Bila Semua Dah Nak Pergi Beraya Tapi Isteri Baru Bersiap. En Suami Jangan Tahu Tak Puas Hati Je, Ada Sebabnya!

Share

Senario isteri selalu dikatakan lambat bersiap untuk pergi ke mana-mana hatta hendak berkunjung ke rumah sanak saudara untuk berhari raya sering juga mengundang rasa tidak puas hati dikalangan lelaki bergelar suami.

Benar,memanglah penantian itu suatu penyiksaan. Tapi pernah atau tidak encik suami terfikir sebab apa isteri boleh menjadi orang yang terakhir bersiap dan sekali gus menjadikan seakan seorang isteri itu lambat bersiap.

Hal yang sama juga ingin dikongsikan oleh seorang ibu ini berkenaan senario ini. Jom semak apa katanya.

Perempuan selalu dahulukan anak dan suami. Betul. Tapi, suami dengan sempoinya…

“Yang, tak siap lagi? Abang tinggal jelah, pergi dengan anak-anak”, kata suami, walaupun dengan nada gurau, hatiku dirundung pilu.

Aku tak jawab. Dalam hati amboi, takkan tak nampak.

Dari tadi iron baju, mak.
Dari tadi jahit baju anak, mak.
Dari tadi, siapkan anak pakai baju comel-comel sedondon, mak.

Orang lelaki cakap, “pakailah apapun, janji elok”.

Perempuan gembira dia bukan kepalang, satu keluarga pakai baju sama atau lebih kurang sama, raikanlah. Bukan selalu. Setahun sekali saja.

Bukan apa, kalau orang tanya senang nak jawab. “Yang baju purple tu semua anak saya”. Gitu.

Perempuan mesti nak pastikan anak-anak dan suami tampil kemas. Kalau comot, suami juga malu. Raikanlah. Raikanlah. Bukan selalu pun. Setahun sekali saja.

Kalau nampak isteri kalut siapkan anak, suami chill. Kemudian bagitahu,

“Yang, takpa take your time. Abang tunggu. Bagi semua elok baju siap cantik, tudung muncung cantik, baru keluar”.

Pasal, kalau baju dia tak sempat iron, tudung dia muncung tak jadi pasal iron tak betul, dia boleh muncung sepanjang hari.

Amacam, lelaki? Nak beraya dengan happy atau tengok isteri moody?

Nota: Dengan Dhuha, sama tapi tak serupa. Bolehlah sedondon. Muncung tudung pun boleh tahan. Mak gembira sepanjang hari.

 

sumber : Nurul Ilyani