Susulan kejadian kesesakan yang berlaku di plaza tol berkaitan penggunaan RFID yang mengalami pelbagai masalah dalam mengesan tag, diakui membuatkan pengguna tidak berpuas hati dan merungut.
Apa tidaknya, kesesakan tersebut cukup dirasai pada awal pagi hingga menyebabkan ramai yang terlewat masuk kerja, lambat menghantar anak-anak ke sekolah dan begitu juga berdepan masalah yang sama pada waktu puncak dan sekali gus menjejaskan jadual harian hingga menyebabkan kelewatan berbanding sebelumnya.
Sehubungan dengan itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan semula lorong SmartTAG yang sebelum ini ditutup di beberapa plaza tol kendalian syarikat itu susulan pelaksanaan pembayaran tol menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
Ini sebagaimana memetik laporan berita di Berita Harian.
Difahamkan itu antara langkah PLUS bagi mengatasi isu berbangkit berkaitan penggunaan RFID di plaza tol, selain meningkatkan kepantasan pengesanan serta menggantikan tag RFID yang rosak secara percuma.
19 Lorong SmartTAG Di 16 Plaza Tol Dibuka Semula
PLUS dalam satu kenyataan berkata, pengaktifan semula lorong SmartTAG itu dilaksanakan bagi mengatasi beberapa isu dan rungutan dibangkitkan pelanggan SmartTAG dan pengurusan trafik yang berdepan kesulitan apabila lorong SmartTAG ditutup di plaza tol berkenaan.
Sehubungan itu, katanya, PLUS akan mengembalikan semula 19 lorong SmartTAG di 16 plaza tol sebelum Selasa depan, khususnya menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.
“PLUS komited untuk mengembalikan semula 19 lorong SmartTAG di 16 plaza tol sebelum 25 Januari depan untuk kelancaran trafik sempena Perayaan Tahun Baharu Cina.
“Selepas perayaan ini, iaitu pada pada 19 Februari depan, 24 lorong SmartTAG akan diaktifkan di 18 plaza tol,” katanya.
Selesaikan Rungutan
Terdahulu, PLUS memaklumkan langkah itu antara usahanya menyelesaikan rungutan orang ramai yang dibangkitkan dalam pertemuan antara pengurusan tertinggi PLUS dengan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Mohd Shuhaimi Hassan.
Mengulas lanjut, PLUS turut menempatkan Pembantu Khidmat Pelanggan di semua 158 lorong RFID di 74 plaza tol kendaliannya untuk memberi bantuan kepada pelanggan RFID yang berdepan masalah, dengan menggunakan Peranti Pengesan Mudah Alih.
Jamin Tingkatkan Sistem RFID
Selain itu, PLUS memberi jaminan akan meningkatkan sistem RFID dan meningkatkan kadar pengesanan tag RFID di plaza tol bagi membolehkan kenderaan melalui lorong RFID dengan lebih pantas.
“Palang tol berganda yang lebih pantas akan dipasang di plaza tol dengan jumlah trafik yang tinggi bagi memastikan kenderaan dapat melalui lorong RFID dengan lebih pantas.
“Lokasi zon pengesanan RFID akan ditandakan pada permukaan jalan bagi membolehkan pengguna memastikan kedudukan kenderaan mereka dengan lebih baik dalam meningkatkan kadar pengesanan yang lebih tinggi ketika melalui lorong RFID,” katanya.
Dalam perkembangan sama, pembantu khidmat pelanggan PLUS akan memberi kupon Touch N Go kepada pelanggan yang mengalami masalah pengesanan RFID di lebuh raya PLUS.
Katanya, pelanggan boleh terus ke mana-mana 24 Pusat Pemasangan Tag RFID di lebuh raya PLUS atau 35 lagi lokasi di luar lebuh raya itu untuk pemeriksaan.
“Jika tag didapati rosak, pihak Touch N Go akan menggantikan tag itu secara PERCUMA.
“PLUS akan terus bekerjasama dengan Touch N Go untuk meningkatkan bilangan pusat pemasangan RFID bagi memastikan pemasangan tag yang betul oleh ejen pemasangan yang terlatih,” katanya.
Sumber : Berita Harian
Jom saksikan video menarik Cabaran Pegang Ular, Berani Ke? dari adik-adik BK kita ni.
Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Lagi video menarik!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club