbagai kisah yang tidak sedap didengar sehingga meruntuhkan rumah tangga.

Pelakon jelita Rozita Che Wan terkesan mengenai isu berkenaan turut berkongsi pandangannya menerusi laman Tiktoknya.

Rozita Che Wan atau juga dikenali sebagai Che Ta berkongsi nasihat kepada para wanita supaya tidak mencampuri urusan rumah tangga orang.

Kata Che Ta, kalau ada lelaki berkahwin yang nak mengadu masalah rumah tangga, jangan ambil peduli.

Ads

Katanya ia taktik lelaki itu untuk menggatal dengan gadis-gadis.

“Kalau ada suami orang nak mengadu masalah rumah tangganya. Tak perlu dengar. Dia bukan nak mengadu masalah tapi hendak menggatal!”

Nasihatnya lagi, tak perlu kesian kepada lelaki berkenaan tentang masalah rumah tangganya. Sebaliknya elak daripada mempunyai
hubungan dengan suami orang.

Ads

Bila Suami Orang Mengadu Masalah Rumah Tangga, Jangan Dengar. Dia Nak Menggatal!- Che Ta

“Tak perlu selamatkan rumah tangga lelaki itu, tetapi selamatkan diri sendiri.”

“Kalau jumpa suami orang dengan ular, ketuk dulu suami orang tu dulu. Itu semua punca.”

Ads

“Kalau tak nak ada hubungan dengan lelaki orang, elak dari awal lagi…”

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong perkongsian pelakon berusia 51 tahun itu. Antara komen yang menarik antaranya

Sumber: TikTok Rozita Che Wan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI