Bila berdepan dengan tombol pintu rumah yang telah rosak tentu kita ingin cuba gantikan yang baharu. Namun bila dilihat skrew yang ingin dibuka sudah berkarat dan hingga ada yang tidak lagi mempunyai bunga skrew dan ini pastinya menyukarkan anda untuk membuka skrew tersebut.
Puas dipusing-pusing skrew tersebut, namun tidak juga berhasil. Pun begitu jangan putus asa. Sebenarnya ada cara mudah yang boleh anda lakukan dengan menggunakan satu getah sahaja untuk selesai masalah.
Ini seperti mana perkongsian video oleh @jason_jezi di aplikasi TikTok yang berjaya mencuri tumpuan hingga 220 ribu tontonan.
Satu Getah Settle Masalah Skrew
Langkah 1 : Ambil getah dan letakkan di tengah-tengah lubang skrew.
Langkah 2 : Pusingkan screwdriver seperti biasa. Jika ada getah yang lebih tebal adalah lebih baik.
Ads
Langkah 3 : Siap
Untuk lebih jelas boleh tonton video yang dikongsikan ini
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Ibu bapa mana yang tidak bimbang setelah tularnya di facebook dan grup WhatApps bilamana anak-anak kecil berpakaian sekolah sedang menikmati gula-gula yang mengeluarkan asap apabila dimasukkan ke dalam mulut.
Menurut apa yang dilaporkan di Sinar Harian, video yang viral memeperlihatkan lagak kanak-kanak menikmati gula-gula yang dikenali sebagai ‘Smoke Candy’ atau ‘Smoke Ghost’ dipercayai dijual kepada kanak-kanak di luar sekolah dengan harga 50 sen sepaket.
Atas sebab kebimbangan ini, turut mendapat reaksi tegas daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mana mahu penjualan gula-gula ‘Ghost Smoke’ dihentikan segera.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada masa yang sama meminta ibu bapa meningkatkan pemantauan ke atas anak masing-masing.
“Saya tidak mahu perkara ini menjadi penyakit masyarakat yang menular dalam kalangan kanak-kanak dari kecil lagi,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai ‘Ghost Smoke’ selepas majlis Siri Wacana Sri Satria di sini hari ini.
Selain itu, Pusat Racun Negara juga memberi reaksi dan turut memberi pesanan buat kita bersama untuk tangani gejala ini dari terus berleluasa.
Ini perkongsiannya:
Baru-baru ini tular tentang satu gula-gula dengan jenama GHOST SMOKE yang boleh mengeluar asap/wap seperti vape. Gula-gula tersebut pula dihisap oleh kanak-kanak sekolah rendah yang menggayakan seperti sedang menghisap vape.
Sememangnya wajar untuk para ibu bapa dan semua ahli masyarakat untuk bimbang dengan kewujudan produk-produk seumpama ini. Walaupun kandungannya belum dapat diketahui sama ada mengandungi bahan yang membahayakan atau tidak. Namun, masalah yang lebih besar lagi disini adalah cara produk ini diambil adalah sama seperti amalan menghisap vape.
Sekiranya dibiarkan, sudah pasti kanak-kanak ini akan terbiasa dengan tingkah laku yang cenderung untuk menghisap vape. Malahan lebih teruk lagi, jika mereka akhirnya terjebak dalam gejala merokok pula.
Sudahlah perokok dewasa telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada kanak-kanak di sekeliling mereka dengan merokok di khalayak ramai. Ditambah dengan kemudahan mendapatkan produk-produk seperti ini akan menyebabkan lebih ramai bakal perokok atau penghisap vape yang akan wujud pada masa akan datang.
Produk-produk seumpama ini akan sentiasa muncul dalam pasaran dari semasa ke semasa. Justeru, pesanan kami dari Pusat Racun Negara:
? Kepada para ibubapa, sentiasa pantau tingkah laku dan pembelian anak-anak anda. Beri kesedaran dan pemahaman kepada mereka mengapa produk ini perlu dielakkan.
? Kepada peniaga-peniaga diluar sana, janganlah dikejar keuntungan yang sedikit sehingga sanggup menjual produk yang tidak bermanfaat dan boleh memudaratkan pengguna.
? Kepada pihak sekolah dan PIBG sekolah, mungkin boleh diadakan pemantauan di kedai-kedai berdekatan sekolah.
? Kepada pihak berkuasa yang berkaitan, sudah pasti perlu ambil tindakan susulan untuk aduan dan kewujudan produk seumpama ini.
Sekiranya tiada permintaan sudah pasti tiada pasaran. Kuasa terbesar untuk menghentikan wujudnya produk-produk seumpama ini adalah ditangan pengguna itu sendiri.
Siapa yang mahu anak mereka menjadi perokok atau penagih vape? Hatta perokok sendiri tidak mahu generasi mereka seterusnya menjadi penagih rokok atau vape. Bertindaklah dari sekarang.
sumber : Sinar Harian & Pusat Racun Negara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Teh tarik antara minuman kegemaran ramai. Rasa teh bersusu yang manis dan lemak berkrim memang padu. Bagi penggemar teh tarik, restoran mamak antara port terbaik nak layan teh tyarik kan.
Apa kata belajar buat sendiri sahaja. Tetapi resipi yang dikongsikan ini lain sedikit dari teh tarik biasa. Nak tahu caranya jom tengok perkongsian resipi dari Afy AL HabibiTeh Pakistan Mashyur tumpang lalu ni. Nampak sedap yakmat tak? Sesuai buat hidangan minum petang. Tengoklah gambar sampai habis. Ramai sungguh peminatnya sejak cikgu kongsi dekat laman sendiri.
Nama Pakistan tu cikgu letak sebab resepi ini dari tauke karpet Pakistan sendiri, tempat adik bekerja dulu. Langsung tak sama dengan teh tarik biasa sebab ada teknik penyediaan tersendiri.
Ada cikgu pecahkan rahsianya.
Baca sampai habis tanpa tinggal satu pun langkah cikgu bagitahu.
Bahan-bahan:Ini bahan-bahan utama:
Rahsia pertama teh ini sedap sebab cikgu guna teh wangi.
– 7 uncang teh wangi ros : koyakkan setiap uncang.
( kalau kat Kelantan cikgu akan guna teh timbang wangi je)
– Air satu jug kecil (lebih kurang 1 liter)
– 50 ml susu segar (tiada dalam gambar)
*nak sedap guna susu full cream goodday*
– Susu 1/5 tin (tambah @kurangkan ikut kuantiti air)
– Untuk melemakkan rasa teh & memberi kelainan rasa, tambah secubit dua gara
Rahsia seterusnya :Teh tadi perlu dididihkan atas dapur. Ada perbezaan ya kacau dengan air panas biasa.
Masukkan kesemua bahan tadi dalam periuk. Panaskan dalam api perlahan. Masak sehingga teh bertukar warna dan kembang.
Kacau sesekali.
*boleh adjust rasa susunya*
Tutup api selepas teh betul-betul mendidih@ cikgu besarkan sekejap api lalu terus ditutup.
Cikgu suka tapis dengan penapis teh kain.
Rahsia penting seterusnya. Tarik air teh yang ditapis tadi sampai berbuih.Syokkkk. Segelas Teh Pakistan Mashyur sedia dihirup ketika air teh masih panas suam. Bagi cikgu, teh yang sedap ialah dikurangkan manisnya. Tanpa dicampur gula secara langsung. Kowwww. Wangi Lemak. Manis-manis buah. Terbaikkk
Bila sebut bab kerja-kerja dapur, pasti ibu-ibu tak lepas dari masalah kotoran, minyak dan sebagainya. Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan dapur, apa kata ibu-ibu cuba tip yang dikongsikan oleh puan Yatie Eimra ini.
Bukan jer bantu hilangkan kesan minyak dan bau hanyir, malah homemade spray ini juga boleh bantu tanggalkan karat. Jom cuba!
Sebelum ni saya pernah share pasal homemade spray serbaguna untuk halau semut.. Baru² ni ada kawan tanya apa lagi kegunaan spray ni.. Jadi kali ni saya nak share kegunaan spray ni untuk memudahkan kerja² kat dapur.. Selain bersihkan dapur, saya gak gunakan spray ni untuk..
◾ Hilangkan bau hanyir Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & sinki dengan spray ni untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa
◾ Mudah tanggalkan kesan minyak Bila basuh bekas² makanan yang berminyak ni, penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.
◾ Masa baking – nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi ler.. Boleh spray kan pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun 😄
◾ Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak. Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan² minyak tu akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit², melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum). Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.
◾ Bersihkan blender & tanggalkan karat pada mata blender. Yang suka buat kek guna blender tu, elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan 😅 Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak.. Tapi kena rendam kejap la.. Jangan terus basuh lak.
◾ Bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik. Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah²). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.
Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Saya ada 3 botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah/spray langsir bila bau asap & juga untuk toilet. Untuk spray langsir & toilet tu saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi. 😄
Kalau nak buat dalam kuantiti banyak macam saya ni boleh guna sukatan ni..
1½ cawan cuka 7½ cawan air 4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)
Cara membuat:
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
*pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak
*spray ni gak boleh digunakan untuk bersihkan tong sampah atau kurangkan bau hancing. Salah seorang kawan yang ada kedai makan gunakan spray ni untuk toilet kedai makan dia untuk elakkan bau ‘semerbak’ 😅
*kalau setakat spray untuk kurangkan bau² toilet yang tak diingini, taknak letak sabun pencuci pinggan pun takpe. Boleh je guna cuka+air je. Tapi kalau nak jadikan sebagai spray multipurpose (kot nak basuh sinki, kilatkan paip, tile dll) sabun tu bertindak sebagai pencuci yang lembut (sebab tu tak rosakkan permukaan perabot) & kuatkan fungsi cuka. Nak guna sabun mandi pun boleh.. Tapi jangan guna sabun pencuci yang kuat sebab sesetengah sabun ada bahan aktif yang boleh bertindakbalas dengan cuka.