Bila Semak Kerja Sekolah Anak, Gelagat Rita Rudaini Buat Ramai Terhibur!

Share

Buat peminat pelakon jelita Rita Rudaini, tentunya apabila menjengah ke akaun Tiktok miliknya boleh kita tersenyum sendiri bila melihat  video yang satu ini. Ia  dimuatnaik oleh Rita ketika menyemak kerja sekolah anaknya Airit Rayyan Rizqin.

Jangan Tulis Apa Yang Mummy Selalu Sebut

Video berkenaan yang telah di’pinned’, kini mencecah jumlah tontonan sebanyak, 2.1M  dan menerima tanda suka hingga melebihi 100 ribu daripada netizen. Apa yang dapat dilihat di dalam video tersebut, didapati Rita sedang menyemak kerja sekolah yang dilakukan oleh anaknya, Rayyan.

Namun, yang menarik perhatian adalah apabila Rita membaca ayat yang ditulis oleh Rayyan itu untuk subjek Bahasa Melayu

.

“Ayat Rayyan macam kureng”-ujar Rita

“Seorang perempuan sedang menyisir rambut dengan menggunakan sikat supaya rambutnya tidak berterabur, Rayyan apa itu terabur, cikgu pernah ajar ke ayat berterabur?”-tanya Rita

“Mummy selalu cakap ayat tu”-jawab Rayyan

“Itu Mummy yang cakap, kenapa Rayyan suka ikut apa yang Mummy cakap”-kata Rita

Rata-rata di ruangan komen, netizen terhibur mengenai ayat tersebut. Ada juga di antara mereka berkongsi pengalaman di mana turut pernah mengalami keadaan begitu kerana anak-anak  menulis ayat yang sering digunakan ketika di rumah.

@ritarhdpvuv 🫢🫢 #fyp #fypシ #xybc ♬ bunyi asal – RITA RUDAINI🗣

“Ingat masa kecik-kecik dulu, Ummi selalu sebut check gigi, bila buat ayat masa darjah 2 “Doktor sedang mengecheck gigi pesakit”-tulis antara mereka di ruangan komen.

“Dekat rumah saya pun guna bahasa pasar bukan formal, anak jawab exam pun ikut apa mak dia cakap”-kongsi yang lain.

“Dari cakap kat rumah la anak belajar”-ujar mereka

“Sebab tu cikgu risau, budak-budak utara buat karangan”-tulis mereka